Tuesday, May 20, 2008

Dr M keluar Umno

ALOR STAR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan alasan hilang keyakinan serta prestasi mengecewakan parti itu pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk “Nasib Kedudukan Bangsa Melayu” di sebuah hotel di sini hari ini.

Walaupun Umno masih memerintah dengan majoriti mudah, namun empat negeri jatuh ke tangan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyarankan ahli Umno lain mengikuti beliau keluar parti sebagai langkah mewujudkan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melepaskan jawatan.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno),” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan kepada ahli yang keluar agar tidak menyertai parti pembangkang.

P/S : Oh, tidak...

No comments: