Wednesday, April 30, 2008

Apa itu syariat..?

Memandangkan semalam EL, so ari ni banyak la email yg perlu dibaca. Satu email kiriman opismet menarik perhatian. Dan aku copy & paste, untuk tatapan kengkawan sekalian alam...

Secara ringkas syariat adalah panduan/petunjuk yang diberikan oleh Allah S.W.T atau kata lain hudud/batas-batas yang telah ditetapkanNya untuk semua makhluk melalui para Rasulnya. Syariat Allah tidak akan bertambah dan berkurangan dan syariat adalah satu juga berkekalan hingga ke akhirat. Bagi setiap Rasul syariat yang diturunkan bersamanya syariat yang bersesuaian dengannya. Sungguh pun begitu kesemua Rasul memohon pada Allah untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W kerana Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhamamad S.A.W adalah yang paling ringan. Sebagai contoh Allah telah mensyariatkan umat Nabi Ibrahim untuk solat sebanyak 50 waktu sehari tetapi Nabi Muhammad S.A.W hanya 5 waktu sahaja.

Untuk peringatan kita Ustaz juga menyampaikan bahawa bagi sesiapa yang melanggar syariat yang Allah, hukumnya adalah fasik manakala Allah tidak akan membeban seseorang itu dengan apa-apa bebanan dan membiarkan terkapai-kapai sekirayan sentiasa melaksanakan syariatNya.(Allah tidak zalim kepada hambanya.)

Bagaimana untuk mengetahui tentang syariat Allah?

Tuntutlah Ilmu agama yang boleh mendekatkan diri dengan jalan Allah.

Kita sebagai manusia biasa sering kali merasakan berada di dalam situasi yang kurang menyenangkan dan terkadang kita terlupa akan hakikat sebenarnya sehingga kita menganggapnya suatu masalah yang bukannya terjadi atas kesalahan sendiri. Sebenarnya dalam ajaran islam masalah itu tiada pengertiannya, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu yang membebankan pada makhlukNya sebaliknya makhluk itu sendiri yang membuatkan dirinya berada dalam sesuatu keadaan yang membebankan (masalah). Kerana apa? Syariat diberikan tidak dilaksanakan. Oleh itu sekiranya kita merasakan diri mempunyai masalah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikannya adalah dengan menyemak diri kita terlebih dahulu (sebelum yang lain) adakah kita telah menuruti syariat Allah dan ajaran Nabi junjungan kita...

No comments: