bukan sehari dua saya menapakkan kaki menghambakan diri di'bumi' ini. malah sejak mula menjengah dunia, disinilah saya bertapak. dari mula saya tidak 'ingin', sehinggalah saya jatuh hati, dan saya akan terus menghambakan diri.
tapi...
tapi saya sedih. saya kecewa. betapa kejinya isi 'bumi' ini. penuh dengan sandiwara. penuh dengan hasad dengki. penuh dengan tipu daya. penuh dengan tikam menikam. sehingga kini, setelah hampir 6 purnama saya hidup di'bumi' ini, saya hanya menemui beberapa insan yang hatinya tidak dipenuhi sengketa, jiwanya tidak disaluti dengki haloba, akalnya tidak menjadi hamba nafsu semata. tapi siapakah individu2 itu? sejauhmanalah daya mereka? sekuatmanalah semangat mereka? semahal manalah tutur mereka? mereka hanya ibarat butiran pasir di gigi ombak! dan akhirnya mereka dan saya lah yang menjadi mangsa kepada kerakusan insan2 durjana yang banyak berkeliaran di'bumi' ini. Betapa kotor dan jijiknya permainan mereka semata2 untuk berada di atas agar dapat mencengkam kami yang tidak berhati binatang seperti dia!

andaikata suatu hari nanti, Tuhan bukakan pintu kebenaran dan Tuhan pancarkan cahaya untuk menerangi segala kejahilan yang telah insan2 durjana itu, maka saya doakan dengan hati yang bersih, dengan segala pasrah pada sebarang hukuman Allah, moga2 pembalasan Tuhan Yang Satu itu mampu membakar segenap amarah dan dendam di hati saya kepada insan2 durjana itu!
Nota : Ingatlah, hidup ibarat satu pusingan roda...jangan terlalu takbur! doa insan2 kerdil macam kami umpama sejuta doa insan2 durjana seperti mereka!
2 comments:
Sesungguhnya insan-insan kerdil itu bukan hanya setakat pasir2 dilautan,tapi hanya semut-semut hitam yang melata. Tapi tangan-tangan rakus yang berkuasa itu lupa,tanpa pasir2 di lautan, pantai tidak berguna dan semut2 hitam yang melata itu sangat rajin bekerja. Tangan-tangan itu alpa, pertelingkahan sesama mereka umpama ombak yang membenamkan pasir di pantai ke laut semula, memusnahkan sarang yang di bina semut2 hitam yang melata.
Biarlah, biarkan tangan-tangan itu terus alpa.Biarkan tangan-tangan itu terus leka.Bumi Allah ini luas, pasir yang dibenam ke laut akan sampai ke pantai lain yang lebih indah. Sarang semut hitam yang musnah pasti akan di bina semula dengan lebih besar di tapak yang lain yang jauh lebih baik dari tapak sebelumnya.
Yang pasti, pasir2 dan semut2 hitam harus pantang berputus asa, harus kuat, harus tabah dan sabar, harus terus berhati luhur dan harus terus berdoa dan menyerahkan segalanya pada yang Kudus.
Ingatlah, Allah tidak pernah menghampakan tangan-tangan yang menadah kepada Nya.
moga doa2 dari hati yang luhur ini akan cepat dimakbulkan oleh Ya Rahim.Amin
ik: sape lah kita untuk ubah minded mereka? siapalah kita untuk ubah sikap mereka? moga2 Allah dengar rintihan isi 'bumi' ini yang saban hari makin nazak...dan Allah menghantar hambanya yang boleh menolak mereka...
Post a Comment