
Sinopsis : JAUH
Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.
Hasil nukilan Aisya Sofea. (novel pertama)
Cerita serba ringkas:
Ika telah berkenalan dan bercinta dengan Zahar. Dengan restu keluarga, mereka telah bertunang. Orang tua kata, alam pertunangan banyak dugaan..darah manis.. Semakin hari, semakin Ika tidak tahan dengan kerenah Zahar yang makin menjadi-jadi semenjak mereka bertunang. Cemburu buta, suka mengongkong, panas baran, suka membuat tuduhan melulu, kedekut, berkira dan macam-macam lagi la (aku pon lupa, keburukan dia banyak sangat, huhuhu).
Ajakan sepupu yanhg tinggal di UK (kalo tak silap la) telah memberi ruang untuk Ika menjarakkan diri daripada Zahar buat sementara waktu bagi menenangkan perasaan. Ika berfikir, mungkin dengan berjauhan sekejap, akan memberi ruang untuk Zahar berfikir dengan lebih mendalam. Bagaimanapun Zahar dengan berat hati mengizinkan Ika ke UK tetapi alasan Ika untuk membeli barangan hantaran perkahwinan berjaya memujuk Zahar.
Di UK, pakcik Ika selalu menjemput students Malaysia yang belajar kat sana, makan2 di rumah mereka. Kebetulan satu hari, Fikri (mungkin sebab aku suka perwatakan lelaki bernama Fikri dalam novel ini, aku pon namakan anak aku Fikri, moga2 sikap dan sifatnya seperti lelaki ini) datang. Sikapnya yang pendiam dan bersahaja menarik perhatian sesiapa sahaja. Bermula daripada Fikri menolong Ika mengemas pinggan mangkuk pada malam itu dan perbualan serba ringkas mengenai kota london dan cita-cita Ika untuk menjadi penulis novel yang berjaya, telah membuatkan mereka menjadi mesra.
Saban hari, Fikri mengambil peluang untuk mengajak Ika mengelilingi UK...dan akhirnya cinta berputik walaupon tanpa kata-kata cinta. (teringat satu lirik lagu : ku intai cinta dalam rahsia dan airmata....). Walaupun begitu, masing-masing akur dan sentiasa mengingatkan bahawa Ika adalah tunangan orang! (Aku mula meminati proffession 'Financial Controler' apabila Fikri secara berselorohnya menyatakan bahawa satu hari nanti dia akan jadi f.c untuk Ika). Dan perkenalan itu berlalu sepi apabila Ika pulang ke Malaysia. Hanya satu kenangan yang dia tinggalkan untuk Fikir, sebatang pen terukir 'Love, Ika'.
Di Malaysia, Ika yang semakin tidak tahan dengan telatah Zahar yang makin melampau, mengambil keputusan memutuskan pertunangan walaupon ditentang keluarga. Dan bermula saat itu, Ika hidup dalam air mata dan terasing dalam keluarga sendiri...Hampir 5 tahun dia cuba menawan balik hati keluarga.
Pada satu hari, bos Ika (tempat kerja barunya) mengarahnya kebilik dan memperkenalkan dia dengan 'orang bank'. Oh God, keciknya dunia....Fikri tercegat gagah dengan mata yang bisa meluluhkan seluruh kerinduan selama 5 tahun yang lalu!!!
Dan akhirnya, setelah macam2 dugaan yang dorang kena tempuhi, jodoh tetap milik mereka!!!
P/S : Buat kengkawan, lau free, bacalah novel nie, best!!!
No comments:
Post a Comment