Sunday, March 29, 2009

Malas.

Saya bawa balik fail kes.
saya kena buat report.
tapi saya malas.
kenapa yer?
saya agak, sebab saya tak minat.
saya tak suka.

alangkah bagusnya kalau saya boley duduk rumah:-
goyang kaki. jaga anak. hias rumah. buat biz dr rumah. tanam bunga. menjahit. masak. membaca novel & majalah. menulis. melayari internet.
tak payahlah saya susahkan otak mencari mood nak buat kerja yang saya tak suka.
Nota : maaf cakap, mmg saya tak suka benda2 yang berkaitan dengan law. sebab saya bukan seorang yang skema! kebanyakan yang saya nampak, mmg budak2 law, skema abih. dan tak sesuai dengan jiwa saya! sebab bagi saya, hidup ini amat menarik dan amat rugi untuk dibiarkan berlalu tanpa sesuatu yang menarik untuk dikenang suatu hari nanti...

PPSMI

Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Naik pening.
Keluhan yang dalam.

Bagi saya yang cetek akalnya, yang bersekolah atap sahaja pelajarannya, yang pedalaman kelantan sahaja asalnya... PPSMI tak sepatutnya menjadi isu! dalam erti kata lain, saya SOKONG PPSMI!
Kenapa? apa reason saya sokong? agak2, itulah yang ada di fikiran kawan2 yang tak sependapat dengan saya.
Bak kata hubby saya, isu blajar dan diajar sains & math dalam BI, ada pon tak pe, tak der pon tak per. Yang penting, guru yang mengajar BI tu sendiri yang kena pandai tackle hati student. Pendek kata, hubby saya tak menyokong PPSMI dan juga tak membantah PPSMI.
Berbeda dengan saya.
Saya sokong! Kenapa?
1. bukan semua guru BI bagus, terror. so bila ada subjek lain yang dalam Bi, secara tak langsung membantu meningkatkan pembelajaran BI itu sendiri.
2. bukan semua orang fikir subjek BI itu menarik, so ini akan membuatkan minat pada BI tak ada. So bila ada subjek lain yang menarik, walaupon di ajar dlm BI, akan membuatkan secara tak langsung student akan cuba juga untuk minat BI sebab nak tau cerita yang dia minat. macam saya, saya suka biologi. so kalao diajar dlm Bi sekalipon, saya akan berusaha untuk faham biologi itu sendiri. saya tak suka kimia, so walaupon diajar dalam BM, saya tak berusaha untuk tau...
3. emm, agak2, berapa banyak buku rujukan sains & math dalam BM? masa sekolah rendah - sekolah menengah, boley la tahan lagi sebab kita disuap ilmu oleh guru2. tapi bila melangkah ke universiti, agak2 saya boleh dikira dengan jari jumlah buku rujukan dalam BM. dan PPSMI mmg patut wujud dr peringkat awal agar ilmu itu menjadi sebati sejak kecil, sejak masih rebung.
4. berapa ramai lulusan universiti menganggur? kenapa?
5. cuba selak pencapaian orang2 dulu... walaupun bekerja sebagai pemandu teksi, BI dorang, berabut. kalah saya dan kawan2 saya yang sekolah pondok nih. kenapa? sebab sekolah dulu, sume dalam BI. dan saya agak terkilan la kenapa masa saya dulu, sekolah saya bukan dalam BI sedangkan hampir sume org tau sekolah saya pada masa dulu2 adalah sekolah inggeris!
6. cuba tenungkan, berapa ramai anak2 kelantan, terengganu, kedah, dapat sambung belajar ke universiti? dan cuba kira, berapa ramai antara mereka yang dah grad tapi masih belum dapat kerja? cuba selidik, kenapa? mereka bukan bodoh, mereka bukan tak dipanggil interview. tapi kenapa? sedangkan berapa ramai anak KL, Selangor, Penang, Johor yang mana walaupon belajar tak setinggi mana, tapi boleh dapat kerja, boleh pergi lebih jauh...fikir2 kanlah! akhirnya, mereka2 itu sudahnya mohon KPLI, jadi guru...
7. kepada yang dah bekerja, cuba lihat, cuba fikir sendiri, report yang tiap2 bulan kita buat tu, dalam Bi ke BM? kenapa buat dalam BI kalau kita fikir itu akan membuatkan kita hilang kemelayuan kita?
Saya penat untuk pertahankan hujah2 saya.
tapi saya taknak anak saya lalui apa yang saya lalui. kalau boleh, sampai kehujung dunia saya nak dia belajar, sampai ke lapis ke tujuh dia mengutip ilmu tanpa mengira apa bahasa!
Nota : Takkan hilang melayu didunia kalaupun bahasa lain kita pelajari, ilmu ain kita gali, adat lain kita kenali. Bangsa berada dijiwa, bukan dikertas semata-mata. tak guna kalau kita kata kita melayu sedangkan arak kita teguk, dadah kita cucuk...
P/s - entry ini sepatutnya keluar sewaktu isu tengah hangat dulu. tapi alang2 masih tersimpan dalam draft box, saya publishkan juga. saya baru terbaca artikel menarik: klik disini

Thursday, March 26, 2009

"Gogo Love English"

Awal bulan mac hari tu, saya amek cuti. kawan saya yang baru balik dari UK (balik sebab nak bersalin) minta temankan dia shopping baju baby. baju2 kat sana sume besar2 katanya. so saya pon temankanlah dia ke JJ wangsa maju.

Satu hari tak pegi tempat lain dah, shopping di JJ semata-mata. b/f sambil chit chat citer pasal sume2 la..huhuhu, dan ina PWTD belanja...itu yg best tuh! pastuh gi shopping... pastu lunch dlm pkol 2, lepak makan2 kat bangi kopitiam seksyen 2 tuh. punyelah dlm byk2 kedai, kedai tuh yg dorg pau saya. lain kali, pau la kat kak ita steambot ker. series ari tuh aku dah bajet dlm RM100.00 ok la utk 3 org. skali, tak abih pon RM30.00. dorg nih...tolak tuah btol! huhuhu..


opsss...lupa lak. tengah pusing2 JJ tuh, tetiba mata ternampak Gogo Love English, tengah ada promosi lak tuh. salesgirl tuh citer punyer citer..em, memang menarik. tapi..RM1800.00! aduhhhh... so bila balik umah, citer dgn hubby. Esoknye kami dtg lagi skali ke JJ. Hubby tgk sendiri apa itu Gogo Love English. dan... terbanglah RM1800.00 kami semata2 untuk Fikri. Ikutkan fikiran, memang bukan sedikit RM1800.00, tapi tak per la...Fikri pun tak pernah dapat barang mahal2. emm, ini pun bukan mainan, untuk education dia jugak,kan... erk, boley claim income tax ker? heheheh...

Tuesday, March 24, 2009

Plan for April

Semalam suami saya balik awal dan saya sempat merempit dari pejabat sampai ke rumah..huhuhu. dan semalam memang saya kepenatan yang amat sangat...

"Emm, voucher ke tiara beach bila expired ye yang?"
"Mei..naper?" pelik pula saya...
"kalo cam tuh, book je la untuk 16 & 17 april nih. lepas tu dari sana terus kita gerak ke kuale..ok?" horayyyy....hilang semua penat saya! mmg saya suka berjalan. memang saya akan demam kalo duduk umah. hehehe..
"em..kuale ada aper?"
"kan oldboy weekend.."
ok, set... dan senyum saya sampai bawa ke tido!

Saya faham mcmn kerinduan suami saya pada kawan2 dia. saya faham mcmn kerinduan suami saya pada sekolah lama dia...sebab disitu lah segala erti kehidupan dia pelajari...sebagaimana rindunya saya pada zaman sekolah menengah saya dulu dan rindunya saya pada zaman di kolej proton uum dulu...

Blog baru...

Semalam suami saya emailkan saya addr blog baru bagi batch dia. dan saya tertarik pada gambar dibawah ini.

Puas saya mencari dan menelek mana satu suami saya. tapi sampai sekarang saya tak boleh mengagak. ada juga 2,3 orang antara kawan2 suami saya yang saya boleh kenal muka mereka sebab dari dulu sampai sekarang muka sama je. tapi suami saya saya tak boleh agak sebab muka suami saya dulu dan sekarang amat ketara berbeza...

Terima kasih semua...

'Tune' jiwa saya kembali tenang walaupun maish belum dilandasan yang betol. Sekurang2 nye saya maish boleh bernafas, saya masih boleh melebarkan pandangan dan saya masih boleh menggaris secarik senyuman. Alhamdulillah... dan terima kasih yang semakin ranum untuk suami saya, terima kasih yang tak pernah luak untuk ibu saya serta terima kasih yang 'bling-bling' macam matahari buat kawan2 saya yang sudi mendengar dan memberi pendapat yang bernas sekaligus membuatkan hati saya sedikit ok.
Terima kasih semua...dan doa saya sentiasa bersama kalian sebagaimana saya senantiasa dalam doa kalian!

Friday, March 13, 2009

haru biru

kucar kacir!
haru biru!
caca marba!

cukup untuk menggambarkan segala2 yang -ve dalam fikiran saya.
perasaan? usah ditanya...semakin keliru antara jalan yang terbentang. masih termangu antara lorong yang bersimpang.

kemanakah saya?
hanya satu...andainya dilahirkan dulu kita sendirian, dan kembali nanti juga sendirian, maka kena yakin dan pasti bahawa kita mampu hidup walau dibaling ke lautan 7 tingkat. percayalah....

Nota : sekadar memotivasikan diri sendiri... :-p