Jumaat minggu lepas, start pukul 2 pagi saya mula masuk tandas...ingat kan saya sorang yang akan ulang alik ke tandas, rupa2nya suami saya pun join sama. sudahnya kami gilir2 masuk tandas..nasib baik kat umah ada 2 tandas, kalo tak, mmg kes naya la nak jerit pagi2 buta rebutkan tandas.
Puas memikir, makan ape ye sampai mcm tu skali? oh, baru teringat, asam pedas yang saya beli kat pasar ramadhan, yang memang saya suka giler, telah datangkan azab buat saya & suami. nasib baik fikri tak sentuh asam pedas tu masa berbuka puasa malam sebelumnye tu, kalau tidak, memang lagi azab la jawabnya...
Saya MC hari jumaat, tak larat nak ulang alik ke tandas kat ofis sementelah ofis masih tak de air. suami saya? oh, dia mcm biasa...sepanjang dia kerja sejak tahun 2000, percaya tak kalau saya katakan hanya 1 hari dia MC? series cakap! tengok kaki lah...kaki skema, hahaha. Malah sejak di universiti lagi hanya 1 kelas dia ponteng, sedang saya? hahaha, memang kaki ponteng kelas & pernah tak dapat masuk exam tapi bila gi jumpa lecturer, nasib baik dia lepas bagi masuk exam...huhuhu (konon jadikan alasan scorer la, tu yg dapat masuk exam walaupon selalu ponteng, huhuhu).
petang tu, lepas suami ambik fikri dari taska, saya ingatkan suami nak join ofis dia berbuka puasa. rupa2nya sakit perut dia masih belum hilang sebagaimana saya jugak. Lor...ingatkan dah selamat kat opis sepanjang hari! sudahnya suami sms big bos dia, bgtau dia tak boley join.... dan malam itu, saya yang tak berpuasa (sebab kena makan ubat cirit), tak sediakan apa2 kecuali bihun goreng utk saya dan fikri...dan bihun goreng itulah rezeki buat kami berbuka...
rupa2nya ulang alik saya ke tandas berakhir pada jam lebih kurang 10malam...penat tau!
-nota hati : tobat tak beli makan kat pasar ramadhan lagi!
No comments:
Post a Comment