Friday, February 27, 2009

Doa kami dengan hati yang suci...

bukan sehari dua saya menapakkan kaki menghambakan diri di'bumi' ini. malah sejak mula menjengah dunia, disinilah saya bertapak. dari mula saya tidak 'ingin', sehinggalah saya jatuh hati, dan saya akan terus menghambakan diri.
tapi...
tapi saya sedih. saya kecewa. betapa kejinya isi 'bumi' ini. penuh dengan sandiwara. penuh dengan hasad dengki. penuh dengan tipu daya. penuh dengan tikam menikam. sehingga kini, setelah hampir 6 purnama saya hidup di'bumi' ini, saya hanya menemui beberapa insan yang hatinya tidak dipenuhi sengketa, jiwanya tidak disaluti dengki haloba, akalnya tidak menjadi hamba nafsu semata. tapi siapakah individu2 itu? sejauhmanalah daya mereka? sekuatmanalah semangat mereka? semahal manalah tutur mereka? mereka hanya ibarat butiran pasir di gigi ombak! dan akhirnya mereka dan saya lah yang menjadi mangsa kepada kerakusan insan2 durjana yang banyak berkeliaran di'bumi' ini. Betapa kotor dan jijiknya permainan mereka semata2 untuk berada di atas agar dapat mencengkam kami yang tidak berhati binatang seperti dia!
andaikata suatu hari nanti, Tuhan bukakan pintu kebenaran dan Tuhan pancarkan cahaya untuk menerangi segala kejahilan yang telah insan2 durjana itu, maka saya doakan dengan hati yang bersih, dengan segala pasrah pada sebarang hukuman Allah, moga2 pembalasan Tuhan Yang Satu itu mampu membakar segenap amarah dan dendam di hati saya kepada insan2 durjana itu!
Nota : Ingatlah, hidup ibarat satu pusingan roda...jangan terlalu takbur! doa insan2 kerdil macam kami umpama sejuta doa insan2 durjana seperti mereka!

Thursday, February 19, 2009

Buai Laju Laju

"Waaaaai akuu-akuuuuu....apai kukuk akak..., bla-bla-bla" (bahasa yang tak saya fahami.)
itulah penghibur saya dan suami masa melepak di bilik...huhuhu. saya rasa sekejap je masa berlalu, anak saya dah pandai menyanyi..
"oookanaaa....kolah gadish ikamangku...ila aki berkatu...ooo okana...ooookaaanaaaa.." dan lagu ini dia akan ikut saya menyanyi bila lepas tengok cerita rozana malam2...huhuhu. dan saya dan suami akan tersenyum simpul...
Nota : bila saya dapat tangkap rekod gambar dia tengah menyanyi, saya akan letak dalam nih yer..tungguuuu.....

Tuesday, February 17, 2009

Member lama...

seronotnya saya bila saya search dalam fabebook, dapat cari kawan baik saya masa sekolah dulu. dan dengan dia juga lah saya berkongsi pinggan masa kecik2 dulu, masa umur 2, 3tahun. lepas tu kami terpisah sebab family saya pindah. dan masing2 mula hilang dari ingatan masing2...dan masa form 1 di sm kamil, dia tegur saya...dia tanya saya kenal lagi tak dia. erk..siapa dia? manalah saya kenal...
'ingat lagi tak abang jani?' oh...rupa2nyer dialah kawan sepinggan saya dulu, kongsi makanan sama2, main sorok2 sama2...huhuhu... mmg saya ingat sebaris nama itu sebab mama saya selalu cerita.
lepas tuh kami rapat balik, tapi sebagai kawan baik la..bukan teman tapi mesra yer! hatta masa form 3, dia nak tackle awek pon saya yang jadi orang tengah, hahaha.. masa tuh kami kelas arab, dan kami pon satu kelas..bila time nak buat assignment, saya lah yang tukang mengarang assignment dan dia akan jadi tukang melukis...sebab dia memang pandai melukis.. (walaupon sekolah dulu saya yang selalu juara / naib juara pertandingan melukis, tulis sajak, tulis cerpen..huhuhu).
dan bila tiba time kelas arab, kalo saya tak dapat jawab, dia pon tak dapat jawab, pastu ramai2 la kena jalan itik keliling blok..waaa, malu dengan abang2 senior form 6. Ceh, saya mana layan budak2 baya nih, tak matang...hahahaha. abang form 6 jugak yang aku jeling2...wah, wah, wah...gediknya isteri abang nih (khas buat hubby ku...ampunkan dinda ye kanda...hahaha). pastu lagi, ramai2 kena denda diri atas kerusi..tapi kawan saya nih, mesti dia akan diri atas meja, nak bagi kepala kena kipas...huhuhu...mau kami tak gelak satu kelas? ustazah pon boleh senyum2 kambing tahan ketawa...huhuhu
pastu bila dapat tau result pmr, dia tolong belikan form untuk sambung ke SBP...tapi ayah saya tak kasi saya belajar jauh2...mana tinggallah saya blajar di sm kamil. sedangkan dia dapat sm teknik kuala krai..tapi persahabatan tak putus di situ..dia selalu call. lepas call awek dia, dia akan call saya... dan kadang2 tulis surat.. antara yang masih saya ingat kandungan surat dia, 'kalo ko lalu highway dari kl ke kelantan, sekolah aku sebelah h/way tuh jer...nanti ko boleh nampak". masa tu mana lah saya tau lokasi sekolah dia...hahahha
dan saya dapat result spm yang 'oklah' pun berkat sama2 bagi dorongan...dan kami sama2 berjaya. dia berjaya ke matrik uiam amek law, saya pula ke matrix uum. dan dia masih selalu menulis surat kepada saya..masih lagi merujuk saya sebagai kanselor cintanya...huhuhu.. dan dia masih menjadi tempat saya tanyakan pendapat / settlekan masalah...hahaha.
dan setelah naik tahun satu untuk degree, saya tak paham, kenapa masing2 diam dan terputus hubungan...walaupon balik kampung, tak pernah kami terserempak...tapi persahabatan itu tetap utuh, itu yang saya akui...
dan sehingga kini saya masih lagi merasakan dialah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya selepas hubby saya...hubby saya tetap sahabat saya sampai bila-bila...amin...
Nota : tak semua ikatan antara lelaki dna perempuan itu berlandaskan cinta...tapi berteraskan kasih sayang...dan kasih sayang itu akan mengikat kita sampai bila2...sedangkan cinta itu hanya akan sentiasa segar kalau sentiasa sama-sama sirami dan bajai dengan kasih sayang, tanggungjawab dan kejujuran...

Thursday, February 12, 2009

Program Ally

Malam tadi saya tido lambat. seperti biasa, tunggu tengok rozana jam 10.30mlm. lepas tuh stay tengok program ally...salah satu jejaka idaman malaya saya selain norman hakim, azhar sulaiman, rosyam nor & alex yong..huhuhu. tapi hubby saya of coz lah raja... malam tadi, jemputan ally ialah wan nor azlin & jue aziz.
Emm, jue aziz memang lawa, tapi minda dia, bagi saya masih kebudak2an... banyak lagi yang dia kena belajar, bukan setakat untuk menjadi artis yang handal, tapi untuk menjadi seorang dewasa seiring dengan usia dia.. zaman sekarang, rupa bukan segala2nya okeh..
Ok, cerita pasal wan nor azlin pulak. nyata, dia seorang yang tabah. masih boley bagi peluang pada hubby dia. kalau saya...ntah,lah..maybe lagi tabah dari dia , boleh jadi juga tak setabah dia... saya tertarik dengan kata-kata wan nor azlin, cinta itu tanggungjawab. jarang ungkapan itu kita dengar, dan saya 100% setuju. biasanya sebok orang perkatakan cinta itu satu perasaan bla, bla, bla... cinta itu pengorbananm cinta itu ini, cinta itu itu... tapi sebenarnya cinta itu tanggungjawab. jadi fikir2 kan lah... chow.

Tuesday, February 10, 2009

Apek paper lama...

Entry ini dah lama dalam box draft. Kadang2 saya bz, tak sempat nak semak balik dan nak publish. kadang2 saya malas nak semak balik sebab tak ada mood nak edit...

Rumah saya memang banyak paper lama. sebab hubby saya memang suka baca news paper. kalo hari sabtu, lepas je kami b/f kat luar (biasa setiawangsa / wangsa maju / kadang2 kat kg baru), pusing2 sevey umah2 yang baru naik (bukan nak beli pon, just suka tgk decoration dia..huhuhu), kami akan balik. dan hb saya akan mula belek the star dari page pertama sampai la page terakhir bersekali dengan iklan yang ada dia khatamkan...biasanya sampai la petang..saya & fikri siap tidur dan mimpi, hb saya sebok jengah berita dunia..huhuhu. Lepas dinner, sambil saya lepak dgn fikri sambil lipat kain baju, hb saya mengadap pulak the edge. sampai la dia khatamkan... tertanya juga saya, tak 'berat' ke otak dia? dah la tetiap hari asek mengadap angka, ari minggu mengadap huruf pulak? adoi...kalo saya, mau saya migrain...sebab itu saya suka melayari tenet, sebab lebih ceria dan tak kaku mcm paper.. saya hanya baca paper bila ada berita hot (paper on-line je) & paper hari ahad sahaja...huhuhu..1st yg saya baca, pancaindera je la. pastu saya simpan je section lain sehinggalah di bilik saya telah kehabisan novel o majalah untuk saya tatap, baru saya tarik section yangs elebihnya dalam paper mingguan itu...

Opps, intro panjang sangat. isi cerita saya pendek jer... ari tu apek lalu depan umah kami. bising la dia hon2 kan motor dia tuh. rupa2nya dia nak jugak kami jualkan paper lama yang bertimbun di sudut luar rumah tuh. ikutkan hubby saya, mmg dia tanak jual lagi, nak kumpul kasi banyak dulu, pastu baru jual, dapatlah duit lebih. mcm saya, saya nak jualkan je, nak kais clear sket mata dari tengok je timbunan tuh, skait jiwa saya. sudahnya dapat lah RM10.00...adoi la...setakat RM10.00, the egde 2 keluaran lepas la... tapi nak wat mcmn, untuk dapat ilmu, bukan sedikit pengorbanan yang diperlukan...itulah harga yang kami terpaksa bayar untuk dapatkan ilmu2 yang ada dalam paper, terutama the edge yang mahal macam aper!

Sekian, untuk kali ini...sampai ketemu lagi.