Monday, October 6, 2008

Hari Raya 2008 - Part 2

Tahun ini, hari raya pertama & kedua di sebelah family di klang. Dan cerita raya di Klang pon banyak, cuma saya akan tulis kemudian sebab gambar2 masih pada adik. Kalau cepat dia email pada saya, maka cepatlah entry Hari Raya 2008 - Part 1 keluar...huhuhu.

Hari Raya Ketiga, gerak dari klang jam 6.00pg. Mulanya ingat nak gerak pkol 3 pagi, tapi mata masing2 tak boley nak bukak, pkol 4.30 pagi baru bangun. Lepas tuh, singgah di rumah sendiri dulu memandangkan baju bersih untuk saya, suami dan anak untuk dipakai semasa di kg nanti, dah tak ada. Hanya sempat capai beberapa pasang baju sahaja. dan seterusnya perjalanan kelantan, lancar tanpa sebarang masalah sementelah pula Fikri yang saya baringkan di seat belakang pon tido dengan nyenyak sambil memeluk 'kawan'nye, dan mampu lena sampai pkol 9 pagi!Dari KL - Kltn, pasti 2 R&R yang akan kami singgah. Mulanya di Benta. Biasanya kami sempat b/f di Benta sebelum teruskan perjalanan, tapi kali ini kami agak kebuluran sebab kedai2 masih belum beroperasi lagi. Alahai, kebulur juga saya nak merasa kelazatan nasi lemat / roti canai di Benta. Memang sedap, berbaloi la dengan harga n.lemak (RM1.00), roti canai (RM0.70).

Dan perhentian kami selanjutnya adalah di R&R Gua Musang. Bagaimanapun memandangkan jam telah ke angka 10.00 pagi dan perut telah mula kelaparan, kami singgah di kuala lipis..emm, nasi lemat telur mata & ayam gulai dia pon boley tahan.. dan harga pun 'boley tahan' jugak, almaklumlah daerah kelahiran siti...up la sikit harga dia...

Dan apabila tiba di R&R Gua Musang, kami hanya mandikan fikri walaupun hujan agak lebat, huhu. Sian anak saya, jerit2 cakap 'kejuk mi, kejuk...' (sejuk umi, sejukkk...). Tak pe la, umi tau anak umi tahan sejuk, kan? huhuhu...

Sampai di Machang, keadaan yang tidak saya jangkakan, Ya Allah, jalan menuju ke KL sudah jem? maknanya memang sudah ada yang mula bergerak ke KL? Mungkin perancangan untuk mengelak dari kesesakan pada hari ahad nanti.

Dan Alhamdulillah, dalam pkol 2,3 petang, kami sampai.. ah, leganya. di mana tempat tumpahnya darah kita, maka disitu lah zon yang paling selesa buat kita! Saya mau tidur sepuas-puasnya. Saya mau borak semau-maunya. Saya mau makan sesedap-sedapnya. Saya mau jalan selarat-laratnya!

Dan pada hari raya ke-5, saya gerak dari tanah kelahiran pada jam 6.00pagi dan sampai ke tempat penginapan di KL pada jam 8.00 malam. aduh...betapa mengantuknya mata saya.

No comments: