Monday, June 30, 2008

Pemergian abadi...

Jumaat malam, tengah siapkan baju untuk ke JB pada keesokan hanrinya, tiba-tiba baru perasan ada 5 m/call dari mama kat kampung. Hati berdebar, ntah kenapa. Telefon mama kembali..
"Naper? tadi tak pasan, kat depan." terus je aku tanya tanpa apa2 intro..hehehe
"Atok dah meninggal..." sayu suara mama. Oh, ibuku sudah yatim piatu... akhirnya, malaikat maut datang jua, menjemput atuk kesayanganku!
"pukul 9.15 tadi.." kedengaran lagi, suara itu lirih lagi. Aduh mama, sayunya hati ini.
"Oh, mama..." aku juga tak mampu lagi berkata-kata.
Mama putuskan talian telefon dan aku memahamami. Bukan semua orang pernah rasa kehilangan insan-insan tersayang! Dan aku merasainya untuk kesekian kalinya!

Awal Mei 2000 - Nenek saudara sebelah mama, meninggal.

30 Jun 2000 - Di saat aku sedang mencari kekuatan diri akibat hati dilukai, ketabahan terus diuji dengan pemergian nenek ku (sebelah ayahku). Masih aku ingat, saat itu, esoknya aku akan menghadapi mid-term exam, untuk paper law! Dan aku masih kuat, teruskan juga tanpa setitis air mata yang mengalir.

01/07/2000 - Bapa saudara yang paling rapat dengan aku, jua pergi, di saat umur masih muda, 35 thn. Dan, tugu kekuatan dan ketabahan itu tidak terbendung lagi.. apatah lagi aku hanya diberitakan mengenai pemergian itu hanya 3 hari selepas kematiannya. Dan sepanjang dalam bas dalam perjalanan pulang ke kampung..hanya airmata yang bisa menceritakan segalanya...

Nota : Aku tidak dapat bayangkan, entah kekuatan dari mana yang datang di waktu aku kesasauan!

24/12/2002 - Sehari selepas aku menamatkan latihan amali / praktikal, aku cepat2 balik kampung sebab ayahku tengah sakit, dan sedang dirawat di hospital KB. Dan malam giliranku itu, satu malam ayah tidak tidur, hanya sekadar rehatkan badan dia, dan kadang-kadang bertanya itu ini dan asek merenung pintu bilik CCU. Oh, Tuhan..selamatkan ayahku ini, hanya itu doaku sepanjang malam..dan aku renung muka ayah dalam-dalam, lama-lama untuk menjadi 'bekal' untuk menemani aku sehingga keakhir hayatku nanti... Dan dikala jam 11.15 pagi esoknya, sah aku menjadi anak yatim. Dan wajah mulus yang sedang tersenyum itu, ku rakam di hati agar ia tetap bersemadi dihati sehingga nafasku yang terakhir. dan aku kucup dahi dan pipinya buat kali yang terakhir dan aku sentiasa doakan, sejak talkin dibacakan dikuburan itu, ayahku akan ditempatkan disisi kekasih Allah, kerana aku tahu,ayahku adalah bapa yang terbaik didunia! Seorang ayah yang telah meninggalkan anaknya sebaik sahaja tugasnya selesai..tanpa menunggu 'balasan' jasa dari aku...

Nota : Walau kemana kupergi, 'ayah' sentiasa menemani!

20/03/2008 - Atuk saudara sebelah mama, dijemput Allah untuk kembali kepangkuannya..dan aku redha, kerana aku tau, sudah lama benar dia menderita sakit tua.

30/04/2008 - Bapa saudaraku pula mengikut. Dan sepertimana arwah bapa saudaraku yang meninggal sewaktu umur 35 tahun, arwah juga meninggal sewaktu sepupuku masih ditangga UIAM! Dan, kesedihan itu datang lagi...dan tugu kekuatan tidak terbendung buat kesekian kalinya.

27/06/2008 - Atukku pergi jua, ketika genap 103 hari pemergian abangnya (atuk saudara sebelah mama yang meninggal pada 20/03/2008) dan ketika anak lelakiku, Fikri baru berumur 2 thn 3 hari..

Al-fatihah untuk semua...dan doaku sentiasa mengiringi mereka, sebagaimana Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
-jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
-Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
-Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
-Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
-Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulan:
-Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
-Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya..)

p/s : Jika ini pemergian abadi, aku harapkan agar ini bukan perpisahan abadi antara kami, kerana di dunia yang seterusnya, aku ingin bersama-sama dengan mereka untuk kesekian kalinya!!!

No comments: