I love My Hubby,I Love My Fikri, I Love My Mummy,I Love My Late Daddy. I Love OurLifeLine Story... ada bahagia, ada derita, ada gembira, ada kecewa. Tapi I love everything yang Dia kurniakan kepada kami. ~to mum, i luv u so much but i know u luv me more than u luv urself. to fikri, i luv u more than i luv myself. to hubby, i know that u know me more than i know myself, and i know u agreed that i know u better than u know urself! ~WHATEVER IT IS..I LOVE U ALL~
Tuesday, October 28, 2008
Kenapa saya pilih hubby?
Hari minggu yang menyeronokkan...
Tuesday, October 21, 2008
Kenangan Mama Saya Waktu Muda...
Saya tak Gentar...
Aku Redha - Fauziah Latiff
Apa Sebenarnya - Fauziah Latiff
Susah senang hidup dengan mu
Thursday, October 16, 2008
Panduan Untuk Merangsang, Mendidik dan Mendisiplin Anak
1. Kebenaran
2. Bercakap terus terang dan tepat
6. Disiplin/ Undang-undang
10. Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)
Fikri bila kena marah
Wednesday, October 15, 2008
Apa yang ada dalam hati?
Monday, October 13, 2008
Aktiviti Baru...
Friday, October 10, 2008
Budu
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Budu
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Thursday, October 9, 2008
Umiow...
Wednesday, October 8, 2008
Fikri on March 2007
Fikri Bila Dapat Berendam - Part 2
Gambar ini saya snap masa Fikri tengah berendam dalam besen semasa temankan hubby saya basuhkan kereta. Tengok, betapa kusyuknya dia!
Cerita Dari Pengalaman
Salwa yang bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan di Kuala Lumpur, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya selepas bercuti hari raya di kampungnya di Kampung Batu 16, Pendang, Kedah.
“Saya menaiki bas dari Pendang dan tiba di Sungai Petani kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan sepanjang perjalanan bas dipandu dengan laju. “Bagaimanapun, saya tiba-tiba dikejutkan dengan gegaran kuat badan bas dan sebaik membuka mata, saya melihat bas menuju laju ke arah belakang sebuah lori di hadapan,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan HT, semalam.Salwa berkata, akibat rempuhan itu, dia tercampak ke kerusi hadapan menyebabkan kepala serta lututnya cedera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian bas Ekspres Kesatuan itu dalam perjalanan dari arah utara menuju selatan dan membawa 18 penumpang.“Bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori Propel (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad),” katanya.
Sandal Baru - Part 2
Sandal Baru
Nota : Kehendak banyak, tapi kemampuan tak sebanyak kehendak. Mcmn nak buat yer? huhuhu... klik disini untuk melayari...
Honda City Baru

Monday, October 6, 2008
Fikri & Buku Baru...

Fikri bila dapat Berendam - Part 1

Hari Raya 2008 - Part 2
Dari KL - Kltn, pasti 2 R&R yang akan kami singgah. Mulanya di Benta. Biasanya kami sempat b/f di Benta sebelum teruskan perjalanan, tapi kali ini kami agak kebuluran sebab kedai2 masih belum beroperasi lagi. Alahai, kebulur juga saya nak merasa kelazatan nasi lemat / roti canai di Benta. Memang sedap, berbaloi la dengan harga n.lemak (RM1.00), roti canai (RM0.70). Dan perhentian kami selanjutnya adalah di R&R Gua Musang. Bagaimanapun memandangkan jam telah ke angka 10.00 pagi dan perut telah mula kelaparan, kami singgah di kuala lipis..emm, nasi lemat telur mata & ayam gulai dia pon boley tahan.. dan harga pun 'boley tahan' jugak, almaklumlah daerah kelahiran siti...up la sikit harga dia...
Dan apabila tiba di R&R Gua Musang, kami hanya mandikan fikri walaupun hujan agak lebat, huhu. Sian anak saya, jerit2 cakap 'kejuk mi, kejuk...' (sejuk umi, sejukkk...). Tak pe la, umi tau anak umi tahan sejuk, kan? huhuhu...
Sampai di Machang, keadaan yang tidak saya jangkakan, Ya Allah, jalan menuju ke KL sudah jem? maknanya memang sudah ada yang mula bergerak ke KL? Mungkin perancangan untuk mengelak dari kesesakan pada hari ahad nanti.
Dan Alhamdulillah, dalam pkol 2,3 petang, kami sampai.. ah, leganya. di mana tempat tumpahnya darah kita, maka disitu lah zon yang paling selesa buat kita! Saya mau tidur sepuas-puasnya. Saya mau borak semau-maunya. Saya mau makan sesedap-sedapnya. Saya mau jalan selarat-laratnya!
Dan pada hari raya ke-5, saya gerak dari tanah kelahiran pada jam 6.00pagi dan sampai ke tempat penginapan di KL pada jam 8.00 malam. aduh...betapa mengantuknya mata saya.




