Monday, June 30, 2008

Hakikat Pernikahan...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Setiap apa perkara yang kita lakukan hendaklah berdasarkan niat benar kerana Allah...
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah pilihan kita???
-Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika brankrup.

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, maka pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT,maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- "Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA. Dan ALLAH mencintai hamba-NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Artikel ini, saya tujukan khas buat:-
1.teman-teman yang telah berkahwin dan sedang melalui alam rumah tangga
2.teman-teman yang telah bertunang dan sedang menghitung hari mengira detik diijabkabulkan
3.teman-teman yang sednag hangat bercinta dan sedang merancang & mengumpul wang untuk tujuan berkahwin
4.teman-teman yang masih belum berpunya, dengan pesanan yang paling bermakna: enjoy lah dengan status 'bujang' anda..

Nota Pedas : Kalau anda seorang yang ada cita-cita ingin berkahwin lebih dari seorang, ringkas sahaja pesanan saya, tiliklah diri, musahabahlah diri... berkahwin bukan hanya sekadar lafaz kata 'sah', berpuluh-puluh dulang hantaran perkahwinan, sebentuk cincin dan berbelas-belas ribu mas kahwin, tapi ia lebih jauh dari itu. Renungilah diri anda, cukupkah kewangan anda? sihatkah anda? mampukah anda? adilkah hati dan perasaan anda? Aku tak suka dengar ayat-ayat yang nyata anda sedang meninggi diri, sedangkan semua orang tau setinggi manalah diri kita... kita hanya kerdil, solat kita ntah di terima atau tidak, mampukah kita? tanyalah diri anda ketika anda di satu tempat yang sunyi..

No comments: