Thursday, August 28, 2008

Oh, Gomen Servis!

Kisahnye...
Saya failkan 3 salinan Saman Dalam Kamar dan 3 salinan Affidavit dengan tujuan 2 daripada salinan dokumen-dokumen tersebut, dikembalikan kepada saya bagi membolehkan saya 'serve' kan kepada lawyer pihak lawan. Dan adalah penting untuk dimaklumkan bahawa serahan dokumen-dokumen tersebut adalah serahan tangan (by hand) melalui cawangan syarikat saya disalah sebuah negeri di semenanjung malaysia.
Menurut rekod yang ada pada saya, perserahan dibuat pada 16/07/2008 dan alhamdulillah, dokumen tersebut dikembalikan kepada saya 15/08/2005. Ini bermakna mereka ambil masa selama sebulan untuk aturkan / tetapkan tarikh bicara. Bagi jabatan kerajaan, itu dah dikira cepat. Tapi sejujurnya, bagi saya, tarikh bicara paling lama hanya perlukan masa seminggu! Bagaimanapun sebagaimana yang kita semua sedia maklum, itulah servis yang mampu jabatan kerajaan sediakan. Dan saya bersyukur dengan tempoh masa sebulan itu berbanding beberapa agensi kerajaan yang mengambil masa selama 6 bulan untuk tetapkan tarikh biacara (semasa saya dipertanggungjawabkan mengendalikan kes harta pusaka di cawangan pada suatu masa dahulu).
Dukacita dimaklumkan, tempoh masa sebulan tersebut, masih belum mencukupi untuk pihak jabatan kerajaan tersebut menyediakan penyerahan dokumen yang sempurna. 3 salinan Saman Dalam Kamar & 3 salinan Affidavit yang saya kemukakan dan sepatutnya dikembalikan kepada saya 2 salinan bagi setiap jenis dokumen tersebut, hanya 2 salinan Saman Dalam Kamar sahaja yang dikembalikan kepada saya! Affidavitnye mana? Oh, Tuhan...sabarkanlah hati aku, mereka pon manusia maka kemungkinan melakukan kesilapan itu adalah lumrah.
Maka bermula pada hari Khamis, 21/08/2008, hampir setiap hari disebelah pagi dan selepas waktu makan tengahari, saya terus-terusan mengejar mereka bagi menuntut kembali 2 slainan affidavit tersebut bagi membolehkan saya serve kan kepada pihak lawan kerana tarikh bicara makin hampir. Dan setiap kali menelefon, setiap kali itulah saya kecewa!
"Puan, Puan XX tak ada, dia belom masuk lagi."
"Puan, Puan XX tak ada di ofis, dia ke klinik."
"Puan, Puan XX tak ada di tempat dia, dia bla, bla, bla..."
Itulah antara alasan yang saya dapat dan yang telah mengundang keluhan yang dalam.
"Government!" - hanya ucapan itu yang boleh turunkan rasa tension dihati.
Sehinggalah 25/08/2008, setelah panggilan ke 5 (pada jam 5.00ptg), saya buat, saya dapat bercakap dengan Puan XX.
"Assalamualaikum Puan. Saya Sxxxx dari Syarikat AAA. Saya nak confirmkan bla,bla,bla..."
Blom habis saya cakap, dia potong..
"Eh, saya dah pos. Memang saya dah pos. Saya tak pernah tak pos affidavit kalau saman tuh saya antar, mesti hantarkan sekali." aduh...macammana nih sih..
"Awak tel esok la, nnt saya semak fail dulu" itu la jaw Puan XX bila saya minta dia semak fail dia kalau-kalau dia tercicirkan dokumen tersebut masa proses pengeposan.
"Erk, hari ni, tak dapat ke Puan? Saya tunggu." Saya masih sudi tawarkan diri. Masih sanggup menunggu walaupun aku tau, penantian itu akan ambil masa yang agak lama.
"Eh, ari ni tak dapat la, sebab ni pon dah pkol 5." Alasan lagi. Letih la.
Hah? Pkol 5 ptg, jab kerajaan dah bersedia untuk balik ker?
"Ok,lah. Saya saya tel Puan lagi yer, pagi-pagi.." Saya dah letih, penat nak mengharap.
Dan hari ini, kesabaran saya telah hilang. Sebaik saja dengar operator cakap Puan XX masih belom masuk dr lunch.
"Cik, saya tanya sikit, boleh?"
"Puan XX tuh, jawatan aper?"
"Kerani. Kenapa, kak?"
"U all lunch time pkol berapa yer?"
"1-2ptg. kenapa, kak?"
"Oh, tapi skang pkol 3, masih belom masuk lagi? Boss u all tak marah ker? Dia keluar ada hal ker?"
"Tak tau nak cakap la kak pasal Puan XX. Kami pon susah nak cakap."
Oh, fahamlah saya... Alangkah bertuahnya mereka yang berada di Jab. Kerajaan. Bukan macam saya dan kawan-kawan disini.
Dan saya masih kecewa sehinggalah pada pkol 4 petang hari ini, baru saya dapat jawapan daripada daripada Puan XX setelah menunggu hampir 15minit untuk dia dapatkan fail kes.
"Ok, ok. Ada pada saya. Esok saya poskan yer." Finally!!! Walaupon masih bertangguh..
Oh, Tuhan.. bila keadaan macam ni jadi, saya terfikir. Kenapa rakyat Malaysia marah yang amat bila PM kita tak luluskan pembayaran bonus kepada org2 gomen? Kalau saya jadi PM sekalipon, kalao servis ini yang staff saya berikan kepada pelanggan, kepada rakyat, insyaAllah, jangan katakan pembayaran bonus saya tak luluskan, malah kenaikan gaji pon tak akan saya luluskan. Memang, kesan seorang individu tak sepatutnya dicalitkan kepada semua kakitangan di jabatan tersebut, tapi itulah yang dinamakan TEAMWORK! dan disinilah pentingnyer kita fikirkan orang lain kesan perbuatan kita.
Nota : Entry nih tak ada kaitan dengan sebarang unsur politik.
P/s :
1. Kawan-kawan yang di jab. kerajaan, bersyukurlah anda berada di tempat yang selamat dan selesa. Tidak macam kami. Silap cakap dengan client, tune kami bercakap tinggi sikit dari kebiasaan, nescaya kami dapat surat komplin dari client. Kalau 3 kali kami datang lambat, dapat surat 'cinta' dari HR. Kalau setiap bulan kami tak dapat kejar target, dapat surat tunjuk sebab dari manager..dimana semua surat2 itu akan masuk rekod peribadi dan efeknya akan nampak pada penghujung tahun dimana prestasi kami akan dipancung dan bonus kami mungkin akan dapat separuh sahaja..bersyukurlah kalian, sebab kalian kebal!
2. Buat teman bloggerku yang kini di Kastam, azawan shah, jangan jadi macma kawan2 awak yang saya citer di atas. Awak telah lalui kerja di tempat ini dan dapat tau mcmn susahnyer berurusan dengan jab. kerajaan. So, proaktiflah!
3. Mcmn agaknyer lawyer2 di luar sana berurusan dengan mereka di jab. kerajaan tempat Puan XX bekerja?

Wednesday, August 27, 2008

Jasa Seorang Ayah & ibu...

Ini blog saya, so suka hati la saya nak tulis apa yang saya rasa, apa yang saya fikir, sebab itu semua hak saya.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya datang ofis, saya tak sabar nak baca apa yang ada dalam blog yang paling saya suka baca sebab blog tersebut penuh dengan fakta, pandangan & idea yang akal saya amat jarang untuk sampai ke tahap tersebut (mungkin bagi kawan2 diluar sana, idea-idea tersebut adalah biasa atau bersetuju dengan pandangan saya, tapi disebabkan ideologi politik yang berbeza maka kita menidakkan semua fakta & idea2 beliau). Bila saya baca entry beliau yang bertajuk MERDEKA, tiba-tiba hati saya terasa sayu, jiwa saya terasa kosong... Saya sedih. Saya takut. Saya bimbang.

Saya sedih...kalau saya berada di tempat beliau, setelah seluruh tenaga saya baktikan kepada semua, tapi bila saya tua, saya dilemparkan jauh...idea2 saya yang masih bernas, pandangan & kritikan saya yang masih positif, ditolak kesisi, tidak dipeduli...dan dipandang sepi!

Saya takut...kalau kedamaian & kemodenan serta kerukunan yang saya kecapi sepanjang 10433 hari ini, diragut oleh tangan-tangan ganas yang berjuang untuk kepentingan sendiri atas tiket agama & bangsa, sedangkan khabar2 yang diwar-warkan sejak akhir-akhir ini sudah menampakkan yang melayu takkan istimewa lagi!

Saya bimbang...kalau anak cucu saya turut terjebak ke dalam idealogi politik yang muncul daripada perjuangan kepentingan sendiri! Sedangkan saya nampak, kalau sesuatu itu tidak diperlakukan kepada mereka, insyaAllah mereka juga masih bersekongkong dengan tuan mereka dan masih menagih untuk menjadi pucuk teratas! Dan saya akan terus berdoa, saban hari, agar anak cucu saya masih berpendirian macam saya!

Kilasan cerita...
Ayah dan ibu saya telah besarkan saya. Mereka beri saya kasih sayang yang sepenuhnya, tidak berbelah bagi. Macammana saya tahu mereka sayangkan saya? Mana saya tahu kasih sayang mereka pada saya tidak berbelah bagi? Saya dapat rasakan, saya dapat lihat, saya mengerti semuanya itu!

Saya dapat rasa mereka sayang saya bila mereka selalu peluk saya, mereka selalu semak semua kerja sekolah saya, mereka sanggup jaga saya sepanjang malam bila saya demam, mereka akan bangun pada jam 2, 3 pagi semata-mata nak pastikan saya tidak digigit nyamuk. Saya masih ingat, betapa sayangnya ibu saya pada saya, bila setiap pagi, sebelum ke sekolah, ibu saya akan dukung saya dibelakangnya untuk bawa saya ke bilik mandi dan saya akan dimandikan dengan air suam yang telah dimasukkankan terlebih dahulu, betapa sayangnya ibu saya pada saya! Mampukah saya jadi ibu yang seperti ibu saya kepada anak-anak saya?

Saya dapat lihat betapa sayangnya mereka pada saya bila bapa saya sanggup redah bandar pasir puteh & kota bharu dalam kesesakan manusia di bulan ramadhan semata-mata untuk turutkan kehendak saya mendapatkan baju raya & kasut raya yang saya suka dimana saya tahu, bukan 4,5 buah kedai yang diredah, malah banyak kedai yang akan dijelajah dari pagi sampai la bersambung selepas berbuka puasa! Dan ayah saya tidak pernah mencubit saya, apatah lagi merotan. Ayah saya hanya akan lipatkan surat khabar lama dan dipukulnya lantai bagi menggambarkan dia marah saya, dan saya akan meraung sekuat hati seolah-olah saya telah dipukul (sebenarnya menangis sebab takut. Mampukah suami saya menjadi ayah seperti ayah saya kepada anak-anak saya?

Saya mengerti betapa sayangnya mereka pada saya bila saya kecil-kecil dulu, mereka memang tidak benarkan saya bercampur dengan sebarang kawan. Kawan saya hanya sepupu-sepupu yang sebaya. Kalaupon ada kawan-kawan sekelas, mereka tidak dihalang untuk datang ke rumah saya, tapi saya tidak dibenarkan kerumah mereka. Bila tiba masa untuk saya keluar ke bandar, ibu saya akan temani saya untuk dapatkan apa saja barang keperluan saya. Pendek kata saya memang tidak bebas bergaul, hanya sekolah tempat saya jumpa kawan-kawan. Dulu, saya selalu memberontak sampaikan pernah satu hari saya ugut ibu saya untuk keluar rumah (tapi saya hanya menyorok bawah katil. Nak betul-betul keluar rumah saya takut, takut ibu saya cubit. Jenuh juga ibu saya mencari...). Mampukah saya didik anak-anak saya sebagaimana ibu saya didik saya? Garang, tapi penuh kasih sayang dan tidak pernah merotan. saya dapat rasakan betapa sayangnya ayah saya pada saya bila ayah saya bersusah payah dapatkan saya jam jenama orient warna gold, 2 hari sebelum saya duduki upsr (semata-mata nak saya senang untuk bajet masa ketika jawab soalan upsr) dan jam itu masih saya jaga sampai sekarang sebab saya tahu harganya adalah lebih RM200 (saya sevey harga masa saya di pusat matrik), susah payah ayah saya merujuk kepada PPD PP/KB sama ada nama saya ditawarkan atau tidak untuk ke SM Kamil, susah payah ayah saya semak nama saya di Kementerian Pendidikan Pusat Bandar Damansara kenapa saya tak ditawarkan untuk ke Pusat Matrik, susah payah ayah saya daptkan TV besar dimana sebagai ganjaran sebab saya mula berpuasa (walaupon baru 1 hari puasa bermula), dsbg. Mampukah suami saya jadi macam ayah saya pada anak-anak saya?

Analogi cerita...
- adanya hospital dimana isinya adalah doktor & jururawat - ibarat ibu & ayah saya yang menjaga saya ketika demam, bangun malam-malam untuk pastikan nyamuk tidak gigit saya - sbenarnya yang ada hari ini, itu yang terbaik untuk rakyat yang berbilang bangsa & taraf hidup yang berbeza. Kalau kita rasa kita berkemampuan lebih dan nak kan sesuatu yang lebih dari apa yang ada di hospital kerajaan, silalah ke hospital swasta. Hospital kerajaan hanya untuk mereka yang tidak memikirkan standard, yang penting bagi mereka adalah sihat dan yang lebih penting, mereka mampu!

- adanya IPT, SBP, sekolah dan isinya adalah guru-guru - ibarat ibu & ayah saya yang selalu menyemak kerja sekolah saya dan pastikan syaa mendapat tempay belajar yang bagus bagi menjamin saya jadi insan berguna - berapa ramai budak SBP yang selam ini ditatang bagaikan minyak yang penuh, tidka menyanggah beliau? Beliau wujudkan SBP yang hanya khas untuk Bumiputra, semata-mata nak lihat anak Melayu terutamanya bangkit mendongak ke atas dan mencapai langit demi meletakkan diri setanding bangsa lain! tapi akhirnya, ibarat melepaskan anjing tersepit...

- adanya anggota keselamatan dan isinya adalah polis, tentera, bomba, imigresen, kastam dsbg - ibarat ibu saya yang menyekat saya dari bergaul dengan sebarangan teman, demi memastikan keselamatan saya terjamin - makin tiada fungsi bila kita sendiri sudah tiada kepercayaan pada mereka. Oleh itu, gugurkanlah insititusi keselamatan nih, biar kita jadi macam zaman jepun dulu. Kalaupon dikekalkan dna digantikan dengan individu yang lain pon, sama juga tanggapan rakyat terhadap institusi nih, 'tidak boleh dipercayai lagi', so tak ada guna dikekalkan..

- adanya tempat beribadat dimana isinya adalah imam, bilal dsbg - ibarat ayah dan ibu saya yang sediakan TV besar untuk saya sebagai ganjaran berjaya puasa penuh pada hari pertama puasa masa saya darjah 4 - Pon menjadi isu. Mulai hari ini, cadangan saya, pihak berkuasa tak perlu lagi adakan masjid yang besar2, canggih2...sebab orang kita masih jugak jadikan ia sebagai isu. Marilah kita beramai-ramai mengerjakan solat dipadang rumput sebagaimana saya dan kawan-kawan yang lain berwudud di gigi sungai yang agak keruh airnya dan bersolat dipadang rumput masa kursus BTN pada Feb.2008 yang lalu. Jom, kita kembali kepada masa lalu agar kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini...

- adanya pembangunan moden & canggih - ibarat ayah saya yang hadiahkan saya seutas jam tangan Orient 2 hari sebelum saya duduki UPSR dan hadiahkan kereta nasional kepada saya, 6 bulan sebelum ayah saya pergi untuk selamanya - isu produk malaysia yang tak canggih, tak tahan lasak mcm Honda, dll... kalau kita fikirkan balik, kalau kita harapkan kualiti produk malaysia macam kualiti kereta luaran, kita kena fikirkan harga dia pulak. Mampukah rakyat malaysia membayar RM110k untuk sebuah kereta? Mungkin ok bagi kawan-kawan, tapi mcmn bagi kawan-kawan kita yang berpendapatan tak macam kita? fikir-fikirkanlah...Saya sedar, nanti akan ada yang kata, 'harga kereta luar murah, tapi kerajaan yg kenakan tax tinggi.' Itu saya akui, tapi kalau nak difikirkan secara positif, dengan tax itu lah duit akan dibelanjakan untuk pelbagai kebajikan lagi..

- adanya perindustrian dimana isinya adalah produk - ibarat ayah dan ibu saya yang telah sanggup redah bandar PP & KB semata-mata nak dapatkan baju raya & kasut raya yang saya berkenan - Kita negara membangun, so bukan semua yang terbaik yang akan dapat pemerintah sediakan. Mcm ibu ayah kita jugak, hanya yang dorg mampu sahaja yang akan dorg sediakan...teleklah diri...insafilah diri..jangan hanya memandang kesilapan & kekurangan orang.

Konklusinya..
Ini pendapat saya dan ini blog saya. Suka hati saya, sebab ini hak saya.

Monday, August 25, 2008

Oka Jeg...

"Oka Jeg.." Jawab Fikri kalo ditanyekan nama kete dalam brochure dari Honda.
"Atek..." sambungnyer lagi.
"Abah, eli atu..." pandai aje dia mintak dari hubby ku, huhuhu..

"Tapi, yang ni lagi cantekkk..." bagi aku la...huhuhu

P/s : Agak2 bila la rezeki Tuhan akan turun mencurah-curah...senantiasa tangan ditadah, meminta dari Dia yang amat pemurah...amin...









Wednesday, August 20, 2008

KUIH RAYA 2008



Kuih raya untuk tahun ini.

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan, hubungi yana2701@yahoo.com

Tuesday, August 19, 2008

Kenangan Lama, 2 bulan sebelum raya...

Kenangan lama lagi! huhuhu. Time nih la tetiba teringat kenangan lama masa kat UUM dulu. Malam tadi, sambil susun sample kuih raya untuk ditunjukkan pada kengkawan, aku tersenyum sendiri. Kenangan lama, manis masih terasa sampai ke hari ini.

Dulu, bila musim puasa & raya akan menjengah tiba, aku & cek nom akan gerak dar satu bilik ke satu bilik, jual kuih raya, huhuhu...org sebok gi terawih, kami sebok usung sample2 kuih raya, huhuhu (betapa tiada kesedaran pada masa tuh).. Kadang2, pelik jugak kami, nape erk kami sebok jual kuih? Bukannya tak cukup duit (cuma tak mewah), setakat berkelana di perlembahan itu, nasik campur + air, baru rm3-4. Fikir2, aku agak2 la, maybe sebab kami suka cakap kot..huhuhu. Biasanyer, sasaran kami, freshies la.. dorg kan baru 1st time rasa seronok balik kampung dengan usung pelbagai jenis biskut tuh..kalo kena gaya, sorg akan order sampai 4,5 jenis..huhuhu. Dan seminggu sebelum raya, kami dah tak payah fikir soal duit raya, sebab komisyen jual kuih raya dah dapat!!! hehehehe. Betapa beruntungnyer kami sebab telah melalui sesuatu yang bukan semua orang dapat laluinyer!

Ada jugak member tanya, tak malu ke jual kuih? Erk? malu? tak lah, saje suka2...malam2 dari dok lepak, baik jual kuih raya. Lagipon, kami bukan jenis yang kaki study, pkol 8 malam dah mengadap meja, pkol 12 tido (ohh, tidakkkk).. kami jenis yang bila tiba 12 malam, bila roomate masing2 tarik selimut, baru kami bukak mata besar2, belek2 buku untuk 1, 2 jam... dan kemudian tidur, esoknyer kalo ada kelas pkol 8 pagi, nasib la sempat ke tak. Kalo tak sempat, pg je klinik UUM, amek MC. Tapi bukan selalu la, sebab kalo nak tuang kelas pon tak boley lebih dari 6x jerk. Ahh, betapa sempoinyer aku masa tuh, buat sesuka ati jerk..

Bila dah grad nih, baru terfikir. Sebenarnya, kehidupan kita di universiti dulu, banyak membentuk diri kita. Kalo kita pandai handle or settle segala masalah , cabaran pada masa tuh, begitu juga lah kita pada masa sekarang. Kalo dulu, time presentation paling aku tak suka. Tak suka berdiri depan semua mata yang memberi tumpuan dan menanti setiap kata yang akan aku tuturkan. cukuplah aku dibelakang tabir, buat keje lebih pon tak per, janji jangan suh aku present kan. Penah dalam satu presentation untuk paper Ko-K, kami kena presentkan satu paperwork pasal business proposal. Dalam group ada 5 org. Nanti lecturer yang akan pilih secara random sape yang akan present. Tiba time present, nasib baik nama Syima & Hairani yang naik. Fuh...leganyer. Dan aku mengaku salah aku sebab sediakan slide yang mana banyak gunakan shortfont mcm dll, sbg, mll, mggi, dan banyak lagi la...yg sebabkan syima agak kepenatan memikirkan maksud semua2 tuh. Alhamdulillah, syima boleh habiskan jugak presentation tuh. Tapi bila time soal jawab, ha a..ni yang aku tunggu-tunggu! Alhamdulillah, akhirnya terdiam jugak lecturer tuh. Antara jawapan yang aku bagi (yg masih aku ingat) bila aku kemukakan isu berkenaan harga lantai dan harga bumbung bagi maggi dan dimana kesimpulan dia adalah, harga maggi perlu dipantau sebab maggi amat bermakna bagi student bagi kami, huhuhu. Erk, Ko-K sem tuh dapat A,kan? huhuhu...

Kalo masa belajar kita tak suka presentation, maka bila dah keje pon mmg kita tak akan suka jugak.
Kalo masa belajar kita suka berhujah, maka bila dah keje pon mmg kita akan suka berhujah.
Kalo masa belajar kita tak kesah orang nak kata apa pada kita, janji kita tau apa kita buat, maka bila dah keje pon kita akan macam tuh jugak.
Kalo masa belajar kita boleh buat keje dalam teamwork, maka bila keje pon macam tu jugak.
Kalo masa belajar kita asek nampak silap orang, salahkan orang, maka bila keje pon kita akan jadi macam tu jugak.

Nota :-
- Tak semua yang saya tuliskan ini, betul.. cuma amek yang betol, ignore yang salah.
- Bagi saya, attitude masa belajar tuh penting, kena betol sebab itu lah diri kita bila kita keje.
- Sahabat saya, sepanjang belajar dulu tak penah ponteng dan bila dha keje mmg tak penah ponteng. MC pon hanya 1 hari sepanjang 6 tahun kerja! Alhamdulillah....tak macam saya, masa belajar suka MC, smapai sekarang masih terbawa2..huhuuhu (tapi skang dha insaf sket).
- Mcm saya, aper2 problem yang datang, saya boley ambil sambil lewa (setakat ini, Alhamdulillah...), tapi sahabat saya, problem kecik pon ambil space yang besar dalam minda dia..huhuhu.

Thursday, August 7, 2008

The winner is...

Pada malam Red Carpet, memang semua orang kena pakai ikut tema (Oscar & Red Carpet). Aku tak merancang sesuatu yang terlampau glamorous untuk kami satu family, cukuplah Hubby ku dengan sutnyer & Fikri dengan sutnyer sementara aku hanya kenakan sepasang long dress hitam (kat dalam) dan baju kurung moden yang nipis, dari kain sifon sebagai baju luarnya, berwarna hijau lumut kecoklatan dipadankan dengan tudung sifon two tones hijau lumut dan krim. Simple & elegent untuk kami satu family.

Pada mulanya ingatkan sut Fikri, nak sewa je di Sayang You Semua House, dah siap gi fitting, Cuma deposit RM120.00 blom bayar. Esoknyer, sebelum gi bayar, ada ofismate bagitau, baik beli je di Kamdar, harga pon dalam RM40.00-RM50.00 jer. Dan untuk kemeja putih, RM42.00 (Sogo). Finally, we got our dress for the dinner! Thanks a lot for my dearest friend, Kak Sue sebab banyak tolong!

Malam Red Carpet, lepas makan-makan, kami dha nak balik bilik. Tapi tak bantut bila dengar announcement, “The winner of the best dress is….Muhammad Amirul Fikri Bin MH!!!” erk? dan siapa sangka, malam tu kami dapat bolot dua ‘anugerah’ (ceh, mcm aim la pulak), best dress & sporting family.. Rezeki Tuhan turun agak lebat pada malam itu apatah lagi hubby dapat cabutan bertuah, Comforter set (Aussino)…




Nota : Moral of d story, membeli di Kamdar, MEMANG BERBALOI…(iklan kamdar)

Tuesday, August 5, 2008

Cuti-Cuti D Langkawi...Langkasuka Resort

01/08/2008 - 03/08/2008 ri tuh, cuti-cuti Mesia lagi. Kali ni, ke Langkawi (again?). Tak pe la, at least boley la bawak Fikri jalan-jalan. Sementelahan dia blom penah jejakkan kaki ke bumi sumpahan Mahsuri tuh.

Jumaat
- 1.00 Pagi, mula bertolak. Kali ini tak berkonvoi. Jalan agak lengang, maybe sebab masih belum hujung minggu, so tak ramai la yang balik kg / bercuti. OTW ke sana, 3 kali benti. Ada sedikit keterujaan (aku la) sebab dah hampir dua tahun tinggalkan bumi Langkawi.
- Apatah lagi, bila sampai di Changlun, matahari dah mula terbit, terasa betapa rindunya aku pada bumi Jelapang padi itu, apatah lagi pekan koboi tuh. Hajat kami nak pekena nasi lemak kg darat, tak kesampaian bila sampai changlun dah pkol 6.30 pg, dapat agak yang nasik lemak tuh sure dah abis..so teruskan ke Kuala Perlis.
- 8.00 pagi, dah terpacak di jeti. sempat jugak b.fast, tapi masyaallah, tak sanggup aku hidup di kuala perlis tuh, sebab makanan pagi dia pon dah mahal. dengan bihun (separuh) dan sebiji telur rebus, rm4.00? Roti Planta pon dah rm2.00? Di KL lagi murah. Kalo sedap, ok la, rasa la berbaloi jugak. Tapi kalo dah la mahal, pastu tak ada rasa pulak, anak aku pon tak lalu nak makan. Nak buat macam mana, dah tuh rezeki kami hari tuh...
- 10.30 pagi, naik feri. Fikri yang mulanyer excited sangat2, tapi bila dah 10 minit, tertido kepenatan dia..sampai la ke jeti di Langkawi, baru dia jaga. Dalam bas (yg bawak kami pusing-pusing keliling Langkawi), betapa seronotnya dia..maklumlah 1st time naik bas. Pastu dah masuk bilik, lunch & masing-masing tido sampai la petang. Dan sebelum matahari terbenam, kami sempat ke airport, pusing2 jerk..





Jumaat malam - Dinner, Hawaii style.

Sabtu - hari santai2. Maka kami pon sewa kete, gi shopping sikit di idaman Suti dan Pekan Kuah. Subhanallah, rambang mata! Nasib baik boley control nafsu shopping, huhuhu. Lepas tuh, bawak Fikri ke akuaria. Seronot bukan main dia tengok hidupan laut dan menjerit sana sini bila dia excited! Lepas tuh, balik dah sebab malam karang ada grand dinner...Red Carpet tuh!

Ahad
- Pkol 11 pagi, dha gerak ke jeti sebab feri kol 12.30 t/h. Dalam feri, Fikri tido lagi maybe sbb boring, tak boley merayau. Sampai kuala perlis, cepat2 angkut barang ke kereta dan mula bergerak balik.
- OTW balik KL, singgah UUM! Rindunyer pada UUM...dan banyak jugak perubahan yang dibuat sepanjang aku tinggalkan perlembahan itu. Kemudian teruskan perjalan balik KL
- Sempat singgah kuala kangsar, sebab rindunyer hubby pada sekolah lama dah tak tertahan lagi! Pusing2 la sekolah jalan stesyen tuh kejap, pastu singgah umah pakcik & makcik oldboys (kampung), dinner di umah pakcik dna pkol 10.30 mlm, baru gerak ke KL. Sampai umah pkol 2.00 pagi then kami tido sampai pagi....