Selasa, sehari sebelum raya, saya sempat ke Giant Taman Permata. Terkocoh-kocoh untuk beli aluminium foil, untuk jadikan lapik untuk bakar makaroni malam nanti. Nak tunggu hubby balik kerja, rasa macam tak sempat sebab dah dapat agak akan kesuntukan masa untuk ke Klang. Dan sebelum balik, sempat juga saya menjengah kedia buku, untuk dapatkan buku baru untuk Fikri. Sian saya tengok dia macam dah boring bila belek dan baca buku yang sama. (Cerita tentang Fikri, anak bertuah saya itu, saya & suami selalu perasankan dia, semasa saya sebok memasak, dia selalu mengajak suami saya baca peek-a-boo-book @ butterfly book dengan dia. Dan setelah habis makan, dia akan sambung baca buku tapi nak saya yang tunjukkan sementara suami saya mengadap berita di tv. Dan setelah suami saya habis mengadap tv, Fikri akan tutup buku dia, dan ajak kami bergomol bersama-sama. Habis berkeriut bunyi katil bila tiga beranak bergasak..).
Dan Fikri tetap dengan bukunya bila dalam kereta hatta masa nak pegi beraya or otw balik kelantan..

Doa saya, moga-moga Fikri membesar sebagai seorang anak yang soleh & berakhlak mulia, bijak pandai, rajin berusaha, tak kenal erti jemu & putus asa dan sentiasa mencintai ilmu dunia & akhirat, sebagaimana niat saya sewaktu namakan dia Muhammad (Yang Terpuji), Amirul (Pemimpin) Fikri (Berfikir, Bijak Pandai)..Amin.
No comments:
Post a Comment