Saturday, October 10, 2009

Alfatihah....

Buat 'bapa sedara' saya, KU SAIFUL BAKRI KU ISMAIL...atas kembalinya arwah kepada Pencipta kita semua. saya tau, sudah seminggu arwah kembali, tapi ingatan kami terhadap arwah tak pernah kurang..Saya mula kenal arwah masa saya masih lagi di ARSC, sementara arwah baru je jadi CSA. saya ingat lagi, 1st time dia tgk saya, macam nak telan... tertanya jugak, ape kena dgn budak ni. rupa2nya muka anak sedara arwah sebijik muka saya...dan sejak itu, dia selalu panggil saya anak sedara dia.. dan masa terus berlalu...dan banyak yang saya tau pasal arwah. oh, rupa2nya dia satu kolej dgn hubby saya. tapi mungkin disebabkan bukan satu batch dan bukan satu fakulti, maka mereka tidak mengenali.

saya masih ingat, 1st time saya tengok mereka ke floor atas (ARSC), semacam je dorang nih. bila tanya herda, dijawabnya tak de ape2, kawan jerk... tapi bila tanya arwah, jawapan arwah, masih kekal dihati saya: "memang la pakcik nak tackle dia, tapi ntah la dapat ke tidak... macammana ek nak buat..." dan berbakul2 la ajaran yang pasti sedikit realistik dan sesat saya sumbatkan ke telinga arwah.. walaupon saya pangkat 'anak sedara', tapi sebab saya yang kawen dulu, maka pakcik kena dengar la cakap saya..hahaha...

dan pada jumaat lepas (02/10/2009), tatkala jam 11.30 malam, tidor saya bagaikan dibangkitkan bila saya dapat sms dari ofismet kami memaklumkan arwah dah pergi..pergi meninggalkan kita semua. pergi akibat kemalangan jalanraya dari ARB Bangi ke umah di Cheras (kejadian sebelum tol sg. besi). betapa gundahnya hati saya. mcmn dengan herda? teringat saya yang arwah & herda baru 4 bulan melangkah ke alam perkahwinan. oh... kuatkanlah semangat temanku itu! Tuhan, pinjamkanlah kekuatan Muhammad SAW menongkah arus dan badai demi menegakkan agamaMu, kepada temanku itu. tenangkanlah hati gundahnya. kembalikan semangatnya di saat 'cintanya' pergi mengadapMu, pergi menunaikan janjiNya padaMu...


Buat Herda, kuatkan semangatmu... kami senantiasa disisimu... dan aku masih 'anak sedara'mu bagaikan arwah masih hidup.

Nota hati :-

1. masih ada lagi kenagan saya dan arwah, tapi biarlah saya simpan sebagai kenangan kami bergelar temannya...

2. kredit to Kak Kinah - gambar2 ini di copy & paste dr f/b Kak Kinah.

3. Alfatihah buat KU SAIFUL BAKRI KU ISMAIL...moga disisiNya kau ditempatkan.

4. Masa kita semua akan tiba...cuma entah esok, entah lusa...itu janji kita sebelum kita dijadikan!

No comments: