Thursday, May 29, 2008

Petikan dari Buku Motovasi-HM Tuah

Seorang kawan mengirimkan satu email yang amat menarik, pada perkiraanku...

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?

Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama.

Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya. Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg.

Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya. JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!! Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".

Wednesday, May 28, 2008

P.Ramlee had told us long before... even Lingamgate ?

Pagi2 lagi, ada member forward satu email yang bagi aku, amat menarik untuk dikongsi bersama.

by Motro
Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.
Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang.... Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.
Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun
Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.
Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya..
Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan" . Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha.....

Wednesday, May 21, 2008

DSLR D60





Camera impianku!!! Bestnyer kalo dapat...mmm, bila la rezeki nak jatuh di riba?

Carrot Cheese Cake

Mmmm, semalam tetiba trasa nak buat apple pie... tapi cancel bila dapat recipe Beef Pie dari ofismet. Sudahnyer, balik keje petang semalam, shopping lat jusco w/maju jap, beli bahan2 dan malam tadi, siap! Nyum-nyum-nyum...seronot tengok fikri beria makan... Abah fikri lagi la.. TQ, Yus...for the recipe! Yummy...Gambar2 Beef Pie, lupa nak amek...esok aku buat la entry Beef Pie tue yerk...




Ari ni, tetiba rasa cam nak buat carrot cheese cake! Tapi...pie malam tadi pon blom abih lagi! Mybe ari minggu ni kot (tapi biasanyer ari minggu, aku jadi malas...asek nak makan luar je lau ari minggu...hehehehe).



p/s : Azimah, kalo ko baca entry nih, kamis nih kalo aku rajin, nnt aku buatkan cake nih, pastu kita jumpa ari jumat nih, aku tapaukan yerk...(kalo aku rajin la)... Opps, lupa lak, jumat nih & isnin depan, aku cuti lagi..Jumaat nih nak gi Sogo (pagi) & megamall (petang)...hahahah. Isnin nih, nak gi pesta buku kat KL Convention Centre! Sape nak join aku Isnin nih? Boring arr sorang2...

Tuesday, May 20, 2008

Guru dapat aib

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.

Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.

Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.

Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.

Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.

“Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.

“Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.

Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.

“Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya,” katanya.

Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.

“Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan,” katanya.

Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya.

Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit.

“Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu,” katanya.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Nota : Aku masih ingat, zaman aku dulu, cikgu amat dihargai & disanjung tinggi. Kalo kena marah / rotan dgn cikgu, pastu balik mengadu pada parent, mmg sah, kita jugak yang akan kena marah nnt. Bagi parents zaman dulu2, everything yg cikdu buat, mesti betol, mesti utk kebaikan students. Sekarang...cikgu hanya 'boleh' mengajar ilmu, tak boleh mendidik students.. maka tak heran bila anak-anak sekarang bukan lagi macam kita dulu-dulu...sedih!!!

Dr M keluar Umno

ALOR STAR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan alasan hilang keyakinan serta prestasi mengecewakan parti itu pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk “Nasib Kedudukan Bangsa Melayu” di sebuah hotel di sini hari ini.

Walaupun Umno masih memerintah dengan majoriti mudah, namun empat negeri jatuh ke tangan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyarankan ahli Umno lain mengikuti beliau keluar parti sebagai langkah mewujudkan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melepaskan jawatan.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno),” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan kepada ahli yang keluar agar tidak menyertai parti pembangkang.

P/S : Oh, tidak...

Wednesday, May 14, 2008

TQ for My Hubby, My Son, Mdm. Ros, Mr. Azawan & Ms Natasya

Ucapan terima kasih yang teramat banyak untuk anda semua, tanpa anda, report yang urgent ini memang tak siap la.

Isnin, 12/05/08
Pagi - Bgn pagi2, tekat terasa perit sangat. Sah, dah jangkit demam dari fikri. Fikri selsema jer..tapi aku skali dapat, batuk + selsema + sakit tekak + demam terus. Sampai je opis, terus mintak time off gi klinik...seberang jalan sana jer...

Lunch Time - Big bos called lawyer (Mdm Ros), arahkan kitorg datang ke Shah Alam Branch, ada urgent case! Case tu, patutnya bos aku yg handle tapi boss aku pulak, time tu ada di Kuantan, ada BTN, so lawyer lain la yg kena ganti. Kereta company tak der, pinjam kereta salah sorg lawyer, and Mr Azawan terpaksa la jadik driver. Gerak dari opis, 2.00 ptg, jem sangat2..smapai sana 3.15 ptg...Big boss dah ada kat sana. tup-tap-tup-tap, malam ni, aku kena siapkan report untuk bagi kat pihak 1 lagi (maaf, tak boley dedahkan, teramat sulit). Alahai, 20 pages tue... Mr Azawan tawarkan diri. Dia taip separuh, aku separuh. Ok, set..

Malam - Balik opis, sms tadika fikri, maklumkan yg amek fikri lambat sket...demam sgt2. Amek ubat, terlelap la dalam 20 minit, pastu dha tgk, jam pon dah dekat pkol 7.30ptg, gagahkan diri pg amek fikri... TQ for my son, sbb jaga umi masa umi demam... Fikri mcm paham je yg aku tak sihat. Dia tak byk meragam, sebok ambilkankan selimut bila aku cakap sejuk, bila aku berselimut satu badan, dia datang peluk leher dari belakang, pastu dia unjukkan ubat (suh aku makan la tue)..aduhai anakku, betol2 buat umi terharu dikurniakan mu oleh-Nya! Dalam pkol 8, hubby balik, sebab dah sms bgtau dia, tak larat...dan bila aku rasa kebah sikit, gagahkan jugak diri mengadap skrin untuk siapkan report walaupon diri menahan penat, mata menahan senak, kepala menahan pening,tetap ku teruskan jua then stop jap2 sebab layan la prison break jugak. Malam tue, fikri tido bertemankan abahnya! dan dia tak meragam pulak, sampai la pagi. TQ to My hubby sebab layan Fikri & tido dgn Fikri, semata-mata tak nak Fikri kacau aku siapkan keje...

Selasa, 13/05/08 - Datang je pagi2, sampai la balik, mmg siapkan benda alah tue jer...penat sungguh, sementelahan clerk aku pulak kursus BTN sama2 dgn bos...alahai... TQ tu Mdm Ros sebab banyak tolong saya...TQ to Mr. Azawan jugak...nasi lemat tu, masih tak termampu untuk membalas budi baik tuan...nanti lah, kawen nanti aku bagi adiah yang tak berapa besar..

Rabu, 14/05/08 - Ingatkan dah abis...rupa2nyer ada lagi... penat! Tapi nasib baik Miss Natasya banyak tolong...TQ very much, Tasya...

Mmmm, ini je la yang larat aku tulis, aku dha tak larat nak karang lagi panjang...sekian...

Monday, May 12, 2008

Jiran Depan Umah

Sambung citer pasal Jiran Depan Umah

Teringat dulu, masa muda2, masa tu aku dah couple dgn hubby (sejak kat uum lagi), selalu kalau terserempak dengan aku, mesti senyum & angguk. Tapi kalau terserempak dengan aku & hubby, dia boley buat2 tak nampak walaupon kami lalu depan hidung dia? Sampai skang aku tak paham... Lupakan.

Penah satu hari, tetiba je dia menegur, masa tu aku tengah nak masuk ke dalam umah,...terperanjat giler aku!

"Awak, awak tau tak perkembangan Pahang skang mcmn?" haah? tanya ku ker?
"Pahang? ntah, saya tak tau..." tak jadik aku masuk umah dan jawab la jugak walaupon penuh heran...
"Awak bukan orang pahang ker?" Lorr, aku tau la dia org pahang, tapi jgn la anggap aku pon orang pahang...alahai..
"Tak..." saje nak test, dia akan tanya lanjut ke tak..
"Oh, ye ker? awak orang maner?" hehehe, kan aku dah agak..
"Kelantan..."
"Saya ingat awak orang pahang, kuala lipis.. saya orang kuala lipis.." oh, itu sebenarnya..
"Oooh, okey... tak pe, nnt kalau saya tau apa2 citer pasal pahang, nnt saya bgtau u yer..." aku sekadar berbahasa. Nonsense! kan TV ada, radio ada...takpun tanya la siti nurhaliza ker...ini tanya aku? tak pe la, mungkin sekadar nak berbahasa, nak kenal mengenal kot walaupon kami selalau terserempak bila masing2 bukak pintu (aku nak kuar dating, dia nak ke masjid)...heheheh.

Sampai la satu citer, dorang ajak housemate aku, kuar bukak posa kat luar..& dorang suh kitorg satu umah datang, dorang 1 umah datang...konon nak kenal2 la kot..Heran jugak kitorg mas atue, sbb jiran rumah sebelah dorang pon sume mcm kitrg gak, belom kawen, tapi naper tak ajak same? hehehe...

Dan antara kitorg ada la 2,3 (1 umah 7 org) org yang maish belom berpunyer.. sorg akak (sbb dia paling tua di antara kami) ajak la kitorg ikut ke nelayan (dorg nak blanje kat nelayan, ttwgsa). Tiba turn aku, aku & roomate kesayanganku buat planned! hehehe...

Aku dgn muka selamba, turun la awal2...tapi tak niat pon nak ikut. Kebetulan pulak terserempak dgn salah sorang dr jiran depan umah tue...(lupa nama dia) maybe dia ingat aku pon nak ikut skali kot. Pastu dia ikut sampai bawah, ground floor.

Dia baru je nak tegur, hubby aku pon sampai, aku senyum je la, then aku & hubby bukak posa sesama. Balik je, terus aku terpa NUurl (roomate tersayang) tanya apa jadi masa bukak posa kat nelayan tadi? hehehe...Nurul, hanya kita yang tau! Biarlah...rahsia!

Hari Ibu @ KLCC

8.00 pagi, dapat sms dari kawanku yang paling rapat, MIZA, wish happy mother's day...

MIZA - Guru. Di Grik, Perak. Hubby polis. Anak 3 orang,lelaki. Secondry School sama aku. UUM pun sama aku.

Aktiviti sepanjang 2 ari cuti- lepak2 dgn fikri sambil layan dia borak, sidai pakaian, lipat pakaian, vacuum lantai, moop lantai, masak, then kedua2 anak & ibu tertido kepenatan. Jaga2 dah petang...layan buku citer jap sebelum fikri jaga.

Ahad - Ptg, hubby balik, agak awal dari biasa...jam 6 ptg. Terus bersiah, hubby nak bawak fikri jenjalan..tujuan : KLCC playground.







seronotnyer dia main...tak tau nak main yang mana satu. Kejap nak naik buai, kejap nak naik duck, kejap train, kejap itu, kejap ini...akhirnya, dia nampak pool dan ramai bebudak baya dia sedang seronot main air...dia pun apalagi, meronta-ronta nak ke pool, tak daya nak pegang.






Abis basah satu baju! Nasib baik ada baju spare..tapi dari pool ke kereta, mmg anakku terpaksa la dipakaikan towel jer..huhuhu. Siap amek gambar fikri pakai tawel berlatarbelakangkan KLCC lagi tue..huhuhu. Biar jadik kenangan terindah bila dia besar nnt. Disebabkan kami tak plan pon nk bawak dia mandi, so camera pon tak la dibawaknyer.. Lain kali, amek gambar dia tengak main dalam pool KLCC dna berendam dengan pempers, mesti lagi ummmppp...huhuhu.

Dah abis mandi, walaupon kami tau fikri belom puas, tapi disebabkan pakcik guard dah tiup wisel, terpaksa la fikri pon ikut kami ke kereta, siapkan dia berbaju, terus kami ke Kg. Baru, menjamu selera di Bagas & solat mahgrib pon kat masjid jamek kg baru jugak... Hehehe, saje je nak imbas balik kenangan muda2 dulu, selalu lepak Bagas, Stabble or Ship. Tapi Kg baru dah lain dah...dah nampak la perubahan...Wisma Hijrah pon dah dicat baru erk? Nampak la jiran depan umah masa muda2 dulu, pon tengah menjamu selera jugak, tapi tak tertegur..'Takkan masih single sampai skang?' Bila dia tengok aku pasan dia, dan-dna je dia tukar tempat duduk, duduk membelangkangkan aku..alahai...

Dah abih makan, pg carrefour wangsa maju, belikan pampers & susu fikri...then balik umah...fikri dah tido time smapai umah, sampai la pagi tadi waktu hubby ku cempung dia untuk antar ke tadika!!!

Friday, May 9, 2008

Kepada-Nya kita kembali

Malam tadi, terima sms dari member lama (x-UUM) maklumkan bahawa suami kepada salah seorang teman kami, telah kembali kepada-Nya...Alfatihah...

Terbayang seraut wajah temanku yang telah menjadi BALU. Umur baru 28thn, Allah telah memberi ujian seberat ini. Ya Allah, kau teguhkanlah iman temanku itu...dan aku yakin, temanku itu mampu menempuh dugaan ini. Arwah muda lagi, baru cecah 43 tahun..tapi itulah, ajal maut tidak mampu terjangka dek fikiran! Arwah pergi tanpa sebarang penyakit. Sedang temanku itu tengah bersiap untuk ke sekolah (keje cikgu), dia kejutkan hubby dia, tapi dah tak ada...

Masih kuingat, masa kami abis matrik, temanku itu telah melangsungkan perkahwinan...sedangkan kami masih lagi tercari2, berkenal2 dan diintai2 oleh abang2 senior di UUM. Temanku itu, lepas kawen, tetap sambung degree macam kami jugak..kalau jalan, mesti lah temanku itu yang jadi perhatian, sebab dia memang cantik, dan baik...siap tudung labuh lagi...(ramai dikalangan member2 tak tau dia dah kawen..3,4 org je yang tau). Kalau tak cantik, tak baik...takkan la dia baru di primary school, arwah hubby dia dah booked dia...hehehe... dan betapa sayangnyer arwah hubby dia pada temanku itu, hampir setiap minggu turun UUM. Bukan dekat Kelantan ke UUM, tapi demi tercinta, sanggup segala2nya... dan aku tidak akan memberi sebarang komen andainya temanku itu masih bersedih sehingga ke hari ini walaupun arwah telah hampir 2 bulan meninggalkan dia dan cinta mereka (anak perempuan, 5 tahun).

Doaku kepada temanku itu, moga2 diakhirat nanti, mereka bertemu semula... dan moga menjadi lebih tabah menghadapi dugaan hidup! Allah takkan menguji hamba-Nya jika Dia tau hamba-Nya itu tidak mampu menghadapi! Setiap dugaan dari Allah adalah tanda kasih sayang Dia pada kita, sebab Allah nak kita sentiasa mengingati-Nya...(Manusia kan akan ingat Allah bila susah, sedih, nak mintak pertolongan...)

p/s : Al-Fatihah untuk: Bapaku, datuk2 & nenek2 ku, saudara2ku, teman2ku & kaun muslimin & muslimat sekalian...

Thursday, May 8, 2008

Kekayaan VS Kejayaan

Baru sekejap tadi ada seorang teman bertanya:-
"Ngko dah tukar kereta ker? Ke masih kereta lama?"
"Rumah ngko dah beli ker? Ke masih menyewa?"

Jawapan aku senang..
1. kete belum tukar lagi, tengok la thn dpn mcmn sbb kte aku thn depan abis bayar..."
2. Rumah belum lagi, ari tu dah mcm nak jadi, tapi tak jadi sebab ada plan lain pulak.."

Bila aku tengok muka temanku itu macam cicak berak kapur, aku menyambung... "Sebab kita kekurangan, kita kena pilih la nak yg mana 1... ada orang, kaya...tapi education tak der. Ada orang, education tinggi walaupun dia tak kaya..."

So, bagi aku & suami, kami memilih untuk capai education tinggi2, kekayaan dicari selepas itu. Kenapa? Sebab, kami muda lagi...rasanyer tak mampu nak jaga harta kekayaan. InsyaAllah, dengan ilmu yang tinggi, ilmu itu yang akan jaga kami! Apatah lagi untuk bagi teladan kepada anak-anakku. At least nanti boley la aku bagi skrip "kalau abah boley jadik profesional, takkan anak umi tak boley capai yang lagi tinggi dari abah?" kepada anak-anak kami.

p/s : Ada orang, nakkan kekayaan, maka dia kejar harta benda. Ada orang, cintai ilmu...maka dia kejar ilmu... Tepuk dada, tanya selera, keputusan yang anda buat pada hari ini, akan memberi kesan sehingga ke akhir nyawa anda!

Romantis: Cinta lelaki pelik, unik

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:1. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
2. Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
3. Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
4. Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
5. Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
6. Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
7. Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
8. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
9. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
10. Lega apabila pasangan memujuknya.
11. Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
12. Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
13. Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.
14. Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.
15. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
16. Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya.
17. Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar.

Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:
1. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menya yanginya.
4. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.
5. Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
6. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
7. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.
8. Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
9. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
10. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
11. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
12. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
13. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.
14. Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia

Coy & Paste dari blog The Hero... Beliau memang bijak! dan berani...Brilliant man! mintak2 la anak aku pon nnt bijak & berani macam ni jugak!

Wednesday, May 7, 2008
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia

Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat yang sudi melayari chedet.com. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan mengeluarkan artikel baru buat masa ini.

Tetapi sebagai menyahut permintaan pembaca, saya telah mengalih bahasa penulisan yang sebelumnya untuk paparan kali ini, sementara saya sediakan artikel yang baru.

Saya akan cuba menulis sekerap mungkin. Dua artikel pertama sebelum ini telah ditulis di dalam bahasa Inggeris. Saya akan tulis di dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris, mengikut kesesuaian.

Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.

Saya minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar web chedet.com supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam ruang komentar.

Saya terima kritikan dan saya siarkan komen pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.

Saya harap semua pelayar laman web ini dapat menghormati permintaan saya ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat melayari chedet.com.

Berkenaan dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa pembangkang adalah musuh.

Dari segi politik, pihak pembangkang adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.

Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.

Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.

Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.

Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.

Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.

Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.

Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.

Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?

Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.

Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.

Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.

Masa

Aku tulis entry ni sebab peristiwa di lrt station masjid jamek pada pagi tadi.

Seperti biasa, kalau dah sampai station lrt, aku susah nak berlenggang lenggok macam orang lain,lembab2, slow2 je atur kaki ke opis. Yang aku tau, masa yang perlu aku amek dari lrt station masjid jamek ke ofis aku, paling lama pon 10 minit jer. kalau lebih dari 10 minit,mesti ada something wrong.

Dan tolonglah wahai pengguna lrt, alert la sket pasal 'nak kecepatan' orang lain, kalau dah rasa nak berlenggang lenggok jer, please bagi laluan la kat orang2 yang nak cepat sampai ofis mcm aku nih! penat la rasanyer ikut je belakang korang...

aku pon pelik jugak, ape perasaan orang yang jalan pelan2 nie erk? tak paham aku. kalau masa kuar shopping, dating, okey la, boley la terima lau jalan pelan2 pon, tapi kalau nak pi keje pon jalan mcm semut, apa perasaan anda yer?

aku rasa, pepatah melayu kena tukar la.. kalau dulu, kita kena kejar masa. skang kita tukar, jadikan masa kejar kita! naper aku cakap mcm tue? alasan dia, tak susah pon... sbb, kalau kita kejar masa, maksudnye kita yang control kadar kelajuan kejaran tersebut. manusia, bila ada power untuk kontrol, what do u think? mesti la dia boley set up kadar kelajuan kejaran, sesuka ati dia...dan hasilnyer, nah! U all boley sevey hasil dia di mana2 skalipn...

Kalau masa kejar kita? pon bukan susah alasannyer...bila masa yang kejar kita, otomatiknye kita akan berlari mengikut kelajuan kadar masa tersebut. kalau dia lari tak selaju masa yang mengejar, maka di akan tercicir...kalau orang tak nak tercicir, so dia akan berusaha la selaju mungkin..kalau orang malas nak berusaha mengejar, biarkan sahaja dia tercicir!

Wednesday, May 7, 2008

shopping lagi...

Semalam, sampai je kat lrt station, hubby called, tanya kat ner, jgn amek cab sbb dia pon balik awal. huray, takyah la aku berlenguh2 menunggu. And kebetulan hubby mmg dah sampai lrt station pon... Masa tengah sebok memasak kat untuk dinner, fikri datang.. "emmmmi, engfon." dengan pelat yang masih berbaki, dia unjukkan hp pada aku. Ada 2 m/c. 03-2692XXXX? ni mcm area kg baru? saper erk? aku capai hp haubby, called balik no tue tue.. ooo, sogo rupa2nyer. naper erk?

"Cik Suzieliana ker?" lembut je suara disebelah sana..
"Yer, saya. Naper yer?"
"Kasut yang cik mintak kami reserve ri tue, dah ada.. cik masih berminat atau nak kami let go jer?"
"Oooo, saya datang tempat u, lunch time esok, boley?" Aduh...sonot jer bila kasut yg aku kalut mencarik di beberapa store pada minggu lepas, dah ada kat sogo...sukanyer ati..
"Aik, shopping lagi?" Hubby bertanya sambil memandang kehairanan...
hehehhe, aku sengih jer... "Ala, kasut jer..bukan mahal pon...hanya beberapa sen jer" sambil buat2 muka kesian..
"Mana ada kasut beberapa sen..."Aku tau, hubby cuba perangkap aku!
"Dalam USD la.." aku cepat2 gelak...hahahaha..
"Sorry yer darling, sbb u dapat wife mcm i, yang takkan mengaku kalah & banyak akal mengakalnyer..." sambil gelak lagi kuat. Ku tau, hubby ku dah mati akal, idea nak balas balik dah abiss.. And fikri ikut gelak sama! sambil fikri cium2 pipi abah dia bila hubby aku buat muka sedih..itulah anakku!

Hari ni, 12.50 t/h - aku ditemani seorang opismet, laju je jalan ke sogo, nak amek kasut yg dimaksudkan..oohh, seronok nyer!

p/s : Hubby, sorry arr, sebab order 1 pasang, tapi tadi terbeli lagi 1 pasang...tak sengaja..hehehe

Tuesday, May 6, 2008

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu". jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu per satu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitah u perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
dinding tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatam mu, namun luka nya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

p/s: Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

Colored Ice Cubes

Macam best jer mainan nie...Mesti Fikri sonot. In my list!

Ice cubes will melt fairly quickly in a warm bath, but they can still be a choking hazard for little ones. Please supervise carefully.

Materials
Ice cube tray
Water
Food coloring
Directions

Make colored ice cubes by adding a drop of food coloring to the water in each section of an ice cube tray.
Freeze.
Add a bowl of different-colored ice cubes to the bath for some bathtime fun

kalau suami & jika suami

Sekadar penambah pengetahuan. Jangan percaya 100% pada artikel ni, sebab tak semua lelaki / suami bersikap yang sama. Kalau suami anda tergolong dalam golongan 'hati mati' (tak romatik), so mmg dia tak akan cakap i love u setiap ari..so jgn la fikir dia tak sayang anda. Mcm perempuan juga, ada yang jenis tak suka manjakan suami tapi dia sayang suami dia...setiap manusia adalah berbeza. dan beri ruang untuk setiap mereka menjadi diri masing-masing..tapi janganlah salahgunakan 'ruang kebebasan' yang diberikan, ke jalan yang salah...nnt rosak rumahtangga / hubungan. Wahai si suami-suami, kalau anda kepingin nak menduakan isteri, ingat2 lah yang duit hantaran berbelas ribu yang telah anda berikan kepada isteri dulu, rugi...so tak yah la pasang lagi satu, nnt rugi berganda2 pulak jadinya...huhuhu

okey, layannn...

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?

JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI
.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ..
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI.. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

Fikri & warna...

Kesian, fikri... semenjak dua menjak ni, dia macam boring jer bila tiba malam hari... maybe sebab tak der kawan yang boley di ajak main2, lasak2.. Hubby aku yang suka melayan dia pon asek balik malam jer...(org line account mmg mcm tue la, gile keje, gile study...tapi takper, jgn giler lain dah..) Jam 8.30pm,Hubby sms cakap dia dah otw, dah nak sampai umah pon... Kebetulan pulak, aku baru jerk siapkan bancuhan warna2 ceria untuk fikri...

Kepulangan Hubby ku disambut teriakan kuat fikri..(agak2, mesti jiran2 sebelah dengar). dari jauh fikri dah cam kete abah dia..."Abaha, abah.." lantang btol suara fikri! then, dia tersenyum puas tatkala aku letak dia dalam kete, sebalah abah dia...

Bila hubby aku tukar je baju...terus kena layan dia, gelak2, guling2 kat katil...rindu btol dia dgn abah dia...

"Sume orang, datang depan, umi ada surprise...." aku panggil dari ruang tamu..
"emmmmi, aler.." Fikri bersuara & tenung bekas2 warna warni depan mata dia...
"Jom, buat macam nie..." aku mula tunjukkan pada fikri...




Mulanya, bukan main lagi jijik dia tengak adunan pewarna + tepung jagung + air dalam 3 bekas berasingan yang mana warna2nyer terdiri dari warna merah, hijau & kunig.
Tapi, jijiknya pada adunan2 tu sekejap je sebab bila dia tengok warna warni berbentuk cap jari, cantik di cop kat kertas putih, dia apalagi...sampai comot 1 muka, kaki2 & tangan sampai la ke rambut..Abah fikri pon boleh tahan jugak excited yer??? huhuhu...






Pkol 10pm, selesai & kena la mandikan fikri, sebab dah comot sangat..tapi masih ada bekas2 warna yang belom tertanggal sepenuhnya... Tak pe la, 2, 3 ari lagi tanggal la tue... Kesan tu tak penting, yang penting, kesan keceriaan dan kegembiraan dia bermain dengan warna-warna ceria tetap kekal dihati & ingatan dia sampai bila2 dan diharap 'permainan' itu akan membina akal dia agar lebih menjadi kreatif dalam hidup, dan bahagia di hati dia...sebab keceriaan & kebahagian masa kecil akan mempengaruhi hidup & minda dia membesar...

p/s : Bila fikri dah tido, masa tengah tengok prison break, hubby mengadu yg dia penat (sebab melayan fikri main tadi), tapi dia seronot bial tengok fikri seronot...penat tapi puas! Itulah naluri seorang abah, sanggup buat apa saja demi seorang anak! Buat hubby, TQ VM sebab sama-sama dengan ku berusaha memberi kebahagiaan & keceriaan kepada fikri. Aku ingin anakku rasa bahagia walaupun susah!!!

Bunga...

Aku suka Tulip, Ros & Carnation. abis tu, apa jadi dengan Rafflesia? Aku pilih Rafflesia sebab sifat2 rafflesia itu sendirik...mmmm, dia tak suka tonjolkan diri, kembang mekar sekali-sekala jer...pastu dia unik, bukan sembarangan tempat ada rafflesia..nun, jauh di hutan rimba...macam aku jugak, hubbyku temui aku, bukan di ladang batu...tapi nun, jauh di perlembahan hutan rimba sintok, hehehe...
(satu hari nanti,kalo ada masa yang sesuai, nnt aku karangkan cerita perkenalan kami yer..tungguuuu...)

Ok, jom kita cek yang mana satu pilihan korang dan apa maksud disebalik pilihan itu..


Monday, May 5, 2008

Didikan Menyeluruh Rangsang Anak Lebih Bijak

Benarkah otak bayi boleh dirangsang supaya dia membesar sebagai anak yang pintar dan bijak?

Secara umumnya semua anak mempunyai tahap IQ (kecerdasaan minda) yang tinggi bila dilahirkan. Tahap IQ sering menjadi kayu pengukur kepandaian seseorang. Namun menurut Dr. Muhamad Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi, RMJ Holistic Solution, banyak kajian yang dibuat masa kini mendapati IQ bukan satu-satunya punca seseorang mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

Sebenarnya membentuk bayi pintar dan bijak terletak pada pembinaan EQ (kecerdasan emosi) dan SQ (kecerdasan spiritual). Rangsangan penting sebagai persediaan mendapat potensi minda yang menyeluruh dari segi IQ, EQ dan SQ. Bagaimana merangsang EQ anak-anak? Menurut Dr. Muhamad rangsangan EQ perlu mengikut formula VAK (Visual Auditory Kinestetik).

Visual = Penglihatan/Pemandangan
Menggambarkan sesuatu pada anak-anak dapat menarik perhatian mereka dan merangsang penggunaan deria mata. Menunjukkan anak-anak pada perkara yang positif membantu merangsang otak mereka yang cerdas. Sejak lahir hingga usia enam tahun, 70 peratus yang ditunjukkan pada anak-anak akan masuk dalam fikiran mereka sama ada yang positif atau negatif. Malangnya kebanyakan anak-anak menerima 70 peratus perkara yang negatif dalam fikiran mereka kerana ibu bapa tidak merancang.

Auditory = Pendengaran
Ajaran Islam ada menyuruh ibu bapa memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada janin dalam rahim supaya
membentuk personaliti positif si anak. Dengan banyak bercerita, bercakap perkara yang baik turut membantu perkembangan otak. Bayangkan jika anda kerap bergaduh dengan pasangan sejak anak dalam kandungan hingga lahir, berapa banyak perkataan dan gambaran negatif akan distor ke dalam memorinya? Akhirnya ia akan berkekalan untuk jangka masa panjang dan jangan terkejut jika tiba masanya anak akan meniru perkara negatif yang dilihat dan didengari itu.

Kinestetik = Sentuhan, pelukan, belaian kasih sayang
Belaian dan sentuhan pada perut semasa bayi berada dalam rahim dapat menyalurkan satu perasaan yang indah dan membentuk pertalian erat antara anak dan ibu. Anak yang menerima kasih sayang secukupnya dari ibu dan bapa akan membesar sebagai individu yang cemerlang. Bila mula merasai kasih sayang sejak dalam kandungan, emosi semakin dibina dan akan membawa kesan pada pembesaran.

Cinta Seindah Madah

Malam tadi, jam menjengah ke angka tiga pagi, baru aku selesai menelaah hasil karya Puteri Andalas, setelah 3 hari mencuri waktu sanggang apabila fikri tido...



Luahan Sharina…
“Aku mencintai Asnawi… Bagaikan aku memiliki pelangi Tanpa aku sedari Pelangi mengundang tsunami di hati.
Mengenali Reshidi Rasa kasih menjelma kembali Digagahi hati… cuba menafi Kerana Reshidi masih beristeri. Onak melilit hidupku Duri merodok hatiku.
Namun kerana kejora hati ‘Atim’ amanah ilahi. Aku bangun menggagahi diri Tekad di hati Cahaya akan kuburu dan kucari Bukan lagi pelagi atau tsunami…”
Berjayakah Sharina?

"Seumpama bayang-bayangku sendiri...ingatan kepadamu kasih..tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi"

Memang tepat! Kalau dihati telah terselit wajah seseorang, walau kehujung dunia sekalipun kita melangkah, setiap langkah itu pasti ditemani oleh sidia..wajah, nama, kata-kata..menari indah dilaman ati, berlagu merdu disegenap jiwa...dan hidup menjadi seperti diawang-awangan, terpijak dibumi tidak sekali, sementelah lagi untuk tergantung dilangit tinggi...aduhai Cinta...

"Kunilai cintamu persis cahaya di langit biru. Kunilai hasratku, setekal air lautan madu. Sentiasa ada...indah dan syahdu. Mimpiku hanya satu, bak Lautan dan langit Bali. Bercanda tanpa jemu di kaki langit-Mu dihorizon hatiku langit biru dan laut madu pasti akan bertemu."

Friday, May 2, 2008

Cendol Leman Dawi @ Rembau

Semalam, kami ambil kesempatan menjenguk orang baru di Rembau. Aqra Insyirah nama di beri, baru 20 hari menjengah ke bumi...comel, masih iras akaknye, aufa hanisah. ada la 2,3 pic yang sempat aku ambil. nak amek byak2,bateri hf dah nyawa2 ikan..camera pulak lupa nak bawak.






Fikri, datang2 jer terus enjoy sebab kat umah tu macam nursery..banyak btol mainan2 giant..suka la bebudak. Tapi tiap kali fikri nak main mainan aufa, mesti aufa tak bagi...hehehe, ni mesti kes nak balas dendam bila aufa dtg umah fikri, fikri tak bagi aufa main mainan fikri..huhuhu. tapi nasib baik anak bertuahku itu cool & macho orangnyer...tanak bagi pob tak per, dia buat tatau jer...terus main mainan lain, tak pon dia pusing2 tengok umah...almaklumlah, sebelum ni, datang sana pon masa dia masih kecik2, bila dah dapat kaki ni la baru datang...

masa nak balik, sis in law nak makan cendol... so aku tanya en. suhaimi, pelatih btn di JPM, sbb masa BTN dia ada bgtau ada 1 kedai cendol best kat rembau...nama dia Cendol Leman Dawi... tapi dah tadak rezeki, sampai2 jer, kain tentang dha dinaikkan..."cendol habis". so, len kali je la...

Kenapa mesti cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.


Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



p/s : Harian Metro ari ni ada menceritakan bahawa pasangan artis yang sangat romantik sebelum ini, tetiba putus cinta, rupa2nya sebab artis perempuan tersebut tidak menghormati parents artis lelaki tersebut. Aku bukan nak dedahkan keburukan mereka, cuma nak kaitkan artikel di atas dengan situasi pasangan itu...

Sebelum aku kawen, mama aku pesan, kalau dah kawen nnt, keadaan akan jadik lain. masa belum kawen, lelaki biasanye tunjukkan sikap tak kesah, tapi bila dah kawen, lelaki akan nilaikan sejauhmana kita layan parents kita & parents dia. Pesan mama lagi, kalo ada terasa ati apa2 dgn parents in lawke, sisters in law ke, buat tak tau jer, jgn layan perasaan itu, benda2 kecik buang jauh dari ati, sbb banyak lagi benda2 besar dlm rumahtangga nak kena fikir...mcm tu jugak dgn situasi suami isteri... setakat tak sependapat hal2 yang ntah apa-apa ntah, diamkan jer...jgn masuk kepala jgn pendam di hati.. dan memang betol. bayangkanlah, selama ini aku dididik dengan cara 'anak tunggal', everything yang aku nak, aku mmg akan dapat...then suami pulak dididik dgn cara 'anak sulong', yang tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat (yg mana anak sulong tue, mesti paham) & mesti kena ikut cakap dia (kan anak sulong mmg mcm tu)... tetiba nak duduk dalam satu rumah. rasa2nyer mcmn? sebenarnyer...sume tu insyaAllah akan dapat diadunkan menjadi sebuah rumahtangga yang bahagia jika kena caranya dan ada sikap tolak ansur, sedar kekurangan & kelebihan masing2, dan banyak lagi la...Alhamdulillah, pro & kontra itu sehingga ke hari ini, masih boleh kami aduankan dan jadikan resipi rumah tangga yang ala masam-masam manis gitu..huhuhu. Mmmm, pasal in law lak? tak perlu aku komenkan sebab aku amat bersyukur dikurniakan mereka ke dalam hidupku...