Monday, July 6, 2009

calon suami...

opss, jangan salah sangka. saya bukan sedang mencari calon suami. cukuplah dengan seorang suami saya sekarang dan saya senantiasa doa, biarlah hanya dia seorang sahaja yang bergelar suami saya, buruk macammana pun dia, lebih macammana pun dia, saya terima dia seadanya dia! dan biarlah di syurga nanti, dia tetap suami saya.
tiba2 saya teringat. beberapa bulan yang lalu, saya dan kawan2 saya berbicara tentang lelaki pilihan aka calon suami. kebetulan masih ada seorang teman sekerja kami yang masih bujang. dan masing2 ada pendapat / syarat2 yang tersendiri dalam memilih seseorang menjadi suami. dan saya taknak komen masing2 punyer ciri2 calon suami sebab saya tau, masing2 ada hak dan kehendak yang tidak sama dengan individu lain. hak hak2 serta kehendak itu kita mesti hormat!
em, percaya atau tidak, saya amat bersetuju dengan apa yang wardina kata iaitu dia nak lelaki yang bijak sebab tu dia pilih hubb dia skang ni jadi suami.. dan saya pun sama.
masa sekolah dulu, saya boleh je kawan dengan saper2 pon, tapi saya tak boleh 'rapat' dengan sesiapa pon, sebab saya mencari seorang lelaki yang bijak. pernah pada satu ketika, sedang saya lepak di taman ilmu bersama salah seorang kawan baik saya bernama rosemiza azmira (emy, dimanakah kau?), tiba2 datang seorang student form 5 (saya tak tau nama dia). konon macho la kot, nak kawan2 dengan kitorang..tapi bila lama2, kami rasa pelik, kenapa setiap hari dia join kami lepak? dia tak der kawan ker? oh, rupa2 nye dia saje nak test power kot, sebab saya perasan, setiap kali dia join kami, kawan2 dia pasti sedang menunggu dia di hujung makmal sambil perhatikan kami. oh, tidak....sehinggalah satu hari, kami perasankan sesuatu dan mulai hari itu kami pasti jauhkan diri bila ternampak dia dari jauh. bukan saya sombong. bukan saya memilih. tapi saya mencari seorang lelaki yang bijak.
masa saya di matrikulasi. seseorang yang saya kenal sejak saya form 4 (dia bukan satu sekolah dengan saya) mula lain macam, sedangkan sebelum ini perhabatan kami tak pernah disulami dengan perasaan 'lain', memang betul2 kawan. tapi bila saya dimatrikulasi, saya dapat rasakan sesuatu yang berlainan disetiap surat yang dia hantarkan. kenapa ye? dan saya tak nak dikatakan syok sendiri. saya diam, surat dia tak pernah saya jawab. sebab saya taknak dia tuduh sedih bila saya tolak dia. saya taknak persahabatan kami terputus dengan ketidakpuasan hati masing-masing. dan masa telah merubah segalanya...dia hilang begitu sahaja. mungkin dia kecewa dengan sikap saya yang berdiam diri, tapi sekurang-kurangnya saya puas hati sebab saya tidak melukakan dia.
dan di matrikulasi juga, saya rapat dengan seseorang tapi telah disalah ertikan, sehinggakan kami digosspikan. ello! saya memang mudah rapat dengan sesiapa sahaja yang saya selesa okeyyyy. dan gosspi itu bertambah kencang (wah, mcm artis la pulak! hahahha) bila saya demam, dialah yang sebok kirimkan ubat melalui teman kami yang seorang lagi...aduh..ini lah sebenarnya ikatan persahabatan, yang mana ikatan itu tidak membataskan kita untuk mengambil berat pada sahabat kita. betapa tipikalnya mereka yang sibuk bergossip pasal saya dan dia. nak saje saya laungkan..."saya mencari lelaki yang bijak". mungkin dia sudah bijak, tapi saya mencari lelaki yang bijak pada saya walaupun lelaki itu bukan seorang yang bijak pada orang lain. bijak adalah luas maksudnya sebagaimana luasnye maksud handsom & cantik... dan gossip2 itu telah merenggangkan kami apabila kami melangkah ke tahun 1... saya dan dia sama2 tahu yang kami memang bukan couple!
tahun 1 - seseorang ini memang betul2 buat saya rasa bumi menghempap saya! dan saya taknak berbicara pasal dia (buat masa ini) sebab tidak lama selepas itu saya menemui seseorang yang saya cari selama ini.
tahun 2 - saya mula rapat dengan orang bijak pandai itu. tapi dalam masa yang sama, saya juga kenal seseorang yang asal daripada perlis. dan tidak dapat saya jelaskan bagaimana perasaan saya pada masa itu. yang pasti, everything pasal seseorang dari perlis itu saya ceritakan kepada orang bijak pandai itu tetapi tidak sebaliknya. sehinggalah pada satu hari, saya dihadiahkan sehelai tudung pink dan 'dilamar' (bab ini yang kelakar), saya rasa sesuatu yang tak patut saya sembuyikan. macammana ye? yang ini dah confirm tapi yang bijak pandai itu masih berkias2 dan saya sendiri tak tau apa rasa hatinya.. yang ini sah2 sanggup je buat apa saja untuk saya (saya dapat rasakan itu semua, saya dapat lihat dari matanya)...tapi saya mencari seseorang yang bijak.
saya tak nak hanya hidup dalam dunia fantasi cinta. saya nak hidup dalam dunia yang penuh realiti dan sekali sekala disulami bunga2 cinta. saya nak hidup dengan orang yang bijak. bijak ilmu pengetahuan. bijak menangani masalah hidup. bijak urus kewangan. bijak meneka kehidupan saya. bijak mencari semua berkenaan diri saya. bijak 'menangani' saya, huhuhu. dan saya mengambil keputusan, biarlah saya lepaskan sesuatu yang telah saya genggam, walaupun satu hari nanti apa yang saya kejar tak menjadi milik saya... mungkin ada seseorang lain yang juga bijak, akan menjadi milik saya. sedih juga sewaktu saya lepaskan dia, tapi saya puas sebab saya tau apa yang saya nak, tak ada pada dia, dan tak guna kalau saya simpan sesuatu yang memang saya tak suka semata-mata saya mahu dia gembira.
dan akhirnya, Allah itu Maha Mendengar. dia anugerahkan kepada saya seseorang yang bijak dan saya tau seseorang yang bijak itu membaca entri ini, maka untuk si bijak pandai itu, hanya seucap kata buat anda : aku mencintaimu sejak dulu dan masih mencintaimu dan doalah agar aku akan tetpa mencintaimu sampai bila2...amin!

2 comments:

ikpunye said...

abih kalo dah jumpe lelaki bijak tapi lelaki bijak tu tok se ngan kiter nak wat guano??? hahaha

RafflesiaRimba... said...

emmm, tuh mmg kena jumpa bomoh kat siam lah tuh...hahhaha. ikpunye, tu maknanya dia belum cukup bijak untuk kita la tuh...huhuhu. sabar, pasti ada orang yang bijak buat kita akan Allah bagi.