Wednesday, July 1, 2009

blog yang blank!

ada beberapa blog yang dulu saya selalu bukak kalau boring wat keje, kini asek blank jer...kenapa yer?
atau sebab sekarang facebook lagi glemer, maka masing-masing dah tak minat menulis?
bagi saya, saya lagi suka blog dari facebook, sebab itu dalam facebook, saya jarang meninggalkan sebarang comment kecuali saya betol2 nak komen..dalam facebook, saya lihat gambar & update status itupun bukan selalu...kenapa yer? mungkin sebab saya seorang yang bukan senang nak 'selesa' dengan orang lain. saya ambil contoh, dalam reramai kawan ym or kawan f/b or kawan aper2 la, boleh dikatakan hanya 2,3 orang sahaja yang saya boleh hi2 bye2 sampai sekarang. so bersyukur anda yang masih menjadi kawan saya dan masih menjadi kawan rapat saya..huhuhu.
dan satu lagi, saya pon tak de alasan yang munasabah, saya susah nak berkawan baik dengan orang kelantan (walaupon saya sendiri orang kelantan!). percaya tak?
kenapa ye? eemm, hubby saya masa mula2 kenal saya, pon tak jangkakan saya orang kelantan, sebab kawan2 baik saya tak ada pon orang kelantan (kecuali kawan baik masa sekolah dulu la). dan saya bukan seorang yang jenis, bila jalan reramai tetiba terserempak dgn kawan kelantan, saya tinggalkan kawan2 bukan kelantan yang sedang bersama2 saya! oh, tidak... dan saya juga tidak mengharapkan saya dapat kawan baik asal dari kelantan (nih statement berani mati nih)...hahahha.
em, 'seseorang' yang pernah rapat dengan saya dulu, agak terkejut bila saya emailkan kad jemputan kawen saya (pada 2005) dan saya takkan lupakan skrip dari dia:-
"Erk, awak nak kawen dgn org selangor? kenapa bukan dengan orang kelantan (dlm slang kelantan)?" - oh, tipikal nyer minda!
"kenapa?" - saje saya menguji.
"macam la mamat kelantan dah abis". - aduh...
lupakah dia...bahawa ajal, maut, rezeki, jodoh, adalah janji Tuhan yang tidak kita ketahui?
lupakah dia tentang... apa yang dah dia buat pada saya? selama 1 semester saya bagaikan kesasauan di lembah itu apabila dia tinggalkan saya dengan alasan, kejauhan menjarakkan kami? ello, cinta saya & suami saya pon cinta jarak jauh tau!
lupakah dia...bahawa sejarah antara saya dan dia telah menekadkan saya bahawa saya sesekali takkan 'kenal' lagi budak kelantan! (kecuali dengan takdir-Nya).
lupakah dia...cinta itu hadir tanpa menghadkan status kenegerian, tanpa mensyaratkan tahap kekayaan?
lupakah dia...bahawa segalanya adalah ketentuan Tuhan?
lupakah dia....bahawa dia bukan siapa-siapa dalam hidup saya, sekadar sejarah untuk setahun cuma, dan tiada tiada sebarang hak cipta untuk menentukan hidup saya!
erk, melalut lah pulak... ok, back to the story, blog yang blank!
-lain kali sambung, tak der idea -

No comments: