Wednesday, July 29, 2009

Alfatihah...(entry ini ada unsur sensored sket yerk)

dedikasi untuk arwah Malek Maulod a.k.a Mat Poen (batch 6872, sekolah jalan stesyen, kuala kangsar. arwah adalah superb senior hubby saya.

(arwah Mat Poen adalah yang berbaju Melayu berwarna merah)

saya kenal arwah tak lama. bermula daripada 2005, masa tu saya join hubby saya buat preparation untuk MCKK sambut 100 tahun. saya join committee hubby saya. saya ingat lagi, pertama kali saya join dorang meeting, hanya saya seorang perempuan. termangu sekejap. adus... ni yang nazak nih. kalau dah dorang sama dorang, almaklumlah...bukan setakat cakap yang asek ke arah 'sana' saje, siap ingat balik kenangan2 lama (walaupon dorg tak sama batch, tapi dorang melalui kenangan yang sama, cuma dengan orang yang berlainan) yang saya terpinga2 tak paham (hanya sesetengah je yg saya paham sbb hb selalu cerita), yang memang saya tak tahan, asap rokok yang berkepul2 di dalam bilik berhawa dingin. adui, memang budak sekolah jalan stesyen kreatif, ek? hahaha.


kali kedua saya bertemu mata dengan arwah ialah semasa kami di MCKK, saya baru 2 hari kawen. arwah dan beberapa mcobs yang dah superb senior dr hubby saya, 'belanja' 1 bilik untuk kami, konon hadiah honeymoon la kan, sudahnye saya join dorang tampal setem & segala yang berkaitan dengan setem sehingga 4 pagi. siap jilat setem lagi tuh! hahahha.

saya masih ingat, Mat Poen yang digelar King Porno, sempat mengusik kami; "sian korang, patutnya skang ni bukan jilat setem." dan mcobs yang lain gelak sakan. saya hanya sengih, sementara hubby saya ikut gelak. hampeh tol!


"ok la, korang terus la buat keje, aku nak antar anak aku ke bilik, ngantuk dah ni." arwah nak beredar

"ye lah tu. mcm la aku tatau ko nak gi jumpa gundik." hahaha, pecah tembelang arwah dek kawan2 nyer...dan saya turut sama gelak.


Arwah memang seorang yang happy go lucky. boleh cakap ape saje. boleh usik ape sahaja. nice person, very nice. hanya beberapa gambar yang sempat saya google. kepada kawan2 yang baca entry ini, diharap sedekahkanlah arwah & semua umat islam yang telah tiada dengan kalimah Allah, Al-fatihah... doa dari saya & hubby, agar arwah ditempatkan dikalangan kekasihNya, sebab kami tahu, arwah memang baik.



Monday, July 27, 2009

Malam ini masak ape yer?

Saya tengah study pasal ISO, penat..bosan. tetiba tengah saya study ISO, saya boleh terfikirkan, malam ini saya nak masak ape yer buat santapan raja & putera hati saya dirumah? masih teringat kecur btol air liur bila balik klang semalam, mak mentua saya hidangkan tempoyak...aduhhh...sedapnyer!
so, menu yang sedang dalam kepala saya:-
- ikan goreng kunyit
- sayur kacang panjang masak lemak putih
- tempoyak + sambal cili burung..mau melantak orang2 yang sedang diet di rumah saya itu!
Nota hati : tempoyak yang mama saya bawa dari kampung, dan tempoyak itulah yang mama saya bagi pada mak mentua saya...sedapnyer!!!

Wednesday, July 22, 2009

Rezeki

Rezeki setiap orang tidak sama. Rezeki adalah salah satu daripada rahsia Allah yang kita tidak tahu (selain jodoh, ajal, nasib). dan saya percaya, Allah beri rezeki pada setiap individu tidak sama. Ada orang diberikan rezeki isteri/suami yang lawa, tapi rezeki lain biasa2 saja. ada orang yang Tuhan turunkan dia rezeki duit melimpah ruah, nak apa semua dapat tapi rezeki isteri / suami belum Allah kurniakan. Ada orang tuhan berikan duit yang melimpah, isteri yang lengkap rupa paras dan sopan santunnya, tapi rezeki anak belum Tuhan berikan. Itu semua aturan dari Dia, dan kita sebagai hambaNya hanya mampu memohon dan terus memohon tanpa rasa ralat dan putus asa. pasti ada hikmah disebaliknya.
Opsss..nak citer pendek je.
petang tadi hubby saya yang baru balik dari training di SC, citer yang dia terserempak dengan senior dia masa kat koleq dulu. citer punyer citer, ada lah kawan dia sorang ni keje di SC, gajinyer dah cecah 5 angka. so hubby saya macam terdetik di hati dia, dia bila lah nak cecah gaji macam tue. dan saya seperti biase, buah fikiran memang selalu mengalahkan YB..huhu. saya paham apa yang hubby saya rasa. tapi saya yakin, Allah senantiasa berikan yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Allah dah berikan saya ibu yang penyayang, suami yang bijak, anak yang hampir kepada kesempurnaan (insyaAllah..ini bukan riak, tapi ini doa seorang ibu untuk anaknya!), mentua yang memahami, adik2 yang satu kepala, keluarga yang akrab...maka bila Allah bagi rezeki duit yang tidak melimpah ruah, itu pon seharusnya saya syukuri sebab saya tak perlu meminta2 untuk sesuap nasi, saya tak perlu menadah2 untuk secawan air dan saya tak perlu merayu2 untuk sepasang pakaian! maka, apalagi yang perlu diragui pada rezeki Allah?
cuma saya & hubby perlu bersabar tanpa putus ikhtiar agar rezeki kami terus mengalir bagai air dilaut yang tak henti menderu!
Nota hati : walaupon saya materialistik, tapi saya bukannye seorang yang tidak realistik. akal logik dan jiwa insani masih belum terhakis dari diri saya!

Biz..

puas saya fikir. Biz apa yang paling sesuai kalau orang macam saya nak join?

sebab saya seorang yang banyak masa tapi saya tanak masa2 yang saya ada saya gunakan untuk family saya. saya tanak masa2 emas dimana masa anak saya membesar, saya tak ada bersama. saya tanak masa yang sepatutnya saya gunakan untuk memasak untuk hubby saya, saya gunaka untuk biz.
sebab saya seorang yang akan fikir panjang berkenaan risiko. saya pernah plan nak join kursus dengan mardi / fama. mak saya pandai masak dimana rempah / rencah yang mak saya gunakan adalah adunan dia sendiri. dan saya terfikir, kenapa saya tak join mana2 kursus untuk belajar mcmn nak pastikan rencah2 tersebut tahan lama. saya yakin, produk adabi, alagapas, etc..hanya bermula dari langkah pertama. tapi saya fikirkan risiko dia, apa legal issue yang mungkin timbul. tapi itu tak akan patahkan semangat saya, cuma saya tahu masa sekarang bukan masa yang sesuai.
yang penting, jiwa saya. sebab saya yakin, nak buat sesuatu biz, kena tanya hati, kena risik jiwa, kena kuncikan semangat, kena pacakkan keyakinan dan kena semai kesungguhan, baru boleh tuai buah yang ranum. saya terfikirkan satu biz yang tak perlukan modal, hanya perlukan kesungguhan dan 'jiwa', tapi boleh dapat untung. Oh, Tuhan, tetapkanlah hati ini sebagaimana semangat ini yang tak pernah hancur!
Nota hati : kalau kenal saya, maka kenallah biz itu...

Esok...

saya & hubby cuti. mesti pelikkan. sebab biasenye saya yang asek cuti jer, pastu gi shopping pon seorang2.. tapi esok, hubby saya ikut cuti...huhuhu.
sebenarnya kalau ikutkan saya, saya tak kesah gi shopping seorang2. lagi saya suka. sebab saya boleh pilih barang berjam2 lamanya, saya boleh sesuka hati kaki melangkah ke mana..huhuhu.
plan esok:-
1. bangun pagi - hubby antar fikri. saya buat b/f tapi simple dah ler, roti bakar sapu butter taruk jem strawberi. erk, bestnyer.
2. kemas umah kejap. hubby pon kena kemas jugak. saya kemas dapur, dia sental bilik air. saya kemas bilik tidur, dia kemas ruang tamu. ok la kan...
baru kita beronggeng.....huhuhu
3. tengok wayang - citer ape ek. stay to play? obbessed? ke citer aper ek? layan je la esok..
4. gi carik stapler untuk plastik beg - nak isi kuih raya untuk sample, tanak kasi lemau. erk, kat trade centre rasenye ada.
5. shopping bahan basah. peti ais umah saya dah kosong. tak der aper2 kecuali capati 4 keping. lusa anak buah saya nak datang lepak umah saya selama seminggu (kalau jadi), peti ais kena la berisi, kalau tak, buat naya jer dera budak bawah umur tak bagi makan.
6. gi cari dvd di uptown. 2 malam lepas dah ke sana tapi kedai tutup. rasenye penat dorang jadi tukang jerit kat stadium bukit jalil belum habis tuh..
-sekian-

Tuesday, July 21, 2009

Alhamdulillah...

jahat ke saya kalau itu yang keluar dari bibir saya bila saya dapat email mengenai seseorang yang paling saya tak suka, mengkhabarkan bahawa dia sedang di wad dan sakitnya boleh tahan jugak?
saya tak pandai berpura2. saya bukan seorang yang hipokrit. kalau saya tak suka, saya memang akan cakap saya tak suka. kalau saya memuji, kata2 itulah yang saya maksudkan. itu memang saya.
saya bukan nak padan mukakan dia. saya bersyukur sebab Allah mula memberi nur padanya. saya harap agar dia memahami isyarat yang Allah cuba sampaikan. dan kalaupun itu adalah hukuman yang Allah beri atas 'kebaikan' dia selama ini (yang ala2 pijak semut pun tak mati), saya pasti, masih belum padan dengan secalit 'kebaikan' yang telah dia beri pada semua orang.
Saya tanak panjang lebar, sebab saya tau, akan ada antara kita yang akan faham, dan saya tak nak dihadapkan ke unit integriti semata2 disebabkan saya bukakan sesuatu yang benar.
Nota hati : mana2 organisasi, kalau mengangkat orang yang mindanya sebesar hama, hanya mengharapkan aircond semata2, percayalah, organisasi itu takkan kemana2!

Wednesday, July 15, 2009

Camelia...

adalah novel pertama yang saya beli. dan saya tak pernah menyesal, sebab novel itu memang best. sampai sekarang saya masih ingat jalan cerita dia walaupon saya baca sudah hampir 20tahun yang lalu. dan saya juga senantiasa mencari kalau2 ada novel baru yang ditulis oleh penulis yang sama, RAHMANIAH HJ KANTAN. puas sudah saya mencari, tapi sampai sekarang saya belum jumpa.
malam ini, saya cuba search, dan ada statement dalam web ini menyatakan bahawa penulis tersebut telah kembali kepada-Nya sewaktu melahirkan anak kedua. betul ker?
saya tetap tidak puas hati. esok saya akan call Persatuan Karyawan Perak untuk dapatkan gambaran sebenar. saya amat berharap agar beliau masih disini, dan masih dirahmati Allah.

Monday, July 13, 2009

Dalam otak saya

sekarang ini, hanya nampak...
DUIT. DUIT. DUIT.

dan hanya fikirkan, mcmn nak dapat DUIT.

kenapa ye? sedangkan sebelum ini, walaupon saya tau saya seorang yang materialistik, tapi saya bukan macam sekarang.

oh, saya btol2 dah jadi mata duitan! series!

Sunday, July 12, 2009

Hancur, hancur...

aduh, saya kalo balik klang, mesti tak menahan diet saya. mak mentua saya masak, sedap... pagi tadi, mak mentua saya siap sediaka roti lagi, kononnya nanti menantu dia nih balik, makan la roti tu kan. kan menantu dia nih diet giler semenjak sebulan, dua nih. tetiba pagi tadi, mak mentua saya masakkan nasi goreng untuk b/fast. adoi, kecur air liur saya. sementelah tengok fikri makan nasik goreng sampai licin sepinggan dia..sudahnya, saya pon 'sentuh' la nasik goreng tue. konon nak rasa, tapi terbabas sampai 3 sudu..aduh, hancur diet nasik saya selama 2 1/2 bulan ini..
tengahari, konon tanak makan daging, sebab daging merah tak elok untuk kalo selalu dimakan. saya ajak hubby gi carik ikan bakar. dapatlah ikan kembung goreng cili, ikan keli berlada & sayur keladi masak asam pedas. eemm, klau diratah, tak la se'syok' dimakan dengan nasi. sudahnya 2 sudu lagi nasik goreng mak mentua saya, saya sental.. aduh2, hancur btol diet saya hari ini.
Nota hati : len x, kalo balik klang, kena pesan awal2 dgn mak, tak boley masak sedap2, iman saya tak cukup kuat untuk tahan nafsu makan! huwaa...

Monday, July 6, 2009

calon suami...

opss, jangan salah sangka. saya bukan sedang mencari calon suami. cukuplah dengan seorang suami saya sekarang dan saya senantiasa doa, biarlah hanya dia seorang sahaja yang bergelar suami saya, buruk macammana pun dia, lebih macammana pun dia, saya terima dia seadanya dia! dan biarlah di syurga nanti, dia tetap suami saya.
tiba2 saya teringat. beberapa bulan yang lalu, saya dan kawan2 saya berbicara tentang lelaki pilihan aka calon suami. kebetulan masih ada seorang teman sekerja kami yang masih bujang. dan masing2 ada pendapat / syarat2 yang tersendiri dalam memilih seseorang menjadi suami. dan saya taknak komen masing2 punyer ciri2 calon suami sebab saya tau, masing2 ada hak dan kehendak yang tidak sama dengan individu lain. hak hak2 serta kehendak itu kita mesti hormat!
em, percaya atau tidak, saya amat bersetuju dengan apa yang wardina kata iaitu dia nak lelaki yang bijak sebab tu dia pilih hubb dia skang ni jadi suami.. dan saya pun sama.
masa sekolah dulu, saya boleh je kawan dengan saper2 pon, tapi saya tak boleh 'rapat' dengan sesiapa pon, sebab saya mencari seorang lelaki yang bijak. pernah pada satu ketika, sedang saya lepak di taman ilmu bersama salah seorang kawan baik saya bernama rosemiza azmira (emy, dimanakah kau?), tiba2 datang seorang student form 5 (saya tak tau nama dia). konon macho la kot, nak kawan2 dengan kitorang..tapi bila lama2, kami rasa pelik, kenapa setiap hari dia join kami lepak? dia tak der kawan ker? oh, rupa2 nye dia saje nak test power kot, sebab saya perasan, setiap kali dia join kami, kawan2 dia pasti sedang menunggu dia di hujung makmal sambil perhatikan kami. oh, tidak....sehinggalah satu hari, kami perasankan sesuatu dan mulai hari itu kami pasti jauhkan diri bila ternampak dia dari jauh. bukan saya sombong. bukan saya memilih. tapi saya mencari seorang lelaki yang bijak.
masa saya di matrikulasi. seseorang yang saya kenal sejak saya form 4 (dia bukan satu sekolah dengan saya) mula lain macam, sedangkan sebelum ini perhabatan kami tak pernah disulami dengan perasaan 'lain', memang betul2 kawan. tapi bila saya dimatrikulasi, saya dapat rasakan sesuatu yang berlainan disetiap surat yang dia hantarkan. kenapa ye? dan saya tak nak dikatakan syok sendiri. saya diam, surat dia tak pernah saya jawab. sebab saya taknak dia tuduh sedih bila saya tolak dia. saya taknak persahabatan kami terputus dengan ketidakpuasan hati masing-masing. dan masa telah merubah segalanya...dia hilang begitu sahaja. mungkin dia kecewa dengan sikap saya yang berdiam diri, tapi sekurang-kurangnya saya puas hati sebab saya tidak melukakan dia.
dan di matrikulasi juga, saya rapat dengan seseorang tapi telah disalah ertikan, sehinggakan kami digosspikan. ello! saya memang mudah rapat dengan sesiapa sahaja yang saya selesa okeyyyy. dan gosspi itu bertambah kencang (wah, mcm artis la pulak! hahahha) bila saya demam, dialah yang sebok kirimkan ubat melalui teman kami yang seorang lagi...aduh..ini lah sebenarnya ikatan persahabatan, yang mana ikatan itu tidak membataskan kita untuk mengambil berat pada sahabat kita. betapa tipikalnya mereka yang sibuk bergossip pasal saya dan dia. nak saje saya laungkan..."saya mencari lelaki yang bijak". mungkin dia sudah bijak, tapi saya mencari lelaki yang bijak pada saya walaupun lelaki itu bukan seorang yang bijak pada orang lain. bijak adalah luas maksudnya sebagaimana luasnye maksud handsom & cantik... dan gossip2 itu telah merenggangkan kami apabila kami melangkah ke tahun 1... saya dan dia sama2 tahu yang kami memang bukan couple!
tahun 1 - seseorang ini memang betul2 buat saya rasa bumi menghempap saya! dan saya taknak berbicara pasal dia (buat masa ini) sebab tidak lama selepas itu saya menemui seseorang yang saya cari selama ini.
tahun 2 - saya mula rapat dengan orang bijak pandai itu. tapi dalam masa yang sama, saya juga kenal seseorang yang asal daripada perlis. dan tidak dapat saya jelaskan bagaimana perasaan saya pada masa itu. yang pasti, everything pasal seseorang dari perlis itu saya ceritakan kepada orang bijak pandai itu tetapi tidak sebaliknya. sehinggalah pada satu hari, saya dihadiahkan sehelai tudung pink dan 'dilamar' (bab ini yang kelakar), saya rasa sesuatu yang tak patut saya sembuyikan. macammana ye? yang ini dah confirm tapi yang bijak pandai itu masih berkias2 dan saya sendiri tak tau apa rasa hatinya.. yang ini sah2 sanggup je buat apa saja untuk saya (saya dapat rasakan itu semua, saya dapat lihat dari matanya)...tapi saya mencari seseorang yang bijak.
saya tak nak hanya hidup dalam dunia fantasi cinta. saya nak hidup dalam dunia yang penuh realiti dan sekali sekala disulami bunga2 cinta. saya nak hidup dengan orang yang bijak. bijak ilmu pengetahuan. bijak menangani masalah hidup. bijak urus kewangan. bijak meneka kehidupan saya. bijak mencari semua berkenaan diri saya. bijak 'menangani' saya, huhuhu. dan saya mengambil keputusan, biarlah saya lepaskan sesuatu yang telah saya genggam, walaupun satu hari nanti apa yang saya kejar tak menjadi milik saya... mungkin ada seseorang lain yang juga bijak, akan menjadi milik saya. sedih juga sewaktu saya lepaskan dia, tapi saya puas sebab saya tau apa yang saya nak, tak ada pada dia, dan tak guna kalau saya simpan sesuatu yang memang saya tak suka semata-mata saya mahu dia gembira.
dan akhirnya, Allah itu Maha Mendengar. dia anugerahkan kepada saya seseorang yang bijak dan saya tau seseorang yang bijak itu membaca entri ini, maka untuk si bijak pandai itu, hanya seucap kata buat anda : aku mencintaimu sejak dulu dan masih mencintaimu dan doalah agar aku akan tetpa mencintaimu sampai bila2...amin!

Friday, July 3, 2009

kegilaan baru...

skang ni, gi maner2 pon, mata nampak aje pompuan pakai tudung ariani @ tudung bibik. saya pon ada gak, tapi 2,3 helai je la. pakai time nak gi jenjalan tapi malas nak iron tudung. so saya tak kan diklasifikasikan sebagai gilakan tudung ariani la kan.
saya gerammmmm tengok bunga2 an la skang nie. paling saya suka tengok bunga kertas, bunga raya dan bunga ros....chantek, chantek, chantek. apatah lagi bila balik klang, umah mak mentua saya penuh dengan orkid..lawa, lawa, lawa..tapi saya tak berapa gemarkan orkid, maybe sebab agak mahal kot. setiap ptg jumaat, di pasar malam berhampiran umah saya pon ada jual bunga2an yang saya suka jugak, tapi itu lah, dgn umah yang tak der laman macam nie, macammana saya nak bela bunga? ish...ini pon menyumbang kepada stress saya, hahahha. (ini mmg ayat nak bagi hubby saya kesian nih...).
Nota hati : petang nih nak cuba 2 pasu jer dulu, boley tak? hubby saya bebel tak agak2nyer? heheheh...

Berniaga...

sudah lama saya tidak 'bertembung' dengan member lama saya. dan malam tadi sempat bertembung dalam ym. sekadar bertanya khabar dan cerita masing2, itu pun sekadar 10-15 minit sahaja sebab masing2 sibuk dengan hal masing2. dan member saya itu sempat memberi idea untuk saya buat biz...(mgkin secara berseloroh or secara series...) tapi memang itu yang bermain di benak saya sejak lama dulu apatah lagi sekarang ini tahap stress saya pada kerja saya hampir2 buat saya nak letak surat resign! series!
tapi...dalam masa yang sama juga, saya sayang nak tinggalkan tempat kerja saya itu. sebab, core biz bukanlah keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada kebajikan iaitu tolong selesaikan harta pusaka peninggalan simati. sekurang2nya dengan kerja tersebut, saya ada seunit dua 'saham' untuk akhirat kelak (bergantung pada niat juga...).
tapi politik dan envirmnt kerja yang amat menekan. emm, kenapa ye mcm tue? nak citer dalam ni, risau juga nanti jadi isu, kena saman, habis bergadai tanah pusaka saya! adoi la...
ok, balik pada topik asal.. kalo nanti saya sudah ada keberanian, ada keyakinan, kewangan keluarga pon dah ok, antara biz yang lekat dalam minda saya:-
1. pasaraya berkonsepkan Islam - hanya barangan yang berlogo halal sahaja, etc (lain kali citer panjang).
2. restoran - mcm NZ, tapi menu bukan mamak semata2 la.. tapi lecehnya, kita kena bagi komitmen yang hampir 24 jam! nanti anak terbiar, nanti suami terabai...kena betol2 plan.
3. catering & pakej pengantin - kena carik rakan kgsi (keluarga o member2 rapat) - biz meliputi penyediaan makanan, andaman, sewaan khemah, pakej pelamin, gubahan hantaran. nak lagi 'selesa', bermula dr biz bhn mentah seperti lembu, sayuran, dessert, etc...
4. biz barangan rumah - spt corningware (mcm yg saya buat skrang), etc. tapi berapa keratkah antara rakyat mesia yang gilerkan corningware seperti saya? hahahha.
Pendapat:-
1. Biz makanan - paling untung sebab makanan adalah keperluan.
2. Biz perkahwinan - kena senantiasa update e.g. design pelamin, style andaman, fabrik, dll...leceh. tapi kalau betol2 buat, untung besar nih.
3. pasaraya islamik - kena cipta satu sistem halal yang terus online dengan halaljakim.
4. corningware - nak dapat stok susah...sbb dr US. ada kengkawan ada kontek kat US tak? huhuhu
5. Biz pakain - langsung saya tak nampak sbb saya tau, pakaian senang turun harga mcm harga saham di Bursa la jugak...
Nota hati : hati belum berkata-kata...

Memelihara tugu cinta

- arkib harian metro -

MEMPERTAHANKAN setiap percintaan menjadi tanggungjawab pasangan setelah mempunyai insan disayangi. Bagi yang mempunyai fahaman kukuh, percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati.

MEMPERTAHANKAN setiap percintaan menjadi tanggungjawab pasangan setelah mempunyai insan disayangi. Bagi yang mempunyai fahaman kukuh, percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati.Bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Anda perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura dalam meneruskan kelangsungan dalam percintaan yang sudah ditakdirkan buat anda berdua. Kejujuran menjadi tunggak dalam perhubungan dan anda bertanggungjawab menjadikan jalinan itu terus kukuh bagaikan tugu ampuh selamanya.


Tunjukkan sifat sebenar anda dan percayalah orang yang mencintai anda akan sentiasa menerima anda seadanya jika kesetiaan adalah sandarannya.


Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan daripada melakukan perkara berikut kerana ia boleh menggoyahkan hubungan yang sudah bertahun terbina atau yang baru saja bermula.
Melirik kepada jejaka atau gadis lain - Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk anda meluaskan pergaulan, tetapi harus ada batasannya. Mata biasanya cepat saja melirik jejaka atau gadis lain yang lalu di depan mata walaupun anda tidak berniat lebih daripada itu.Sekadar mencuci mata namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan jika anda tidak membendung sebaiknya. Mungkin bermula dengan menjeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil anda akan jatuh hati padanya.Hargailah setiap yang ada di hadapan mata kerana banyak kes berlaku, kekesalan adalah penghujung kepada sebuah perhubungan apabila anda cuba menguji kehebatan diri, tetapi akhirnya membawa padah. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di hadapan mata sudah cukup sempurna di mata anda.
Bersikap hipokrit - Anda tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara mengenai perkara yang tidak disukai. Jangan paksa diri berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak anda. Hipokrit namanya membiarkan si dia tahu apa yang anda tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara sama. Namun, tegur secara baik dan berhemah, tetapi jangan sampai membuatkan dia tersinggung dengan kritikan anda.
Bercinta kerana simpati dan kasihan - Anda tidak akan menjadi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu tidak akan wujud dalam diri seandainya simpati menjadi sebab anda sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihankan si dia yang terlalu mengharapkan anda. Pastikan anda menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri padanya, lebih baik berterus-terang.Si dia lebih kecewa jika tahu anda sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai anda. Cinta tiada paksaan, semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.
Sanggup menyerah kalah - Anda sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlu berpura-pura. Hubungan dengan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan sihat. Namun, persaingan mestilah ke arah positif, jangan sehingga menjejaskan hubungan anda dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.
Terima semua kesalahan - Jangan diam saja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai. Bukan satu kesilapan andainya anda menegur perbuatannya yang 'kurang' itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Dia mungkin sedikit tersinggung dengan teguran itu namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan berdua.
Harus sentiasa bersama - Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Namun, ini tidak bererti teman anda harus disingkirkan semata-mata sudah menemui cinta. Apa salahnya masukkan sekali si dia dalam kelompok teman anda supaya si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang anda perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua saja kerana ia mungkin boleh menimbulkan rasa bosan.
Rapat dengan sahabat karib si dia - Sememangnya perlu bergaul dengan orang yang rapat dengan si dia supaya apabila anda tidak mempunyai masalah bergaul bersama si dia dan temannya. Namun, hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk jika temannya jatuh cinta padamu.
Berpura-pura tidak cemburu - Anda harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka atau gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ia keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati anda dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka atau gadis lain, tegur si dia dengan cara terbaik. Biar si dia tahu perasaan anda ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka sedangkan anda sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.
Terlalu menerima sikap si dia - Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk anda menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, anda pejam mata melihat si dia melakukan perkara menyakitkan hati.
Biarkan si dia saja membayar - Sesekali apa kata anda cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan adakalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan, perlu ada tolak ansur antara satu sama lain, barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi bagi lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Wednesday, July 1, 2009

blog yang blank!

ada beberapa blog yang dulu saya selalu bukak kalau boring wat keje, kini asek blank jer...kenapa yer?
atau sebab sekarang facebook lagi glemer, maka masing-masing dah tak minat menulis?
bagi saya, saya lagi suka blog dari facebook, sebab itu dalam facebook, saya jarang meninggalkan sebarang comment kecuali saya betol2 nak komen..dalam facebook, saya lihat gambar & update status itupun bukan selalu...kenapa yer? mungkin sebab saya seorang yang bukan senang nak 'selesa' dengan orang lain. saya ambil contoh, dalam reramai kawan ym or kawan f/b or kawan aper2 la, boleh dikatakan hanya 2,3 orang sahaja yang saya boleh hi2 bye2 sampai sekarang. so bersyukur anda yang masih menjadi kawan saya dan masih menjadi kawan rapat saya..huhuhu.
dan satu lagi, saya pon tak de alasan yang munasabah, saya susah nak berkawan baik dengan orang kelantan (walaupon saya sendiri orang kelantan!). percaya tak?
kenapa ye? eemm, hubby saya masa mula2 kenal saya, pon tak jangkakan saya orang kelantan, sebab kawan2 baik saya tak ada pon orang kelantan (kecuali kawan baik masa sekolah dulu la). dan saya bukan seorang yang jenis, bila jalan reramai tetiba terserempak dgn kawan kelantan, saya tinggalkan kawan2 bukan kelantan yang sedang bersama2 saya! oh, tidak... dan saya juga tidak mengharapkan saya dapat kawan baik asal dari kelantan (nih statement berani mati nih)...hahahha.
em, 'seseorang' yang pernah rapat dengan saya dulu, agak terkejut bila saya emailkan kad jemputan kawen saya (pada 2005) dan saya takkan lupakan skrip dari dia:-
"Erk, awak nak kawen dgn org selangor? kenapa bukan dengan orang kelantan (dlm slang kelantan)?" - oh, tipikal nyer minda!
"kenapa?" - saje saya menguji.
"macam la mamat kelantan dah abis". - aduh...
lupakah dia...bahawa ajal, maut, rezeki, jodoh, adalah janji Tuhan yang tidak kita ketahui?
lupakah dia tentang... apa yang dah dia buat pada saya? selama 1 semester saya bagaikan kesasauan di lembah itu apabila dia tinggalkan saya dengan alasan, kejauhan menjarakkan kami? ello, cinta saya & suami saya pon cinta jarak jauh tau!
lupakah dia...bahawa sejarah antara saya dan dia telah menekadkan saya bahawa saya sesekali takkan 'kenal' lagi budak kelantan! (kecuali dengan takdir-Nya).
lupakah dia...cinta itu hadir tanpa menghadkan status kenegerian, tanpa mensyaratkan tahap kekayaan?
lupakah dia...bahawa segalanya adalah ketentuan Tuhan?
lupakah dia....bahawa dia bukan siapa-siapa dalam hidup saya, sekadar sejarah untuk setahun cuma, dan tiada tiada sebarang hak cipta untuk menentukan hidup saya!
erk, melalut lah pulak... ok, back to the story, blog yang blank!
-lain kali sambung, tak der idea -

Kek Masam Manis...

Antara kegemaran hubby dan anak saya.
Antara resepi dari mak mentua saya.
Antara dessert yang saya bawak ke ofis bila ada makan2.
Antara kewajiban untuk saya buat setiap bulan, paling tidak 2bulan sekali.
Antara kek kegemaran mama saya.

Kalau saya susah hati..

- tak boley tido.
- jangan usik saya.
- saya diam, tak terkutik..biarkan saya layan perasaan sorang-sorang.
- saya akan tak suka orang yang buat saya susah ati sampai bila2.
- saya perlukan sesuatu untuk saya luahkan perasaan, tapi mcmn? aduhhhh....

Nota hati : sekarang ini pun saya tengah susah hati...

Hubby saya pon perasan..

yang saya sekarang, pantang je fikri buat hal sikit, terus saya naik angin. susah saya nak explain perasaan saya, sebab saya sendiri tiada jawapan. nak kata saya pregnant, rasanya tidak, sebab tiada tanda2 saya pregnant.
"kenapa dgn umi ni? asek marahkan fikri jer?" hubby tegur pada malam tadi, sedang saya melayari internet, fikri tetiba jatuhkan kotak henfon (yang tidak berisi). bukan dia sengajapon, tapi saya naik angin.
saya benci dengan sikap ini. saya benci dengan tingkah ini. saya sedih....kenapa saya jadi macam ni?
puas saya menelek diri, mencongak, bertafakur... dan saya menemui satu titik yang bersimpul. saya stress.
saya stress dengan tempat kerja.
- beban kerja yang tidak berbaloi dengan gaji.
- beban kerja yang bukan bidang saya.
- dan lain-lain (hanya orang2 yang tertentu je yang paham...
saya stress dengan kawan2.
- tobat, lain kali saya takkan buat baik lagi.
- kalo dia kata A, boleh. tapi kalo kita kata A, dia terasa? apa kes...
- hanya seseorang itu saya luahkan perasaan.
saya stress dengan rumahtangga.
- maybe stress dr tempat kerja & kawan2 telah saya bawa balik ke rumah maka wujudlah stress pada diri saya dalam rumahtangga saya, sednag suami & anak saya tak stress pon... saya je yang stress sorang-sorang.

Pengajaran untuk hari ini...

Buat baik berpada-pada...

dan selepas ini, makin susahlah saya nak anggap seseorang itu sebagai seorang kawan.
saya nak jaid mcm hubby saya, bukan setakat memilih kawan, tetapi dia akan pastikan seeorang itu berjaya melepasi beberapa saringan sebelum dia anggap orang itu sebagai kawan. dan memang itulah cara yang paling elok!
cantik bak bunga bukan bererti manis bagai madu.
tajam bak selumbar tidak bererti dihati pahit bagai hempedu..
fikir2kan lah...
saya tak suka perasaan ini. tapi perasaan inilah yang sedang saya rasa sekarang. saya benci. saya menyampah. saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan.