Wednesday, April 9, 2008

Perempuan & hadiah

Buat B'day Girl (semalam), bertuah anda hari ini dihadiahkan dengan sejambak bunga yang terselit dicelah-celahnya sebotol perfume bodyshop!!! Walaupun kecil, itu tandanya teman anda sentiasa mengingati hari-hari penting dalam hidup anda...dan dia menghargai kewujudan anda disampingnya. Dan saya pasti, anda pastinya seronok dengan penghargaan itu (kalau saya pun, mau melompat!!!)

Berkenaan klausa diatas, terbukti sudah bahawa perempuan dan hadiah...or bunga or chocolate or aiskrim or asam, tidak dapat dipisahkan, umpama lelaki dan $=($! Maaf kalau perumpamaan itu tidak sedap didengar, tetapi aku rasa itulah perumpamaan yang paling tepat. Teman-teman perempuanku sekalian, tidak perlu anda mengannguk setuju atau menggelengkan kepala, sebab walau macammana pun anda menafikan, memang itulah kenyataan. Kalaupun tidak 100% anda bersetuju, paling minima pun 50%. Memang itu kenyataannya. kita tidak mengharapkan hadiah yang mahal2, cukuplah walau seketul kerongsang atau sebatang pen, itu tandanya kita diingati dan dihargai..

Buat lelaki-lelaki di luar sana, selamilah hati seorang perempuan hatta dia anak anda, ibu anda, adik perempuan anda, kakak anda, apatah lagi isteri anda... Bukan harta benda menjadi ukuran cinta anda pada orang yang tersayang, tetapi sekurang-kurangnya sedarlah & hargailah kewujudan dia disisi anda, pengorbanan dia untuk anda...dan DOA yang dipohonnya untuk anda!!!

3 comments:

Anonymous said...

ana dpt adiah ke kak suzie?
sape kasi?
ke org lain punye birthday nie?
hehehhe..
-yanie-

Anonymous said...

bday girl la dapat adiah...hehehe. tatau la saper kasik, yg akak nampak, amoi yang antar bunga semalam...amoi tu la yg kasik kot...

Anonymous said...

rizan kot kak suzie.....
hahahah....
kan rizan cinta ana..
huhuhu..
-yanie