Tuesday, July 22, 2008

Kawan Baik..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Sebab aku kawan yang baik,lah...maka aku tulis entry nih, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

Nota:-
- Kawan baik aku masa kat sekolah : Miza (the best), Khazani, Suriana, Anis & Emi
- Kawan baik aku masa kat Sintok : Cek Nom (the best), Syima, Kak Su, Intan, Kak Iza, Kak Ayu, Kak Yani, Kak Jea, Kak Liza, Kak Hae, Kak Siti...(aku tulis nih, sambil senyum sorg2 depan PC.... sebab teringat kenangan masa gi antar kak yani balik kampung..hehehe. Next entry, aku citer..) dan Mr. H (sahabatku sampai sekarang!!!)
- Kawan baik aku masa keje : Z, Teacher, Driver & Si gemok...

P/S :
1. Kemana menghilangnya kawan-kawanku yang bernama Khazani, Anis, Emi, Kak Ayu, Kak Yani, Kak Hae, Kak Siti? Mohonku agar Allah temukan kita kembali.
2. Mr. H - moga sentiasa menjadi 'sahabatku' sehingga se isi alam berhenti berputar! Dan bimbinglah aku menuju ke jalan yang benar agar syurga tetap menjadi milik kita buat selamanya hatta ke detik waktu yang terakhir...
3. Buat Miza, Suriana, Cek Nom, Syima, Kak Su, Intan, Kak Iza, Kak Jea, Kak Liza, Z, Teacher, Driver & Si gemok - aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu!...

1 comment:

aL-gOjO said...

tengok² pandang² :)

http://algojos.blogspot.com/2008/07/program-affiliate.html