Ahh, rindunya untuk menulis. Rasanya dah seminggu lebih aku tidak menulis, menjengah blog pon sekadar sekelipan mata sahaja. Penat...sebab:-
a)13-15 Jun 08
- seperti yang telah sedia maklum, aku ke Swiss Garden Damai Laut, sempena Hari kakitangan Kumpulan AmanahRaya 2008. Ok la kat sana, cuma rasanya d Awana Kijai Terengganu, lagi best, lagi enjoy! Cerita selanjutnya, sila baca entry yang akan datang bersama gambar-gambarnya!
b) 16-18 Jun 08
- Tiga hari berturut-turut aku ke UIAM Gombak, menghadiri conference: 4th Asia Pacific Mediation Conference Forum, bersama 2 lagi opismet. Interesting juga la topics dia.. banyak la dapat tambah pengetahuan. Speaker pon bukan calang-calang orang, participant yang datang pon foreigners, boleh kira dengan jari, dalam lebih kurang 300 orang tuh, brp orang malaysian. Cerita selanjutnya, tunggulah entry selepas ini..
c) 20 Jun 08
- Pkol 4 pagi, bersiap2 balik kelantan, sebab mama call, bagitau atuk sakit tenat... terbayang seraut wajah datuk tersayang. dan sepanjang jalan, memanjat doa di hati sekiranya Tuhan telah memutuskan Malaikat maut datang menuntut janji, biarlah aku sempat mencium jasadnya yang masih bernyawa...dan aku redha sekiranya masa-masanya telah datang jika pemergian itu yang terbaik untuknya! Dan seandanyai kehidupan itu lebih baik dari kematiannya, moga-moga Allah panjangkan tempoh pinjamannya kepada kami kerana kami maish belum puas merenung mata beningnya, menatap seraut wajah tuanya dan mendengar cerita-cerita sejarah yang telah dikaitnya selama 90 tahun! Rasa hatiku seterusnya, di entry selepas ini...
Hari ini, dah masuk ofis. Nasib baik bos tak ader, boley la layan sekejap. Mata asek memanggil bantal je. Kepala sudah naik pusing..
-sekian.
2 comments:
25-26hb June
aku pulak pi singapore!! muahaha
anlamadım
Post a Comment