Tuesday, August 5, 2008

Cuti-Cuti D Langkawi...Langkasuka Resort

01/08/2008 - 03/08/2008 ri tuh, cuti-cuti Mesia lagi. Kali ni, ke Langkawi (again?). Tak pe la, at least boley la bawak Fikri jalan-jalan. Sementelahan dia blom penah jejakkan kaki ke bumi sumpahan Mahsuri tuh.

Jumaat
- 1.00 Pagi, mula bertolak. Kali ini tak berkonvoi. Jalan agak lengang, maybe sebab masih belum hujung minggu, so tak ramai la yang balik kg / bercuti. OTW ke sana, 3 kali benti. Ada sedikit keterujaan (aku la) sebab dah hampir dua tahun tinggalkan bumi Langkawi.
- Apatah lagi, bila sampai di Changlun, matahari dah mula terbit, terasa betapa rindunya aku pada bumi Jelapang padi itu, apatah lagi pekan koboi tuh. Hajat kami nak pekena nasi lemak kg darat, tak kesampaian bila sampai changlun dah pkol 6.30 pg, dapat agak yang nasik lemak tuh sure dah abis..so teruskan ke Kuala Perlis.
- 8.00 pagi, dah terpacak di jeti. sempat jugak b.fast, tapi masyaallah, tak sanggup aku hidup di kuala perlis tuh, sebab makanan pagi dia pon dah mahal. dengan bihun (separuh) dan sebiji telur rebus, rm4.00? Roti Planta pon dah rm2.00? Di KL lagi murah. Kalo sedap, ok la, rasa la berbaloi jugak. Tapi kalo dah la mahal, pastu tak ada rasa pulak, anak aku pon tak lalu nak makan. Nak buat macam mana, dah tuh rezeki kami hari tuh...
- 10.30 pagi, naik feri. Fikri yang mulanyer excited sangat2, tapi bila dah 10 minit, tertido kepenatan dia..sampai la ke jeti di Langkawi, baru dia jaga. Dalam bas (yg bawak kami pusing-pusing keliling Langkawi), betapa seronotnya dia..maklumlah 1st time naik bas. Pastu dah masuk bilik, lunch & masing-masing tido sampai la petang. Dan sebelum matahari terbenam, kami sempat ke airport, pusing2 jerk..





Jumaat malam - Dinner, Hawaii style.

Sabtu - hari santai2. Maka kami pon sewa kete, gi shopping sikit di idaman Suti dan Pekan Kuah. Subhanallah, rambang mata! Nasib baik boley control nafsu shopping, huhuhu. Lepas tuh, bawak Fikri ke akuaria. Seronot bukan main dia tengok hidupan laut dan menjerit sana sini bila dia excited! Lepas tuh, balik dah sebab malam karang ada grand dinner...Red Carpet tuh!

Ahad
- Pkol 11 pagi, dha gerak ke jeti sebab feri kol 12.30 t/h. Dalam feri, Fikri tido lagi maybe sbb boring, tak boley merayau. Sampai kuala perlis, cepat2 angkut barang ke kereta dan mula bergerak balik.
- OTW balik KL, singgah UUM! Rindunyer pada UUM...dan banyak jugak perubahan yang dibuat sepanjang aku tinggalkan perlembahan itu. Kemudian teruskan perjalan balik KL
- Sempat singgah kuala kangsar, sebab rindunyer hubby pada sekolah lama dah tak tertahan lagi! Pusing2 la sekolah jalan stesyen tuh kejap, pastu singgah umah pakcik & makcik oldboys (kampung), dinner di umah pakcik dna pkol 10.30 mlm, baru gerak ke KL. Sampai umah pkol 2.00 pagi then kami tido sampai pagi....

No comments: