Telah ku anyam sayang dan rindu
Kulayarkan di samudera galak gelora
Demi menyulam cinta denganmu
Rela menempuh seksa derita
Kutitipkan bait puisi dan baris lagu
Kedendangkan sayu dari kalbu
Moga bergetar hatimu
Moga bergegar nalurimu
Melantaskan kita berpaut
Tika kasih ini kian ranum
Kutatang jujur tanpa calit noda
Agar dua hati yang telah berpadu
Erat tersimpul….tak bisa lerai
Namun impian kita lebur jua
Adakah caturan mimpi kita songsang?
Atau takdir yang songsangkan mimpi?
Dengan keterpaksaan yang menyendat di hati
Aku berundur…mengalah…menyerah
Bukan kerana gusar pada tewas
Bukan kerana gentar pada amarah
Tapi kerana aku adalah dewi cinta
Yang berjiwa srikandi…nawaitu wirawati
Demi saynag aku padamu
Jua menyedari mimpiku tidak berpijak di bumi
Berjuntaian di langit tentunya jauh sekali
Sementelah mengenang bahagia katamu
Aku tunduk…patuh pada segala sengsara rasa
Tabah…biarpun jiwa lemah lalu rebah
Akur…tatkala diri tersungkur menyembah bumi
Pasrah…andai diri ibarat lilin
Segalanya tidak kuhiraukan
Kerana…bahagiamu adalah hasratku
Masih tertanya sendiri
Akukah yang culas dalam menabur kasih
Akukah terlalu erat menggenggam sayang
Atau mungkin aku yang terlalu awal
Menyambut rasa membalas cinta
Tuhan…aku mohon padaMu
Jangan Kau hilangkan dia dari hidupku
Tanpa hadirnya di sisi…
Aku tak mampu berdiri
Kerana semangat diri…dia yang terajui
Jangan luakkan rasa kasih ini
Jangan biarkan ia bertukar ganti
Kerana tunasnya dulu dari hati yang suci
Harum mekarnya dari rindu yang tidak pernah mati
Apatah layunya adalah tanpa rela yang sejati
Lantas aku sabar menanti
HikmahMu nanti kuyakin lebih bererti!!!
P/s : Hasil nukilan aku masa mudo2 dulu...hehehe.
Tiada sebarang maksud yer, nnt orang buat serkap jarang pulak..
Cuma doaku, agar Tuhan tidak hilangkan ibuku, anakku dan suamiku dari hidupku sehingga nafasku yang terakhir...Amin...
No comments:
Post a Comment