Semalam, tengah layan Casa Impian, N tanya saya, kenapa saya pilih hubby saya sebagai hubby? Saya faham apa yang ada diminda dia..saya pernah lalui apa yang di rasa. Bukan senang dan bukan mudah dugaan & godaan ketika kita di alam pertunangan atau lorong menuju perkahwinan. Macam2 dugaan yang menunggu...sama ada di sebelah kita atau mungkin juga di sebelah pasangan kita.
Ok, berbalik kita kepada soalan yang N bagi pada saya. Jawapan dia terlalu abstrak. Tapi N nak saya bagi jawapan yang boleh saya uraikan dengan perkataan, supaya senang dia ambil iktibar. Dan sebab saya pilih hubby memang banyak, tapi tak semua saya boley kongsikan. Cukuplah saya katakan, tiada seorang pun di antara kita yang sempurna. Yang boley saya katakan, hubby saya hampir kepada kesempurnaan untuk saya..hubby saya melengkapkan apa yang saya kekurangan. Maka perlu diingat bahawa apa yang Allah beri pada kita, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita...dan pasti ada hikmah disebalik segala2nya...Amin.
Nota : Kadang-kadang, kita nampak kelebihan dan kita tak lihat kelemahan..kadang2 kita abaikan kebaikan tapi kita war-warkan kelemahan..
No comments:
Post a Comment