Friday, July 3, 2009

Berniaga...

sudah lama saya tidak 'bertembung' dengan member lama saya. dan malam tadi sempat bertembung dalam ym. sekadar bertanya khabar dan cerita masing2, itu pun sekadar 10-15 minit sahaja sebab masing2 sibuk dengan hal masing2. dan member saya itu sempat memberi idea untuk saya buat biz...(mgkin secara berseloroh or secara series...) tapi memang itu yang bermain di benak saya sejak lama dulu apatah lagi sekarang ini tahap stress saya pada kerja saya hampir2 buat saya nak letak surat resign! series!
tapi...dalam masa yang sama juga, saya sayang nak tinggalkan tempat kerja saya itu. sebab, core biz bukanlah keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada kebajikan iaitu tolong selesaikan harta pusaka peninggalan simati. sekurang2nya dengan kerja tersebut, saya ada seunit dua 'saham' untuk akhirat kelak (bergantung pada niat juga...).
tapi politik dan envirmnt kerja yang amat menekan. emm, kenapa ye mcm tue? nak citer dalam ni, risau juga nanti jadi isu, kena saman, habis bergadai tanah pusaka saya! adoi la...
ok, balik pada topik asal.. kalo nanti saya sudah ada keberanian, ada keyakinan, kewangan keluarga pon dah ok, antara biz yang lekat dalam minda saya:-
1. pasaraya berkonsepkan Islam - hanya barangan yang berlogo halal sahaja, etc (lain kali citer panjang).
2. restoran - mcm NZ, tapi menu bukan mamak semata2 la.. tapi lecehnya, kita kena bagi komitmen yang hampir 24 jam! nanti anak terbiar, nanti suami terabai...kena betol2 plan.
3. catering & pakej pengantin - kena carik rakan kgsi (keluarga o member2 rapat) - biz meliputi penyediaan makanan, andaman, sewaan khemah, pakej pelamin, gubahan hantaran. nak lagi 'selesa', bermula dr biz bhn mentah seperti lembu, sayuran, dessert, etc...
4. biz barangan rumah - spt corningware (mcm yg saya buat skrang), etc. tapi berapa keratkah antara rakyat mesia yang gilerkan corningware seperti saya? hahahha.
Pendapat:-
1. Biz makanan - paling untung sebab makanan adalah keperluan.
2. Biz perkahwinan - kena senantiasa update e.g. design pelamin, style andaman, fabrik, dll...leceh. tapi kalau betol2 buat, untung besar nih.
3. pasaraya islamik - kena cipta satu sistem halal yang terus online dengan halaljakim.
4. corningware - nak dapat stok susah...sbb dr US. ada kengkawan ada kontek kat US tak? huhuhu
5. Biz pakain - langsung saya tak nampak sbb saya tau, pakaian senang turun harga mcm harga saham di Bursa la jugak...
Nota hati : hati belum berkata-kata...

No comments: