dedikasi untuk arwah Malek Maulod a.k.a Mat Poen (batch 6872, sekolah jalan stesyen, kuala kangsar. arwah adalah superb senior hubby saya.
(arwah Mat Poen adalah yang berbaju Melayu berwarna merah)
saya kenal arwah tak lama. bermula daripada 2005, masa tu saya join hubby saya buat preparation untuk MCKK sambut 100 tahun. saya join committee hubby saya. saya ingat lagi, pertama kali saya join dorang meeting, hanya saya seorang perempuan. termangu sekejap. adus... ni yang nazak nih. kalau dah dorang sama dorang, almaklumlah...bukan setakat cakap yang asek ke arah 'sana' saje, siap ingat balik kenangan2 lama (walaupon dorg tak sama batch, tapi dorang melalui kenangan yang sama, cuma dengan orang yang berlainan) yang saya terpinga2 tak paham (hanya sesetengah je yg saya paham sbb hb selalu cerita), yang memang saya tak tahan, asap rokok yang berkepul2 di dalam bilik berhawa dingin. adui, memang budak sekolah jalan stesyen kreatif, ek? hahaha.
kali kedua saya bertemu mata dengan arwah ialah semasa kami di MCKK, saya baru 2 hari kawen. arwah dan beberapa mcobs yang dah superb senior dr hubby saya, 'belanja' 1 bilik untuk kami, konon hadiah honeymoon la kan, sudahnye saya join dorang tampal setem & segala yang berkaitan dengan setem sehingga 4 pagi. siap jilat setem lagi tuh! hahahha.
saya masih ingat, Mat Poen yang digelar King Porno, sempat mengusik kami; "sian korang, patutnya skang ni bukan jilat setem." dan mcobs yang lain gelak sakan. saya hanya sengih, sementara hubby saya ikut gelak. hampeh tol!
"ok la, korang terus la buat keje, aku nak antar anak aku ke bilik, ngantuk dah ni." arwah nak beredar
"ye lah tu. mcm la aku tatau ko nak gi jumpa gundik." hahaha, pecah tembelang arwah dek kawan2 nyer...dan saya turut sama gelak.
Arwah memang seorang yang happy go lucky. boleh cakap ape saje. boleh usik ape sahaja. nice person, very nice. hanya beberapa gambar yang sempat saya google. kepada kawan2 yang baca entry ini, diharap sedekahkanlah arwah & semua umat islam yang telah tiada dengan kalimah Allah, Al-fatihah... doa dari saya & hubby, agar arwah ditempatkan dikalangan kekasihNya, sebab kami tahu, arwah memang baik.

No comments:
Post a Comment