Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Saya dan keluarga mengucapkan:
Selamat Hari Raya AidilFitri
dan
Maaf Zahir Batin buat semua...

Thursday, September 18, 2008

Kad Raya

Seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas), tiba je hari raya, memang bertimbun la kad raya yang saya kirimkan kepada kawan-kawan dan 'networking'.. itu saja lah tanda ingatan yang tak pernah luput pada kalian. tanda persahabatan yang tersimpul, masih lagi kemas walaupun kita jauh terpisah ditalian masa dan diribuan langkah. tanda kehadiran kalian dalam hidup saya, masih saya hargai dan akan saya hargai sampai bila-bila..insyaAllah.

Kepada kawan-kawan yang tidak menerima sebarang kad dari saya, minta maaf banyak2, bukan tiada ingatan pada kalian, tapi alamat kalian tiada dalam simpanan saya. kalau kalian terbaca entry saya ni, tolong email saya di yana2701@yahoo.com or suzieliana@arb.com.my bagi tujuan rekod saya untuk keperluan di masa hadapan.

Sekian, catatan buat kalian.

p/s :-
1. Sehingga entry nih ditulis, sudah 42 keping kad raya yang telah saya poskan semalam dan hari ini. Tunggu...

2. Tahun ni, ada 2 design kad raya..maknanya semua orang akan dapat kad yang berlainan. Tak kesah kan, janji ingatan pada kalian tetap ada..

3. Dalam setiap kiriman kad tersebut, saya sertakan juga 'name card' saya, senang untuk kalian yang bertanyakan alamat saya..(malas la nak tulis, panjang sangat).

Friday, September 12, 2008

Semak Kualiti Handphone ANDA

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera...

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat
baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.

1st Kad Raya

Semalam saya bercuti. Saja untuk rehatkan badan dibulan puasa sementelah cuti tahunan masih ada 13 hari lagi sedangkan sekarang sudah hampir ke penghujung 2008.

Hari ini, sampai pejabat agak awal, lebih kurang 7.20 pg. Dan mata tertancap pada sekeping sampul kad raya yang berwarna putih beralamatkan pejabat saya. Mulanya meneka kak iza, kawan yang tinggal di Batu Pahat Johor.

Dan alagkah terkejut dan terujanya saya bila bukak kad raya tersebut...

Kad raya Jemari Seni Publishing dari NAZURAH IASYAH, penulis LILI BUAT NAJAH...Oh, terima kasih banyak-banyak, Nazurah! i am really appreciate it!

Oka Jeg - Part 2 - edited on 22/09/2008

-Gambaran kereta dipindahkan memandangkan dah 10 hari dipaparkan-
Tanggal 11 Sept. 2008, setelah 2 minggu menunggu, dapat jugak jazz kami keluar..hanya itu saja lah yang termampu buat masa ini.

TQ so much buat Serene, dealer dari Honda untuk good service yang you berikan sepanjang 2 minggu ini, dan juga untuk usaha you dapatkan kereta ini dalam masa 2 minggu!

Nota : Agak-agak, bila la pulak dapat beli Civic Type-R or Honda Integra?

Dr Mohd Amy Azhar

Dah lama rasa nak search nama sendirik dalam internet..hehehe
alih alih, nama title nih yang keluar.. dah cuba klik, tapi mmg tak dapat la sebab saya bukan di library uum. tapi memang sah, nih tesis yang saya buat masa semesater akhir kat lembah dulu... dimanakah lect saya dulu, dr mohd amy azhar mohd harif, setelah tak lagi jadi lect. dan adakah masih jadi CEO di sebuah hotel di Sg. Petani? saya mencari...

:: Faculty of Finance and Banking :: - Publication 2004
Authors : Mohd Amy Azhar Mohd Harif dan Suzieliana. ... Authors : Norlida Abdul Manab, Yusnidah Ibrahim, & Rosemaliza Abdul Rashid. ...fwb.uum.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=53&Itemid=85 - 58k - Cached

Tuesday, September 9, 2008

Tagged by Along Azreen...

Along nih, tak pasal,pasal orang kena jawab..huhuhu.
Pening jugak nak pikir jawapan dia agar jawapan yg diberikan nampak nakal & ganas yang amat.
3 Tabiat buruk time sekolah
1. tak suka buat homework, lebih2 lagi subjek matematik. Boring btol. sudahnya, esok kat sekolah, pagi-pagi, tiru kawan tak pon cakap la tak bawak buku (nasib baik kalo cikgu suh tunjuk kat papan hitam, dapat jawapan yang btol. kalau tak, mmg nampak sangat tiru / tak buat homework).
2. selalu ponteng apa-apa aktiviti di padang. kalau datang petang-petang, bukan masuk padang pon, hanya datang, sign nama pastu ajak member (perempuan la jugak) bonceng motor, gi bertandang ke rumah kawan-kawan yang tak de latihan sukan. Seronok giler... cikgu dah tak kisah, dah malas nak layan budak baik yang nakal nih.
3. selalu ponteng kelas tuisyen matematik. demam la, ada tuisyen kat sekolah la, gi library la.. sebenarnya sebab tak suka maths! hahaha
3 favourite subjek anda...dan mengapa?
1. Bahasa Melayu - sebab Cikgu Salma mengajar dengan penuh perasaan, suara lantang dan siap memek muka lagi.
2. Sains - terutamanya biologi, sebab dapat tau pasal badan-badan kita dan cikgu sains yang suka bagi denda kalau dapat markah kurang dari ujian yang sebelumnya. biasanya denda adalah cium papan itam yang dah di sapu dengan kapur yang berwarna warni. Tapi, aku masih belum dapat ingat nama cikgu sains aku dulu..
3. Perdagangan - sebab cikgu Rosli mengajar dengan penuh perasaan dan tak payah refer buku pon dah faham apa yang dia ajar. Sampai sekarang aku suka berdagang..huhuhu
3 subjek yang anda tak suka...kenapa?
1. matematik - sebab aku tak suka angka, walaupun cikgu yang mengajar penuh dengan perasaan. Dimanakah cikgu muhammad ali (yang penuh dengan rekaan teori maths yang canggih dan short cut) dan cikgu anita (tengok kelibat dia saje pon budak dah kecut, sebab dia suka soal dengan suara lantangnyer tuh)
2. bahasa inggeris - sebab cikgu yang mengajar, badannya besar yang amat, kulit gelap yang amat (org india dr negara india), suka nganga mulut mcm hrimau nak terkam mangsa sebab nak tunjukkan lidahnya yang panjang dan merah itu. takut...
3. Kemahiran hidup - sebab cikgunya mengajar dengan tiada perasaan dan kelas selalu macam 'malaikat lalu'...
Menarik pada kamu?
1. Ibuku
2. Anakku - Muhammad Amirul Fikri.
3. Suamiku
Kamu paling suka?
1. Dimanja (disayangi)
2. Dimewahkan (ikut kemampuan la)
3. Dapatkan 'something' yang nak disorokkan dari saya.
Anda tak boleh hidup tanpa
1. Keluarga
2. Diri Sendiri
3. Persekitaran
Setiap malam, sebelum tido siapa yang anda hubungi?
1. ibu
2. ibu
3. ibu
4. sesiapa je yang berkaitan dengan apa-apa jer.
Ok la, Along... dah abih. erk, nanti saya tag beberapa orang teman yang saya rasa suka menulis...tunggu...

Monday, September 8, 2008

Lagu S.M.Kamil

Megah berdiri Kamil Bestari
Memayungi putera dan puteri
Menjayakan wawasan murni
Kamil berbakti kami berjanji

Melangkah gagah Kamil bertuah
Mara mendukung cita
Berganding membangun negara
Dunia IT diteroka

Tujulah.....bersatu erat
Majulah.....tingkat martabat
Semangat berkorban berjiwa merdeka
Rahmat melimpah Kamil berjaya

Pengetahuan tangga kemajuan
Kamil tersohor sepanjang zaman
Azimat terpahat kukuh membara
Muafakat luhur insan mulia

Tujulah.....bersatu erat
Majulah.....tingkat martabat
Semangat berkorban berjiwa merdeka
Rahmat melimpah Kamil berjaya

Pengetahuan tangga kemajuan
Kamil tersohor sepanjang zaman
Azimat terpahat kukuh membara
Muafakat luhur insan mulia
Muafakat luhur insan mulia
Nota :-
i. Majulah Kamil...Untuk Anak Bangsa. Bangunlah Warga Kamil..Kembalikan Kamil ke Tangganya Yang Asal. Aku...senantiasa memandang dari jauh, akan tampil pabila segalanya milikku!
2. Seronok amat hati saya pabila saya lihat senarai nama guru S.M.Kamil, dimana guru saya masih disana...tunggulah kemunculan 'tanda ingatan'ku pada kalian, yang maish utuh sehingga kini!

Sekolahku...

Hari ini, sedang search nama member2 lama, tiba-tiba hari teringat pada sekolah lama saya, S.M. Kamil. Dan agak terkejut bila search dalam internet, telah wujud laman web untuk sekolah lama saya. Oh, satu lagi 'update' terbaru..
Sila klik disini untuk lihat sekolah saya. walaupun tidak secantik dan semoden mana, ketahuilah ia merupakan sekolah tinggalan zaman penjajah dulu.. dimana bahasa penghantarnya adalah bahasa inggeris (tapi bukan di zaman saya. zaman sebelum saya dan zaman selepas saya).
Saya tengah kekeringan idea untuk menulis. So, jumpa lagi.

Alhamdulillah...

Setelah setahun mereka di tanah penjajah negara pada suatu ketika dulu, akhirnya mereka selamat kembali ke bumi tercinta ini, Alhamdulillah..
Buat Ain, Iman & Fareehah, selamat kembali ke tanah air. Dan terima kasih atas jersi New Castle, MU dan jersi utk hubby ku (tak tau la jersi tue kelab mane..huhu), dan handbeg yang amat cantik itu...TQ So Much!
Nota :-
1. Harap2 raya nih, umah embah & wan ceria dan gamat sekali!
2. Akak penah baca, bukan ke Ain penah tulis entry yang nasik ayam Iman, sedap amat,kan? Boley la tunjuk bakat malam raya nih..sambil bbq kat depan umah tuh, sambil main mercun, sambil makan nasik ayam... Mak Lang, setuju??? Huhuhu...

Friday, September 5, 2008

Rutin harian di bulan puasa..

Setiap hari, dalam bulan puasa, inilah keadaan saya, perjalanan hidup saya..
4.15pg - bangun sahur. memandangkan saya saje yang bersahur, hubby hanya makan kurma, maka agak senang untuk saya bersahur. resipi yang sangat simple, nasi putih (lebihan berbuka pada malam sebelumnya) diletakkan kicap dan telur mata. lepas sahur, cek pampers fikri, dah 'penuh' atau belum. Kalau belum, itu satu bonus. Kalau dah 'penuh', tukar pampers fikri. lepas tu, tido sekejap sementara menunggu subuh.
6.00pg - bangun, mandi, solat subuh, iron baju, bersiap-siap kemudian pack kan baju fikri. Bila hubby dah siap sementara saya belum siap, hubby antar fikri ke taska. Kalau sama-sama dah siap, maka sama-sama antar fikri. pastu ke stesyen lrt utk ke office.
8.00pg - dah mula keje, cari nafkah hidup, huhuhu...
4.30ptg - dah abis keje, tumpang member sampai stesyen lrt.
5.30ptg - sampai umah. Masak nasik (dgn rice cooker), solat asar dan mula masak..
7.00ptg - rehat kejap kat bilik, sementara menanti waktu berbuka. Time ni la geletek fikri, cium fikri, usik fikri dan kadang2 marahkan fikri..sian anak kecil itu, belum mengerti apa-apa dah kena marah...huhuhu
7.45ptg - abis berbuka, solat, mandi...rehat kejap.
8.30mlm - masukkan pakaian dalam washing machine, clearkan pinggang mangkuk berbuka tadi, masakkan air untuk air mati, check peti ais, lipat baju, sidai baju, kemas bilik...oh, penatnya!
10.30mlm - saya dah penat yang amat! Sudahnya saya & fikri tertido. saya penat mengemas, fikri penat 'tolong mengemas'.
Nota :
1. Patut lah wanita itu istimewa - kata-kata hubby yang membuatkan saya selalu 'kepanasan'.
2. Buat kawan-kawan yang masih bujang, hargailah 'kebujangan' anda.
3. Bulan puasa, jangan katakan nak pg terawih, nk jengok berita pon tak sempat.
4. Tak sabar nak berbuka di kelantan. Oh, enaknyer..

Wednesday, September 3, 2008

Impianku...yang belum tertunai.

Dulu, pernah ada entry yang sama. Jadi entry yang ini boleh la di anggap part 2. Entry ini saya publish kan sebab tiba-tiba teringat komen hubby pad asaya mengenai impian saya masa part 1 dulu.

"Macam tak ada yang special pon." - komen hubby.

Saya hanya memandang sambil kerutan di dahi.

"Perlu ke sesuatu yang special, baru boley dikelaskan sebagai impian?" - ah, saya kalau bab soal jawab, memang saya suka. Cita-cita dulu nak jadi lawyer, tapi rezeki tak ader. Syukur yang amat saya tak diberikan Allah rezeki menjadi lawyer, sebab baru sekarang saya sedar, dunia lawyer tak sesuai dengan jiwa saya! Maaf, sekadar selingan.

"Abang rasa, u lupa tentang impian u yang suci itu, yang selalu u sebut-sebutkan sejak 7, 8 tahun dulu." - ada sesuatu yang hubby cuba jelaskan...masih berteka teki.

"Dulu, walau pun tengah dating, mesti u cakap satu hari nanti, u nak sangat ada..emm, emm, emm..." - masih belum puas berteka teki.

Lama aku memandang wajah mulus itu. Wajah yang mengundang rasa cinta dihati setelah hanya 2 bulan setelah aku dikecewakan pada semusim yang lalu, diperlembahan itu! Ah, tak perlu menjeruk rasa lama-lama..huhuhu - iklan lagi.

"oh, i know, i know..." aku menjerit sambil peluk hubby.

"Yang tu, tak tau bila akan terlaksana. Tapi nak jugak ia terlaksana..kalau ada rezeki lebih..." - Dan kata-kataku disambut dengan secarik senyuman oleh hubby. Dia mengerti apa yang ada jauh dalam hati kecil ini!

"Amin..."- terima kasih hubby, sebab sentiasa mendoakan kejayaan untuk setiap langkah kakiku mengorak. Terima kasih Tuhan, sebab menganugerahkan aku seseorang yang senantiasa menjadi teman tanpa mengira ruang masa dan keadaan.

Resipi Puding Roti...dan Expo Konvo.

Kejadian sekejap tadi...
Tengah saya sebukkan diri membelek fail2 kes, tiba-tiba terdengar bip bunyi h/p. Bila dilihat, ada 1 sms baru dapat. Emm, dari ceknom.
"Askm. Lama x dgr crita. Tau x nk buat puding roti. Meh resepi" - ringkas & padat.
Heran juga saya. Setahu saya, kawan baik saya yang ini, amat jarang untuk tuurn padang main mainan ini. Kalau bagi periuk belanga, masak apa pun dia pasti rajin.
"Pergh, rajinnya...apsal tiba2 nih?" - balas saya. Sejak bila kawan saya suka buat dessert?
"Roti banyak, xde org nak mkn. Sian dia. Meh la resepinya..." Saya mengagak, pasti dia fikir saya tak nak bagi resepi tu pada dia.
Insyaallah, saya akan bagi...kan itupon salah satu cara sebarkan ilmu, dan sampai ke akhir zaman saya akan dapat pahala selagi ilmu resepi itu disebarkan, Amin...
"Org tak de resepi yg btol2, just mai taram jer. Tapi insyaallah menjadi...tak penah lagi tak menjadi. Nah resepinya....bla, bla, bla..." Hanya satu harapan saya, masa masak tu, 'masaklah dengan hati', agar hasilnya memuaskan hati. Kalau 'masak tanpa hati', memang hasilnya pun tak akan berkenan di hati.

Cerita di perlembahan...
Satu malam di tapak expa konvo UUM pada tahun 2000.. Saya masih ingat, pada malam itu, saya dan ceknom sanggup meredah malam untuk ke tapak expo, semata-mata nak mencari makan. Umum sedia maklum, kalau ada expo konvo, memang macam syurga makanan la jadinya. Selesai makan, kami pusing-pusing cuci mata. Masih saya ingat, macam-macam barang yang dijual namun hanya jamu mata je la, sebab dah hampir ke akhir semester.

Di kawasan lapang dimana terletaknya stage untuk acara hiburan... sedang asek saya dan ceknom menanti acara dimulakan, kami ternampak kelibat seorang lelaki sedang asek berdating. Memang fenomena yang biasa di lihat di perlembahan itu, tapi kelibat lelaki itu menarik perhatian kami. Dan bagaikan saya masih ternampak-nampak muka terperanjat amat lelaki itu bilamana dia tahu ceknom dah tahu temberang dia dah pecah. Sedih, bila saya lihat ada juraian air di kolam mata ceknom..tanda dia kecewa. Puas juga saya memujuk dia disepanjang jalan pulang ke kolej pada malam itu.

Esok, pagi-pagi lagi bila saya buka mata, saya ke bilik ceknom. Risau juga hati andainya dia masih berendamkan air mata. Syukur, dia dah mula gelak-gelak, malah boleh jawab telefon dari lelaki itu. Antara butir bicara dari mulut ceknom yang masih melekat dalam ingatan saya:-

"Okay, ayang tunggu abang datang."
"I love you too."
"You are always in my mind."

Dan, ternganga saya bila ceknom cakap itu adalah lelaki semalam.
What? masih boley ber-abang, ber-ayang? oh, Tuhan..hati apakah yang Engkau anugerahkan kepada dia? Kalau saya, mahu satu perlembahan itu saya jeritkan sebelum saya kembali berfikir untuk saya kembali bersama lelaki itu!

Bila saya terasa rindu...

Bila saya terasa rindu pada arwah ayah saya... saya akan menangis lama di atas sejadah dan berdoa dan berdoa agar 'disana' nanti kami akan bertemu kembali. Dan ayat-ayat suci Al-Quran tulus buat ayah...tiada ayah setandingnya!

Bila saya terasa rindu pada mak saya di kampung... saya akan telefon mak bertanya khabar biarpun baru satu jam yang lalu saya menelefon mak saya sampaikan setiap inci pergerakan dan setiap suap makanan yang dimakannya, akan saya tanya. Tapi saya tahu mak saya takkan rimas dengan saya. Dan yang paling mak 'tidak tahan' apabila saya mendesak beliau datang KL, huhu. Saya sayang mak saya (walaupun kadang-kadang saya merajuk dengan mak saya, hehehe).

Bila saya terasa rindu pada anak saya... saya tengok gambar-gambarnya yang ada dalam h/p atau dalam PC saya. Kalau rindu itu datang masa saya ada bersama-samanya, sure merah muka dia kena cium dengan saya dan pasti dia rimas bila saya peluk dia kuat-kuat, huhu.

Bila saya terasa rindu pada suami... saya akan sms cakap "rindu..." hahaha.

Bila saya terasa rindu pada kawan-kawan... saya akan telefon o sms bertanya khabar. Walaupun tidak semua kawan saya yang akan membalas, tapi saya tahu, mereka pasti faham yang saya rindu mereka... :-)

Bila saya terasa rindu pada mereka yang telah pergi... hanya doa yang mampu saya hadiahkan. Moga nanti bertemu kembali.

NOTA : Rasa Rindu bukan boleh ditunjukkan dalam semua reaksi. Kadang-kadang ada rindu yang menjejak di hati tapi perlu dipendamkan. Kadang-kadang di hati ada rasa rindu tapi tak tahu macam mana nak luahkan. Sudahnya saya hanya diam membisu, mengimbas kembali tiap kata / tiap cerita yang pernah saya ukirkan bersama kalian / mereka.. dan saya berdoa agar satu hari nanti, rasa rindu itu bisa saya rakamkan dalam sesuatu yang amat bermakna dan terus abadi disitu!