Wednesday, April 16, 2008

Kelahiran Pramatang

Malam tadi lepas dinner, lepak depan tv layan citer viceversa & layan si fikri, tetiba hubby bersuara, "antara penyebab kelahiran pramatang, ialah dot,dot,dot,dot...." agak panjang lebar dia bercerita. Akau agak pelik, sebab cerita 22 bulan yang lepas, kembali lagi... Tapi bila difikir-fikirkan, aku agak maybe sebab dia bila dia tengok fikri yang lahir waktu umur kandunganku baru berusia 33 minggu (8 bulan 1 minggu), membesar dan aktif macam kanak-kanak lain yang lahir cukup bulan.

Kenangan kelahiran fikri mengusik hati..
23/06/2006, jumaat - amek cuti. pegi ke KBMC (walaupun umah kat tmn desa, jln klang lama) unuk check up 8 bulan. Dr Rosmawati cakap, maybe aku due next month, sbb lau ditelek, kandungan aku dah turun ke bawah... hehehe, masa tu tertanya gak, mcmn la rupa baby yg aku dok bawak ke hulu ke hilir nie? huhuhu..

24/06/2006, sabtu - pagi, teman hubby gi service kete, pastu gi jalan2 carik makan kat kg baru...balik,dha penat..tertido.. ptg, dlm kol 4, terjaga sebab rasa mcm len mcm jer...rasa mcm ada something keluar, takkan dah nak bersalin? tak mungkin... tetiba father in law call, tanya kol brp nak balik andalas, sbb ptg jap gi makcik hubby yg tinggal kat Mekkah (balik mesia setahun sekali jer, mnziarah saudara-mara), nak dtg andalas...but dia suh gi check dulu, tanda2 mcm dah nak bersalin, tapi takkan la kot, sbb smlm baru check up... dalam kol 6, dah kat wad kat kbmc, nurse inject ubat yg nak halang kelahiran pramatang, sbb bahaya untuk baby kalau lahir awal...1 dalam 100 kes je yg selamat lau lahir 8 bulan... ok la, apa2 la... mulanya dorg ingat aku takkan bersalin lagi sbb tahap sakit pon hanya 25% je, tapi bila lepas maghrib, dalam kol 8.30 mlm, hubby nek dari solat kat masjid jamek KBMC, aku rasa semacam jer...then bila nurse cek, dah bukaan 4cm.. pkol 9 dorg bawak aku masuk labour room.

nurse suh aku tahan, sbb dokt belom sampai lagi..tapi dah tak boley tahan nafas daa, sbb aku tau, baby dah nak kuar: "Nurse, bagi je la baby tu kuar, saya tau dia mmg dah nak kuar dah tue, tak yah la nak tahan2 lagi..., doktor pon lembap." hehehe, sempat lagi aku kutuk doktor masa dah nak bersalin..ya, ampun...

then kuarlah seorg baby lelaki dengan beratnya hanya 2.09kg jer...alahai, keciknyer...dan Muhammad Amirul Fikri namanyer...amanah Allah untuk kami didik menjadi hamba-Nya yang beriman...dan kami yang akan bertanggungjawab untuk segala perkara...

Moral : Masih tertanya sendiri, apakah hikmah disebalik segala kejadian? Allah mudahkan aku bersalin, Allah kurniakan aku anak yang sihat...malah walaupun umur baru 22 bulan, dia mempunyai kematangan yang berbeza...(kindergarten dia panggil dia kanak-kanak matang...huhuhu) dan paling penting, setiap kali dengar azan, pasti dia akan diam dan lepas tue, dia solat (solat cara budak2 je la...)

Ya Allah, kami menunggu amanah-Mu yang seterusnya...

P/S : Hubby cakap, dalam artikel yg dia baca, kalau anak pertama lahir tak cukup bulan, tak mustahil anak-anak yang seterusnya pun mcm tu jugak... aku tak kesah, janji semua selamat & pasti ada hikmah disebalik ketentuan-Nya. Dia lebih tahu segala-galanya...Amin...

No comments: