Wednesday, October 8, 2008

Cerita Dari Pengalaman

Drebar maut, 15 penumpang parah bas rempuh lori
(Artikel ini dipetik dari harian metro)
IPOH: “Saya menjerit sekuat hati apabila melihat bas dinaiki menuju terus ke arah bahagian belakang lori di hadapan sebelum merempuhnya menyebabkan saya tercampak dari tempat duduk.“Saya cuba bangun, tetapi berasa sakit di seluruh badan dan hampir pengsan apabila melihat darah mengalir di pipi saya. Tidak lama kemudian saya dibawa menaiki ambulans ke Hospital Taiping (HT).”Begitu kata Salwa Dahaman, 24, seorang daripada mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah lori di Kilometer 198, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Merah, Taiping, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, pemandu bas ekspres dari Alor Star, Kedah menuju ke Kuala Lumpur yang dikenali sebagai A Ponosamy, 40, dari Taman Tun Sambathan, Sungai Siput, maut manakala 15 daripada 18 penumpang cedera parah.
Salwa yang bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan di Kuala Lumpur, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya selepas bercuti hari raya di kampungnya di Kampung Batu 16, Pendang, Kedah.
“Saya menaiki bas dari Pendang dan tiba di Sungai Petani kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan sepanjang perjalanan bas dipandu dengan laju. “Bagaimanapun, saya tiba-tiba dikejutkan dengan gegaran kuat badan bas dan sebaik membuka mata, saya melihat bas menuju laju ke arah belakang sebuah lori di hadapan,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan HT, semalam.Salwa berkata, akibat rempuhan itu, dia tercampak ke kerusi hadapan menyebabkan kepala serta lututnya cedera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian bas Ekspres Kesatuan itu dalam perjalanan dari arah utara menuju selatan dan membawa 18 penumpang.“Bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori Propel (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad),” katanya.
*******************************************************
Itu cerita kemalangan selepas hari raya 2008.
Dan ini cerita benar mengenai kemalangan di Jalan Kuala Lipis-Merapoh pada 30 November 2003.
Sebelum balik kampung untuk cuti hari raya, mulut saya ringan sahaja berseloroh dengan opismet saya, Kak Su; "Orang nak balik lama raya nih, nak cuti 2 minggu walaupun bos lulus cuti 3 hari jer."
Dan kami ketawa. Masing-masing dah faham yang saya maksudkan adalah cuti MC, huhu.
Dua hari sebelum raya, entah kenapa lengan kiri saya lebam-lebam, bengkak dan terasa sakit apabila saya gerakkan tangan..dan sehinggalah selepas raya, saya teragak-agak untuk balik ke KL. Hati terasa berat dan sayu..tapi mama saya tetap dengan sikap tegasnya, memaksa juga saya balik ke KL, memandangkan cuti saya hanya sekejapan saja. Dengan rasa terpaksa, saya ikutkan juga walaupon puas saya membebel dalam hati, merajuk pabila mama saya memaksa.
Apabila tiba di Stesyen Bas Selising, baru saya perasan, kunci rumah sewa saya tertinggal di rumah mama. Dan apabila mama bagi jaminan yang nanti dia akan kirimkan pada sepupu saya yang tinggal di Gombak, saya akur juga. Sementara menungga bas tambahan sampai, saya siap top up kan handfon, semata-mata senang nak call mama bila saya sampai di KL nanti.
"Ala, ujan, macam malas je nak pegi KL..." saya masih merungut, tanda protes sebab kena balik KL lebih awal.
"Ala, bas sekolah...buruk lak tu. Ntah-ntah tak sampai KL nih." Tak abis lagi saya merungut pada mama pabila saya lihat bas tambahan yang akan saya naik nanti adalah sebuah bas sekolah berwarna kuning bertulisan SEKOLAH, yang agak usang.
Saya cium mama sepuasnya sebelum saya melangkah meninggalkan bumi Selising itu. Dan saya juga sempat hanya tersenyum pada beberapa orang yang saya kenal juga (kebanyakan penumpang bas itu adalah sekampung dengan saya malah ada juga senior sekolah rendah saya dulu, tapi sejak masing-maisng dah besar dan mula terpisah oleh masa dna sekolah / universiti yang berlainan, perkenalan / persahabatan itu hanya berlalu tanpa makna yang seharusnya).
Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali naik bas, saya akan memilih seat paling hadapan iaitu dibelakang pemandu. Dan itulah juga pilihan saya kali ini dna kebetulan seat itu masih kosong, tidak bertuan. Rezeki saya agaknya. Tapi, sebelum sempat saya labuhkan punggung disitu, terdengar satu suara menegur dari belakang;
"Tempat tu dah ada orang cop." Gadis di kerusi belakang kerusi pilihan saya, bersuara.
"Oh. Sebelah ni, masih kosong?" Saya membalas. Ada juga rasa 'angin' melihat gaya sombongnya. Macamlah saya yang salah.
"Dah." Masih dengan lagak yang sombong juga.
Saya tiada pilihan lain. Mencari-cari seta yang masih tiada bertuan. Saya mengeluh berat pabila saya dapati hanya seat kedua belakang yang masih kosong. Mulanya saya memilih seat disebelah kanan memandangkan 'kawan' yang duduk di seat sebelah saya agak ensom (huhuhu, jgn marah ye my hubby) tapi saya berubah memilih seat di sebelah kiri, bersebelah dengan perempuan.
Sepanjang perjalanan dari Selising ke perhentian Merapoh, saya tidur nyenyak berselimutkan sweater UUM. Ntah kenapa, terasa sangat lena tidur saya malam itu. Apabila tiba di hentian Merapoh, saya terjaga. Ingatkan dah smapai KL, rupa-rupanya dorang benti makan. Saya lihat, penumpang-penumpang yang disebelah kanan saya, hampir semua turun menjamu selera. Sempat saya bertanyakan kawan yang satu kerusi dengan saya, dan dia juga sama seperti saya, nak lalu nak makan dan memilih untuk tidur.
Saya tidak sedar bila masa bas mula bergerak meninggalkan hentian itu. Seingat saya, saya ada terjaga bila saya perasan bas dipandu agak laju dan saya selalu menyebut 'subhanallah' setiap kali saya terjaga. Dan saya tidur lagi...
Saya terasa ada satu cahaya bulat persis mutiara dan bersinar terang masuk ke ubun-ubun saya. Dan saya buka mata, saya lihat satu bas gelap. Ya Allah, bas jatuh gaung? Hanya itu yang saya fikirkan sewaktu itu. Saya cuba bangun tapi kaki saya tersepit dicelah kerusi.
"Ya Allah, tolong... Taknak macam ni. Tolong aku, Ya Allah..." saya merintih, antara sedar dan tidak. Wajah mama terbayang dimata, aku sayang mama! Wajah arwah ayah muncul diminda, aku sayang ayah! Dan sebelum saya kembali lena, saya sempat melihat 'kawan' yang hensem tadi, terkulai layu dikerusinya dengan lengannya memangku muka dan cap putih nya masih kemas dikepalanya. Entah pengsan, entah tiada..
Dan apabila saya jaga, saya sedar-sedar saya dah dijalan, terpinga-pinga kebingungan.
"Kita kat mana erk? kenapa dengan kita erk?" Saya masih ingat, itulah soalan yang saya tanyakan pada seorang lelaki yang mungkin baya saya.
Sebelum menjawab, dia pandang je saya. Mungkin nak cari keikhlasan pada raut wajah saya?
"Kat Kuala Lipis. Kita accident, bas kita kena langgar dengan bas mutiara. Awak tak nampak ke kat depan tu ada bas?"
Dan kemana je dia bergerak, dia pastikan saya ada dibelakangnya. Mungkin nak pastikan saya selamat memandangkan saya macam kebingungan. Dan dia bawa saya jumpa polis berhampiran bas bila saya bagitau handbag saya tercicir mungkin dalam bas. Kecewanya saya apabila polis temui handbag saya siap bersiap tapi dompet, handfon, dll semua tiada dalam handbag itu. Lebih-lebih lagi, handfon itulah hadiah terakhir dari arwah ayah!
Sementara menunggu bantuan tiba, saya sempat melihat mangsa-mangsa yang lain. Paling saya tak dapat lupakan:-
1. Saya lihat seorang lelai sedang berteleku di sebelah sekujur tubuh tak bernyawa yang ditutupi dengan paper. Mulanya saya fikir mungkin sekujur tubuh itu adalah milik kawannya tapi rupanya dia sedang menahan sakit akibat luka yang teruk di kepalanya. Saya tak tau sama ada lelaki itu antara mangsa yang selamat ataupun tidak. Andainya dia masih selamat, harapan saya agar dia sentiasa dilindungi Allah selalu.. Andainya dia telah kembali kepada Pencipta, Alfatihah untuknya...
2. Budak perempuan yang duduk di seat paling depan (yang mana seat tersebut sepatutnya saya duduk), telah dijemput dengan handfon nya masih tergantung di leher.
3. Budak perempuan yang menegur saya memaklumkan seat depan itu adalah milik kawannya, sedang meraung-raung menahan sakit dimuka akibat kecederaan yang teruk. Rasa simpati saya padanya melaut...masa itu doa saya agar dia selamat.
4. Saya juga sempat bertanyakan kepada kawan yang duduk di seat sebelah saya, dimana saya tau dia dapat selamatkan diri dengan keluar dari bas melalui tingkap yang pecah; "Kenapa tak kejutkan saya?" "Saya ingatkan awak dah mati, sebab awak sepatutnya berada di kerusi sebelah saya, tapi lepas accident, saya tengok awak ada di seat depan seat kita. Mungkin awak jatuh ke depan, lepas tu awak bangun dan awak duduk di seat depan kot." Oh, segalanya kemungkinan.
5. Saya juga masih ingat, dengan berkaki ayam, saya menjauhkan diri dari situ, berundur ke tepi di satu tanah lapang dan saya perasan, banyak mata memandang saya dan beberapa mangsa. Mungkin mereka menghulurkan simpati yang tidak bertepi...
6. Saya juga sempat merakam ingatan pada telatah seorang lelaki (bukan mangsa) merekodkan kejadian pada waktu itu. Mungkinkah rakaman itulah yang sehingga sekarang ditayangkan di tv setiap kali raya tiba?
7. Bukan sahaja barangan saya yang hilang, malah kasut dikaki pun tercicir. Mungkin kesian melihat saya ke hulu ke hilir dengan berkaki ayam, seorang lelaki (bukan mangsa) menghulurkan sepasang selipar untuk syaa alaskan kaki. Terima kasih banyak-banyak...
8. Ambulan tiba dan saya antara mangsa-mangsa yang disuruh naik ambulan untuk dibawa ke hospital. Tak nak saya sebab saya tau saya ok. Rupanya bila tiba di balai polis kuala lipis, baru saya faham kenapa mereka fikir saya juga 'teruk'. Sebabnya tudung saya dibahagian belakang telah dipenuhi darah. Tapi bukan darah saya...
9. Pertama kali saya naik truck tentera. Aduh, dalam keadaan urat-urat dalam badan yang mula membengkak, nak melangkah naik truck yang tinggi melampai, btol-btol terasa seksa. Tapi tak nak naik ambulan punye pasal, sabarkan diri je la..
10. Sampai je di balai polis k.lipis, tukar baju kepada baju yang bersih (beg baju selamat sebab diletakkan dalam perut bas dibawah). Lepas tu nak tel mama di kampung, nak bagitau accident, tapi enfon hilang. Mintak jasa baik polis sambungkan pada mama. Saya cuba kuatkan semangat tapi jatuh juga air mata saya bila saya dengar mama menjerit gelabah. Betapa luasnya kasih ibu...
Kemudian kami dibawa ke hospital kuala lipis untuk dijahit luka pada siku belah kanan. Aduh, sakit betul kena jahitan, 5 jahitan lagi...menangis lagi saya. Semasa di hospital kuala lipis, Sultan Pahang datang menziarah dan bukan main murka lagi bila Baginda dimaklumkan yang kami ditempatkan di balai polis kuala lipis dan Baginda titahkan kami dipindahkan ke hotel kuala lipis. Terima kasih, Tuanku. Moga Allah panjangkan umur Tuanku bagi terus berbakti kepada hamba sehaya semua. Amin...
Saya pada mulanya hanya luka disiku, mula demam. Mungkin urat-urat dibadan mula kembang. Alhamdulillah, belum sempat demam merebak, mama datang bersama Maknab (makcik saya), Mazli (sepupu saya) dan Pakda (pakcik sepupu saya) dan airmata mama dan maknab tumpah lagi... Mama, saya okey la..
Dan sepanjang berangkat pulang ke kampung, sepanjang dalam kereta, saya mula demam.. dan jalan yang maha jem waktu tuh, terasa amat menyeksakan. Dirumah, baru saya sedar, hampir satu badan saya lebam. Saya betul-betul dapat MC selama 2 minggu, huhuhu...
Kesan dari kejadian:-
1. Lepas kejadian tu, saya tak boley naik bas dan tak boley lalu jalan Merapoh-Kuala Lipis. Terpaksa la hubby (masa tuh masih berkawan) saya turun ke Kelantan dan kami ke KL dengan flight.
2. Sejak dari kejadian, saya akan tutup mata bila saya lalui tempat kejadian. Bagaikan ada sesuatu disitu. Cuma sejak dapat anak saya baru okey, malah boley saya ceritakan pada anak saya tentang kejadian. Kali pertama saya ceritakan, dia mendengar jer. tapi baru-baru ini masa balik raya ke Kelantan, baru saya nak ceritakan, dia cakap "Umi, a nak nga" (umi, tanak dengar). Huhuhu...
3. Saya menjadi seorang yang lebih simpati pada kesusahan org lain. Kalau saya lihat ada kemalangan di depan mata saya, saya akan menangis time tu jugak. Hubby dah faham sangat... "Moga-moga dia selamat, kesian waris yang tinggal".
4. Sampai sekarang, kalau dapat kawan baru dan kebetulan mereka tau yang saya mangsa kejadian tu, saya kena ulang balik cerita lama..hahaha.
Sekian, cerita dari pengalaman.

4 comments:

im a dreamer. said...

kak suzie,
tatau pun pasal nie. misti trauma gila2 kan.
pengalaman hidup..

RafflesiaRimba... said...

Haha, mcmn nak tau, ko kejap je kat ARB. Lagipon ko kan kat bawah, buat seksyen 13...

Trauma la jugak dan skang pon ada lagi sket2..tapi boley control la..

Kamil said...

Assalamualaikum
Saya ingin bertanya sekiranya anda masih ingat peristiwa kemalangan bas itu, seorang perempuan pelajar UIA yang terselamat dari kemalangan tetapi cedera teruk sebab pinggang hingga kaki jd lumpuh. Adakah anda masih ingat lagi namanya atau mengenali dia..

chairpets said...

Ooo dah lama saya mencari...awk la yg mangsa yg saya bagi selipar jepun tu ye?ada lagi ke selipar tu?selipar tu pun saya pinjam terpaksa la saya ganti selipar lain kepada tuan punya yg asal