Wednesday, June 11, 2008

Final Exam

Waktu aku tulis entry nih, aku tau, hubby ku sedang berhempas pulas memerah otak mengadap soalan ACCA Final Exam! Buat Hubby ku, good luck for your final exam! I know, u can do it! Harapanku, moga-moga Allah memberi ingatan yang kuat dan hati yang tenang serta kebolehan yang nyata kepada hubby ku. kerana ku tau, bukan sedikit tenaga yang telah dicurahkan selama 3,4 bulan ini. Bukan sedikit masa yang telah dikorbankan selama 3,4 bulan ini. Bukan sedikit perasaan & sengsaranya dia menahan diri & hati dari mengadap TV! Bukan sedikit doa yang dipohon kepada Dia, kering sudah airmata merayu agar Allah bukakan pintu hati untuk terima ilmu, kuatkan minda agar kejap ilmu tersimpan dan sihatkan tubuh badan dari segala sengsara fizikal agar banyak masa dapat digunakan untuk menelaah. InsyaAllah, Dia takkan hampakan permintaan hamba-hambaNya yang benar-benar memohon.

Semalam, sebelum lunch, tetibe baru teringat, Good Luck wishes card untuk hubby belum ada lagi. Nasib baik belum waktu lunch, so waktu lunch tu, sempat la terkejar2 pegi Pustaka Mukmin untuk beli beberapa keping kertas warna...dah lama betol tak buat kad untuk hubby. Kalau tidak, masa blajar dulu, nak cakap I MISS U pon, siap buat kad...hehehehe.

Lepas makan waktu lunch, sempat la gedek-gedek kertas warna tuh, buatkan kad yang simple je. Aku tau, Hubby ku pasti nya tak kesah lawa ke tidak, simple ke meriah, janji dapat kad, mesti dia suka. Tak lawa pon tak per...




Balik semalam, Hubby jemput di Stat. LRT. Terus bagi kad, hehehe. Tak nyempat btol aku... Hubby senyum sampai telinga.. sukanyer tengok bila dia senyum, sbb aku tau, kepala dia tgh berat (sebab dah banyak ilmu dia kumpul, tunggu esok (11/06/2008) untuk luahkan!

For my beloved Hubby... GOOD LUCK!

2 comments:

Anonymous said...

camne exam?ok?

Anonymous said...

Abg Syam mcm biasa la, abih exam cakap tensen, susha giler, risau sampai kita yang dengar pon nak gerun. Tapi akak rasa ok kot. InsyaAllah, ada rezeki, ok la tuh..doa-doakan la.