Sunday, April 5, 2009

2tahun 9bulan...

anak saya, Fikri pada umur 2tahun 9bulan:-

1. pandai berjiran - semalam sewaktu saya bawa dia ke pasar malam, sedang dia tengah memilih mainan, tiba2 dia ternampak kawan dia yang mana rumahnya adalah bersebelahan dengan rumah saya, syakir yang berumur 6tahun. "Hello." Fikri, dengan mesra menyapa. shakir diam je, senyum malu2. "Hai, shakir." ulang anak saya lagi. dan sampai sudah si shakir hanya senyum malu, diam tak terketik. dan anak saya mcm biasa, ramahnye mengatasi ramah suami saya.

2. pandai memujuk - saya selalu merajuk kalau dia tanak dengar cakap saya. bila tengok saya merajuk, dia datang dekat, dia hulurkan tangan pada saya, "mi, iki nak salam" dan dia amek tanga saya, dia cium tangan saya. lepas tu dia cium pipi saya sambil mulutnya bunyi cuppppp...

3. pandai ekperasikan emosinya - kala saya marahkan dia, dia mula la mencari mana2 dinding untuk dia bersandar pastu mula lah buat muka sedih, sampai lah saya depangkan tangan ajak dia ke pelukan saya! Fikri juga dah pandai mula murah hati. kalau saya bawa dia kepasar malam, bila dia nampak aje pakcik2 tua /OKU yang menadah tangan minta sedekah, dia akan cakap "ummi, iki (fikri) nak wit (duit), nak bagi ake (uncle), siannnn ya (dia)." aduhhh, moga2 sampai ke akhir hayat Allah kekalkan sikap murah hati ke dalam jiwa anakku itu!
4. pandai meminta - agak2, ini memang menurun saya. saya tak kesah, kalau saya nak, mmg saya akan minta (biasa pd ibu & suami je la). satu ari, saya belikan dia pijama, seronok btol dia pakainya. pastu dia cakap "ummi, iki suka la baju niee..ati ummi beyi agi ya (nnt umi beli lagi la)." dengan muka meraih simpati. hehe, anakku... dan esoknya bila saya balik kerja bersama2 dengan pijama baru dia, terus disuruhnya saya pakaikan dia pijama baru, bersalin2 2,3 helai satu malam..aduhhhh...bertuah btol anakku itu.
5. pemimpin - mungkin berkat nama yang diberikan, AMIRUL (PEMIMPIN), maka di umur sekarang pun dia dah mula tunjukkan sikap pemimpin, pelindungnya. kadang2 saya atau sumai saya buat2 la nangis kononnya kami dicubit oleh suami / saya, bukan main lagi dia. "nape umi? abah wat ummi?" "abah nih...naper wat ummi?"dengan muka yang kononnya garang itu. hahaha, gelak saya dan suami lihat tingkahnya...
6. pandai menyanyi - malam2, bising la dia dengan aktiviti menyanyinya. naik bingit kami mendengar. lagu dia? ABC....XYZ! alahai....
7. pandai rindu - ntah naper, jumaat malam baru2 nie, sebok dia suh saya menenlefon sume orang : tokma, wan, embah, maklang, makngah, paksu...bila saya tanya naper, dia jawab "iki yindu (rindu) sume2..." hahahha, gelak hati saya dengarnya.
-bersambung....

1 comment:

e^asyura said...

alahai..comelnya anak akak :)
kalo ada rezeki sy pon nak anak secerdik anak akak..heheh