
Telah kau tunaikan segala janji, satu kau mungkiri...hidup bersamaku!
Kalau hanya dibaca pada ayat diatas, memang kita akan terfikir yang kekasih hatinya curang! Tetapi bila dibaca, yang pasti, aku menangis sepanjang malam! Ah, maybe ada yang akan berkata, 'terlalu mengikut perasaan', tapi itulah hati aku, nampak keras, tegas, tapi hati aku mudah tersentuh. Hubby ku pon pernah mengakui, aku mudah simpati, mudah mengasihani...ntah, mungkin pengalaman hidup kita membuat kita lebih menghargai kebahagiaan dan apabila kesedihan yang datang, kecewa yang mengundnag, kita akan jadi mudah simpati, mudah menangis!
Ok, berbalik pada novel tadi. aku hanya ringkaskan saja dan aku hanya ambil bab2 yang penyentuh hati aku saja.. Najah & Tasya, telah berkenalan ketika sama-sama belajar di UK. Dan mereka telah mengambil keputusan berkahwin, walaupon tanpa pengetahuan ibu bapa Najah. (nota: Ibu Najah di Mesia telah ada calonnyer sendiri, dan tidak dipersetujui oleh Najah & itulah sebab Najah merajuk, menyambung belajar di UK). Cintanya Najah pada Tasya..
Mereka jejakkan jua kaki ke Mesia. Dan terpaksa berlakon tidak mengenali antara satu sama lain ketika bekerja di satu ofis. Dipendekkan cerita, perkahwinan yang mulanya ditentang, lama kelamaan direstui. Dan baru sahaja kebahagiaan dikecap, Najah disahkan sakit..tapi dirahsiakan oleh semua orang dari pengetahuan Tasya. Ah, hati isteri..lama mana boleh dibohongi tentang suami? Dan bila sampai janji Allah, satu pon tak akan mampu dimungkiri! Akhirnya, Najah meninggal. Bacalah novel ni kalo nak rasa apa yang aku rasa!
Habis baca novel nih, aku masuk bilik, tengok hubby & fikri sedang enak diulit mimpi (agaknya). Aku peluk Fikri, biar dia tau kasihnya aku padanya! Aku peluk hubby, biar dia tau cintanya aku padanya... dan biar mereka tau untuk kesekian kalinya, aku senantiasa memohon dari Allah, agar mereka sentiasa dipinjamkan kepadaku sehingga nafasku yang terakhir! Tak sanggup rasanya ati untuk meneruskan hidup tanpa seorang anak bernama Fikri, tak mudah rasanya untuk membesarkan anak & meneruskan hidup tanpa seorang suami bernama Hisyam! Dan buat mama, aku sentiasa mencintaimu sebagaimana cintanya mama padaku!
P/s : Buat Nauzrah Aisyah..Tahniah! Percubaan pertama anda, berjaya! Teruskan berkarya. Moga-moga karya anda mampu menyedarkan kita semua betapa pentingnya kehadiran orang-orang disekeliling kita! Anda benar-benar membuat saya terlalu menghargai kehadiran suami disisi, menemani perjalanan sementara ini!
1 comment:
Terima Kasih Rafflesia Rimba!
Semoga anda dan keluarga terus diulit bahagia hendaknya. AMIN...
Love,
Naz
Post a Comment