Sunday, March 29, 2009

PPSMI

Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Naik pening.
Keluhan yang dalam.

Bagi saya yang cetek akalnya, yang bersekolah atap sahaja pelajarannya, yang pedalaman kelantan sahaja asalnya... PPSMI tak sepatutnya menjadi isu! dalam erti kata lain, saya SOKONG PPSMI!
Kenapa? apa reason saya sokong? agak2, itulah yang ada di fikiran kawan2 yang tak sependapat dengan saya.
Bak kata hubby saya, isu blajar dan diajar sains & math dalam BI, ada pon tak pe, tak der pon tak per. Yang penting, guru yang mengajar BI tu sendiri yang kena pandai tackle hati student. Pendek kata, hubby saya tak menyokong PPSMI dan juga tak membantah PPSMI.
Berbeda dengan saya.
Saya sokong! Kenapa?
1. bukan semua guru BI bagus, terror. so bila ada subjek lain yang dalam Bi, secara tak langsung membantu meningkatkan pembelajaran BI itu sendiri.
2. bukan semua orang fikir subjek BI itu menarik, so ini akan membuatkan minat pada BI tak ada. So bila ada subjek lain yang menarik, walaupon di ajar dlm BI, akan membuatkan secara tak langsung student akan cuba juga untuk minat BI sebab nak tau cerita yang dia minat. macam saya, saya suka biologi. so kalao diajar dlm Bi sekalipon, saya akan berusaha untuk faham biologi itu sendiri. saya tak suka kimia, so walaupon diajar dalam BM, saya tak berusaha untuk tau...
3. emm, agak2, berapa banyak buku rujukan sains & math dalam BM? masa sekolah rendah - sekolah menengah, boley la tahan lagi sebab kita disuap ilmu oleh guru2. tapi bila melangkah ke universiti, agak2 saya boleh dikira dengan jari jumlah buku rujukan dalam BM. dan PPSMI mmg patut wujud dr peringkat awal agar ilmu itu menjadi sebati sejak kecil, sejak masih rebung.
4. berapa ramai lulusan universiti menganggur? kenapa?
5. cuba selak pencapaian orang2 dulu... walaupun bekerja sebagai pemandu teksi, BI dorang, berabut. kalah saya dan kawan2 saya yang sekolah pondok nih. kenapa? sebab sekolah dulu, sume dalam BI. dan saya agak terkilan la kenapa masa saya dulu, sekolah saya bukan dalam BI sedangkan hampir sume org tau sekolah saya pada masa dulu2 adalah sekolah inggeris!
6. cuba tenungkan, berapa ramai anak2 kelantan, terengganu, kedah, dapat sambung belajar ke universiti? dan cuba kira, berapa ramai antara mereka yang dah grad tapi masih belum dapat kerja? cuba selidik, kenapa? mereka bukan bodoh, mereka bukan tak dipanggil interview. tapi kenapa? sedangkan berapa ramai anak KL, Selangor, Penang, Johor yang mana walaupon belajar tak setinggi mana, tapi boleh dapat kerja, boleh pergi lebih jauh...fikir2 kanlah! akhirnya, mereka2 itu sudahnya mohon KPLI, jadi guru...
7. kepada yang dah bekerja, cuba lihat, cuba fikir sendiri, report yang tiap2 bulan kita buat tu, dalam Bi ke BM? kenapa buat dalam BI kalau kita fikir itu akan membuatkan kita hilang kemelayuan kita?
Saya penat untuk pertahankan hujah2 saya.
tapi saya taknak anak saya lalui apa yang saya lalui. kalau boleh, sampai kehujung dunia saya nak dia belajar, sampai ke lapis ke tujuh dia mengutip ilmu tanpa mengira apa bahasa!
Nota : Takkan hilang melayu didunia kalaupun bahasa lain kita pelajari, ilmu ain kita gali, adat lain kita kenali. Bangsa berada dijiwa, bukan dikertas semata-mata. tak guna kalau kita kata kita melayu sedangkan arak kita teguk, dadah kita cucuk...
P/s - entry ini sepatutnya keluar sewaktu isu tengah hangat dulu. tapi alang2 masih tersimpan dalam draft box, saya publishkan juga. saya baru terbaca artikel menarik: klik disini

No comments: