Semalam, 17/01/2009, saya kehilangan lagi. Mak Long saya, telah kembali kepada Pencipta kita semua.. dan pergi menemui Ayah Long saya yang telah lama menanti 'disana'. Saya dari jauh hanya mampu utuskan ayat2 Al-Fatihah dengan harapan agar arwah Mak Long ditempatkan disisi-Nya..
Banyak kenangan yang tercipta berzaman dulu, menerjah minda. Ingatan ini masih segar pada tiap kenangan yang dirakam bersama.
Dulu...
1. Kalo tiba hari raya, saya lah yang akan Ayah Long 7 Mak lOng bagi duit raya lebih. Reason: sebab saya anak tunggal pada mama & ayah saya... Kalo sepupu2 saya dapat RM0.20 sorang dan dlm satu family tuh ada 5 orang, maka saya akan dapat RM1.00..huhuhu.
2. Kalo tiba hari minggu, saya & beberapa lagi sepupu datang ke umah Ayah Long & Mak Long dan kami pasti tido disana beramai2 bersama-sama anak ayah long iaitu along, kak ta & kak na. Pernah satu malam, sebab ayah long & mak long terlalu ikutkan kehendak saya, kemanjaan saya, maka ia menimbulkan cemburu sepupu2 saya, sampaikan salah seorang sepupu saya sanggup balingkan selipar saya ke atas bumbung umah ayah long. saya apalagi, meraung menangis la..dan abg yi (anak sulong ayah long) terpaksa panjat bumbung di malam2 buta semata2 nak amek selipar saya! huhuhu... tak baik tau korang (sepupu2 saya la)...
3. Kalo ayah long & mak long balik kampung (umah atok saya), mesti saya yang dorang cari dulu dan lepas peluk cium saya, baru dorang borak2...huhuhu.
4. Kalo dulu, pantang jumpa je ayah long, pasti dia akan cakap, "nanti, tanah yang kat hujung kubur tuh, aku nak bagi pada si suzie..." depan ramai2.. ek, wasiat lisan, orang tak pakai...dan saya pon memang tak berharap...
5. Kalo dulu, kami budak2 kampung, seronok kalo ayah long balik je dari kem (dulu ayah long tentera), pasti dia bawak pek2 kecil susu tepung, milo, dll...seronok tak terkata kami berebutkan benda2 tuh...maklumlah, tak pernah tengok..hahaha.
6. Kalo time ayah long lepak dgn kitorg tiba2 terdengar helicopter lalu, terus kami bukak baju or cari tuala kecik, kibarkan ke atas, dengan harapan agar bila tentera yang dalam helicopter tuh ternampak kibaran kami, dia akan jatuhkan pek2 kecil susu, milo, dll...tapi yang peliknya, tak pernah pon kami dapat walaupon beratus kali helicopter lalu! punyer la menjadi cerita dongeng ayah long...tertipu btol kami...
7. Masa saya di sekolah menengah, saya nak buat paperwork untuk paper sejarah. salisilah keluarga. Mati2an ayah long tanak gambar dia saya tangkap untuk letak dalam paperwork. No reason. aduh....
8. Kalo saya lambat kesekolah, mak saya akan hantar saya ke rumah ayah long. da nanti ayah long yang akan hantar saya ke sekolah bersama2 along...dan balik sekolah pon, ayah long yang akan jemput saya.
9. Kalo dulu, bila tiba je musim hujan, ayah long akan datang tanya mama saya, stok makanan ada lagi tak? dia risau kalo2 kami kebuluran sebab musim hujan, sah2 kami takleh kemana2.
10. Kalo ayah long sembang dgn ayah saya, memang sah2 citer pasal ubat kepada diebetis dorang..huhuhu.
11. Kalo ayah long & mak long gaduh or tak puas hati dgn adik beradik dorg, mama yang akan jadi orang tengah..
12. Yang paling tak tahan, yang selalu mak saya ceritakan, ayah long ramai perempuan suka. dan umah mak syaa selalu jadi sasaran untuk dia simpan gambar2 perempuan..huhuhu. Ayah Long saya memang handsome, series. wajah iras2 hero filem hindustan, Bobby pada tahun 70-an, Rishi Kapoor. Dan sampai ke akhir usia, ayah long saya masih mengekalkan kehandsome an dia...
Bila mak long pergi, saya mengenangkan hari-hari yang akan dilalui oleh paknik, maknik, kak na & along. Bagaimana paknik & maknik akan melalui hari2 tua dia di waktu umur mencecah 80-an tanpa seorang anak disisi? Mak long anak tunggal paknik & maknik, dan itulah satu2 nye yang diharapkan untuk menjaga nya sehingga ke nafas terakhir..dan ajal maut tidak mengira usia.. bagaimana kak na yang selalu sakit2 itu akan meneruskan hidup? dan bagaimana along akan mengambil tempat sebagai 'anak' kepada paknik & maknik, sebagai 'bapa & ibu' kepada kak na? Oh, semua itu bermain di minda saya. Dan semalam, mama saya telah menelifon saya, dan menangis...mama saya mengandaikan dirinya di tempat maknik & paknik. Oh, mama, percayalah...ajal maut ditangan Tuhan. dan setiap kejadian yang telah Tuhan aturkan pasti ada hikmah yang bukan sedikit. Siapalah kita untuk merungut dan menolak ketentuanNya? Selain kita berdoa, berharap dan pasrah kepada semua yang bakal tiba.
Al Fatihah buat ayah saya, datuk nenek saya & suami, keluarga saya & saya dan sekelian umat Islam....
Lain kali saya menulis lagi. Nak tengok AJL...
Nota : Yang pasti, saya mohon agar insan2 disekeliling saya, dipinjamkan kepada saya sehingga ke nafas saya yang terakhir!
No comments:
Post a Comment