I love My Hubby,I Love My Fikri, I Love My Mummy,I Love My Late Daddy. I Love OurLifeLine Story... ada bahagia, ada derita, ada gembira, ada kecewa. Tapi I love everything yang Dia kurniakan kepada kami. ~to mum, i luv u so much but i know u luv me more than u luv urself. to fikri, i luv u more than i luv myself. to hubby, i know that u know me more than i know myself, and i know u agreed that i know u better than u know urself! ~WHATEVER IT IS..I LOVE U ALL~
Tuesday, April 28, 2009
cinta ini...
makin kembang cinta dihati saya...inilah anugerah Tuhan buat seorang wanita bergelar isteri!
Friday, April 10, 2009
Daily Unlimited Broadband
Puas hati saya. Setelah 3,4 kali mencuba untuk connect (sejak berbulan2) hp saya kepada laptop, akhirnya malam tadi, berjaya. Syukran Jazilan..(erk, dah lupa, dah lama tinggalkan bahasa arab).
Nape saya gunakan DUB? sebab saya tak selalu online. mana dan nak online, balik kerja sampai umah dah kol 7-7.30mlm, terus amek anak saya. pastu solat, pastu masak, pastu mandi...suami saya balik kerja dalam kol 8.30-9.00mlm (kdg2 je balik awal, apa nak buat, dah keje makan gaji...), makan malam, pastu kami melayan si fikri sekejap. dah fikri tido, suami baca paper / magazine A**A dia sementara saya bersihkan pggan mgkuk kat dapur, kdg2 masa dodoikan fikri, dgn saya saya tertidor...adoi la...
pernah juga kecek suami saya nak amek mana2 pakej broadband, tapi suami saya tak izinkan dgn alasan diatas. dan bila saya fikir, mmg btol, mana saya ada masa. kalo setakat nak tenet di hujung minggu, tak payah broadband. sebabnya kami hampir setiap mggu di klang, dan di umah mak abah kat klang ada wifi (wifi jiran la..). kan dah kira satu penjimatan?
Nota : Suami saya cakap, baik duit itu saya gunakan untuk beli baju dari bayar broadband..huhuhu
Sunday, April 5, 2009
2tahun 9bulan...
anak saya, Fikri pada umur 2tahun 9bulan:-
1. pandai berjiran - semalam sewaktu saya bawa dia ke pasar malam, sedang dia tengah memilih mainan, tiba2 dia ternampak kawan dia yang mana rumahnya adalah bersebelahan dengan rumah saya, syakir yang berumur 6tahun. "Hello." Fikri, dengan mesra menyapa. shakir diam je, senyum malu2. "Hai, shakir." ulang anak saya lagi. dan sampai sudah si shakir hanya senyum malu, diam tak terketik. dan anak saya mcm biasa, ramahnye mengatasi ramah suami saya.
2. pandai memujuk - saya selalu merajuk kalau dia tanak dengar cakap saya. bila tengok saya merajuk, dia datang dekat, dia hulurkan tangan pada saya, "mi, iki nak salam" dan dia amek tanga saya, dia cium tangan saya. lepas tu dia cium pipi saya sambil mulutnya bunyi cuppppp...
3. pandai ekperasikan emosinya - kala saya marahkan dia, dia mula la mencari mana2 dinding untuk dia bersandar pastu mula lah buat muka sedih, sampai lah saya depangkan tangan ajak dia ke pelukan saya! Fikri juga dah pandai mula murah hati. kalau saya bawa dia kepasar malam, bila dia nampak aje pakcik2 tua /OKU yang menadah tangan minta sedekah, dia akan cakap "ummi, iki (fikri) nak wit (duit), nak bagi ake (uncle), siannnn ya (dia)." aduhhh, moga2 sampai ke akhir hayat Allah kekalkan sikap murah hati ke dalam jiwa anakku itu!
4. pandai meminta - agak2, ini memang menurun saya. saya tak kesah, kalau saya nak, mmg saya akan minta (biasa pd ibu & suami je la). satu ari, saya belikan dia pijama, seronok btol dia pakainya. pastu dia cakap "ummi, iki suka la baju niee..ati ummi beyi agi ya (nnt umi beli lagi la)." dengan muka meraih simpati. hehe, anakku... dan esoknya bila saya balik kerja bersama2 dengan pijama baru dia, terus disuruhnya saya pakaikan dia pijama baru, bersalin2 2,3 helai satu malam..aduhhhh...bertuah btol anakku itu.
5. pemimpin - mungkin berkat nama yang diberikan, AMIRUL (PEMIMPIN), maka di umur sekarang pun dia dah mula tunjukkan sikap pemimpin, pelindungnya. kadang2 saya atau sumai saya buat2 la nangis kononnya kami dicubit oleh suami / saya, bukan main lagi dia. "nape umi? abah wat ummi?" "abah nih...naper wat ummi?"dengan muka yang kononnya garang itu. hahaha, gelak saya dan suami lihat tingkahnya...
6. pandai menyanyi - malam2, bising la dia dengan aktiviti menyanyinya. naik bingit kami mendengar. lagu dia? ABC....XYZ! alahai....
7. pandai rindu - ntah naper, jumaat malam baru2 nie, sebok dia suh saya menenlefon sume orang : tokma, wan, embah, maklang, makngah, paksu...bila saya tanya naper, dia jawab "iki yindu (rindu) sume2..." hahahha, gelak hati saya dengarnya.
-bersambung....
Subscribe to:
Comments (Atom)